Friday

Jumaat23November2018

Sempat pergi Pasar Karat kejap pagi nih, itu antara tempat-tempat wajib dipergii kalau aku di KL. Tak ada apa pun benda yang aku beli, setakat pusing dua tiga rounds kat area tuh. Tak ada pulak terbump into orang yang aku kenal, or someone famous. "Orang-orang yang unik" jer biasanya yang suka ke Pasar Karat tuh, aku pernah terserempak dengan a few orang yang dikenali ramai kat situ. 

Ke KL Sentral lepas tuh for breakfast, jugak sebab nak guna ATM Bank Islam, yang kat Pudu Sentral tuh rosak. Then balik hotel, lepak seround, terus bersiap untuk ke KLCC nak jumpa NekRock sama Sempoii. Sementara tunggu Sempoii, kitaorang terus aje ke cafe yang mengadap fountain depan KLCC tuh, seronok sembang sama NekRock nih sebab dia nih pemikiran dia macam American tanpa meninggalkan ciri-ciri Melayu, so aku rasa best sangat. Too bad kitaorang tak dapat sembang lama. 

Aku tinggalkan diaorang sebab nak ke masjid KLCCC, diaorang pun dengar ceritanya nak ke kedai pandora or something. Perempuan kan, tak ada lah cerita lain bila berjumpa tuh, semuanya kisah pasal shopping, pasal barang kemas. ekekekeke



Aku turun kat LRT Masjid Jamek sebab ada misi. Aku nak beli tembikai, bijik nya aku nak buat benih. Benih yang aku beli biasanya tak tumbuh (mungkin sebab dah lama), benih yang fresh dari buah tembikai, semuanya hidup. So itu lah, dari satu kedai yang jual buah, ke satu kedai, aku tanya kalau-kalau ada jual tembikai yang ada bijik, tapi semuanya jual seedless tembikai, tak pun jual tembikai yang bijik dia masih putih. Sampai aku sampai ke hotel aku jalan, tak ada pun tembikai berbijik yang aku hajati. 

Pun tak ada perkembangan pasal forex accounts aku masa Euro session, so aku bersiap untuk keluar merempit lagi. Aku suka kat KL nih sebab banyak berjalan, kalau duduk kampung, dalam sehari tuh beberapa langkah jer yang aku berjalan. 

Maghrib kat Pavilion, then makan kat Subway sampai Isyak, naik surau, sembahyang Isyak, dan lepas tuh merempit  kat area Bukit Bintang.