Aku ada hal sikit kat SunLife, pasal Takaful aku, so awal pagi aku dah keluar. Breakfast kat Maju Junction yang tak maju-maju tuh. Selesai urusan aku sempat meround Chow Kit jugak sebelum balik ke hotel untuk kemas-kemas. Biasanya aku check out dalam pukul 12 tapi kali ini pukul 10 lebih aku dah blah. Aku nak cepat balik Raub, tanaman aku dah lama tak bersiram tuh.
Sampai Raub dalam pukul 1, terus ambik teksi ke Sungai Ruan. Then ambik kereta yang siap diserviced, singgah kedai Redha Jer Lah untuk tapau lunch. Aku nak bukak aje gate, posman sampai, bawak satu bungkusan. Dan dalam mail box ada lagi satu parcel, so sepeninggalan aku, cuma satu parcel yang aku terima, tshirt yang seller nya kat Latvia. Rupa nya replica Litecoin yang aku beli kat ebay.
Then melawat tanaman aku sekejap, layu selayu-layu nya pokok tembikai aku, takut lah pulak terbantut pembesarannya nanti. Dan pokok kacang harimau aku, tumbuh merendang, rasa macam kat ladang teh di Cameron Highlands jer suasananya. Boleh dah tu kalau nak buat shooting film Hindi.
Lepas Asar aku ke kebun, menyiram mana yang patut. Aku perasan yang kat one of the polybags, ada banyak bibit yang tumbuh, macam sawi gitu. Masalahnya, aku tak tahu (lupa) anak pokok apa. Seingat aku, dulu tuh, lama dah, ada aku semai benih betik, lemon dan jugak limau oren yang kecik tuh. Itu yang aku ingat lah. Tapi, could be cili jugak bila aku tengok benihnya macam benih cili. Tak mungkin tanaman lain. Itu yang buat aku curious nak tahu.
Dan lemon yang aku semai dulu, ada cambah satu. Oh yes, akan aku belai elok-elok, punyalah susah nak kasi benih nya cambah, so dapat sepokok pun kira ok lah.
Alhamdulillah mengaji malam nih lancar, nafas tak semput pun. Ustaz tuh siap tegur, "panjang pulak nafas malam nih", ituhari aku banyak kali baca sangkut-sangkut. Kali ini, at the beginning of setiap ayat, aku tarik nafas panjang-panjang, itu cara nya rupanya, bukan pakat baca jer.