Sunday

Isnin10Disember2018

Tak lama lepas balik dari masjid, aku dah ke kebun, walaupun keadaan sekeliling masih gelap. Entah, aku rasa macam attached sangat kat tanaman aku. Aku sekarang pay more attentions kat sayur dan tanaman dalam polybags, mungkin sebab kacang harimau aku tuh dah tak ada apa yang nak dikerjakan sangat pun. Nak kambus pangkal nya, tak ada space nak buat kerja, so pasrah aje lah, setakat kambus mana yang boleh aje lah. Ralat jugak aku bila mengenangkan yang batch pertama nanti tuh, kalau mengikut keadaan sekarang, tak akan berisi banyak sebab pangkalnya tak properly kambussed.

Since hujan selalu turun, tanah yang aku kambus jadi mendap dan nampaklah akar nya. Kalau nak kacang tuh banyak hasil, dikambus macam bukit gitu from time to time. Itulah aku, dah berapa lama tanam kacang, masih buat silap. Tamak lah punya pasal. Kononnya nak jimat space, tanam rapat-rapat. Aku patut ikut style arwah Pak, ditanam sebatas yang jarang-jarang dan jauh jaraknya. Tak apa, akan datang akan aku buat yang terbaik.

Sempat tidur sekejap sebelum Zohor sebab aku tak nak tidur lepas balik dari masjid. So banyak lah masa aku merempit online, terkejut gila aku bila terdapat info yang The Phantom Of The Opera is coming to KL in June 2019. 

Nasib baik lah sempat berfikir, tak kalu dah terbeli ticket. Macamana pun aku dah aim untuk beli tickets yang depan stage, tapi tak betul-betul kat tengah sebab kalau serupalah macam yang kat Broadway yang aku tengok 2 kali dulu tuh, akan ada satu masa diaorang buat "surprise yang mengerikan".

Tengah online, ternampak kereta MN masuk gate, then dia park betul-betul dekat rumah. Ini macam nak lama jer nih, kata aku dalam hati. Dia kata dia datang nak sayur, sabar jer lah, aku tak expect orang macam nih ujud. Iyalah kan, tak kan dia tak fikir kemaluan, Friday lepas dah datang ambik, kan? Hilang pahala aku nak kasi sayur free, timbul menyampah pulak. Tapi itu lah, kat mana-mana, ada jer orang yang suka ambik kesempatan.

"Mewah makanan harinih, ker sebab "ganti" yang dua hari lepas?", aku berbisik kat one one of the jemaahs, masa makan lepas mengaji malam nih. Itu lah, kadang makanan bermacam jenis, pelbagai juadah. Kadang tuh tak ada langsung.