Wednesday

KhamisJumaat2930November2018

Khamis 29 November 2018

Tak dapat buat kerja sangat pun pagi nih sebab tanah lembik, so aku berkeliaran kat kawasan polybags jer lah. Aku pindahkan anak pokok misteri tuh ke polybags, dapatlah 15 polybags. Ada berpuluh lagi tuh, rasanya nak pindahkan ke tanah aje lah nanti, buat rugi polybags jer.

Ada jemputan makan kat surau lepas Asar tapi tak ramai jemaah dari masjid yang datang. Mungkin sebab cuaca mendung macam nak hujan sangat. Dah start ker musim hujan, ini hari kedua berturut-turut hujan turun, habis jer majlis, hujan pun turun membawak ke malam.

Anak Chu ada balik so Chu suruh aku datang ambil tempahan makanan untuk dibawak ke masjid, dia tak pergi masjid Maghrib, cuma Isyak jer dia datang. Tak ramai yang dengar Kuliah Maghrib malam nih walaupun hujan dah lama berhenti. Sebab ada bola, Suzuki Cup, kot? Mewah sungguh jamuan malam nih sebab ada orang lain sponsor jugak.

Malam nih aku pindahkan accounts aku ke satu account jer, Bitcoin Cash ABC. Dapatlah 1.230 BCHABC, rasa macam kekok jer sebab dah seminggu lebih tak masuk positions.

Jumaat 30 November 2018

Bila ada positions nih mula lah tak teratur jadinya hidup aku. Semalam tuh a few times terbangun, check kedudukan positions aku, pagi nih, bangun jer terus memorex kejap, then baru lah buat hal lain.

Nak keluar breakfast pun malas, in a way bagus jugak sebab aku tak buang duit, so breakfast kat rumah jer makan roti selek kaya, sama telur separuh masak + honey+ cinnamon powder.

Berkat ketabahan dan kegigihan aku yang tak kenal erti penat lelah, akhirnya kawasan tanaman aku bersih akhirnya. Walaupun masih banyak rerumput dan semak samun tapi in general, ada perubahan . Bila kebun dah bersih, semangat untuk bercucuk tanam jadi naik, so aku fikir apa yang aku nak buat next. Aku semai jagung, just in case aku ketandusan tanaman untuk ditanam. Sekarang nih ada 2 batches jagung yang dah membesar tapi satu group tuh hijau pekat daun nya, tegap subur. Yang group lagi satu, macam hidup segan mati tak mau, yang di kawasan yang selalu air bertakung. Silap-silap aku cabut semuanya tuh, buat malu kat orang jer, pokoknya cenonet, daun kaler kekuningan.

Dan aku kena stand by kawasan untuk pindahkan anak pokok misteri yang banyak tuh. Malaslah aku tanam kat polybags, nak isikan polybags dengan tanah, baja, sabut, itu yang aku malasnya. Polybags akan aku tanam sayur dan tembikai aje, aku jadi macam seronok pulak nak banyakkan tanam sayur sebab itu yang paling senang. Seronok tengok bergugus-gugus timun, petola, kacang panjang walaupun cuma 4 pokok each yang aku tanam. Peria katak banyak, ituhari ada jemaah masjid kasi benih, suruh aku tolong tanam kan. 

Hati-hati sungguh aku memorex sejak semalam, tak masuk banyak positions pun, 8 paling banyak at any one time. Dan by Maghrib, dapatlah untung sikit, dari 1.230 BCHABC dah jadi 1.285 BCHABC.

Ya Allah, murah kan lah rezeki kat orang yang bawak makanan ke masjid malam ni walaupun tak ada Kuliah Maghrib.