Thursday

Sabtu8Disember2018

Awal aku ke Pekan Sari pagi nih sebab harinih macam sibuk, Chu lah yang sibuk, aku macam biasa jer. Semua kedai makan tutup, so beli apam balik aje lah untuk breakfast. Chu aje yang banyak beli barang, as usual, dua kali aku ulang alik ke kereta nak memunggah barang pembelian Chu.

"Nak kekebun pulak lah", saja jer aku jawab gitu bila Chu tanya apa pasal aku macam tergesa-gesa jer. Saja nak kasi Chu rasa guilty sebab aku rasa aku macam orang suruhan dia jer. Memang pun, apa yang disuruh, aku buat, so memang orang suruhan lah kan? Kalau adik beradik aku tahu yang how helpful aku, macamana aku menurut perintah Chu, sure kena perli bertubi-tubi. Truth is, aku "menurut titah perintah" tuh sebab aku memang tak dapat mengelak, lagipun aku fikir yang itu aje lah aku boleh tolong pun. Lagipun aku fikir, since aku tak dapat nak berkhidmat untuk Mak, berkhidmat untuk adik Mak pun kira ok lah. 

Janjinya nak ke jemputan khenduri kawin lepas Zohor sebab orang dah tak berapa ramai kebiasaannya, tapi pukul 11 lebih tuh Chu talipun ajak pergi dalam pukul 12. Terserempak dengan MH sekeluarga, so bersembang sama dia aje lah sementara menunggu Chu yang "lama" makannya. Chu pembekal some of the kuih for khenduri tuh. Lepas hantar Chu balik, aku sempat jugak balik, nak tukar my mode of transportation dari kereta ke fatbike.

Petang nih masa aku tengah online, dapat message dari one of my blog readers, long-time reader, dari zaman-zaman dulu. Dia tanya pasal kacang harimau, kebetulan beberapa tahun lepas aku ada kirim kat dia a kilo of kacang kalau tak salah aku. Dia ada kat Raub for a wedding, bukan dia nak kawin tapi anak buah dia. Since aku dah ada program malam nih so tak dapat lah kitaorang mengeteh, kitaorang janji nak jumpa esok pagi. Dari ayat-ayat dia kat WA, dia nih tahu secara details pasal "pergerakan" aku, makna nya dia baca blog aku. 

Damn aku tak tahu langsung pasal readers blog nih, aku sikit pun tak ambik port pasal sapa yang ada baca. Aku memang tak sangka yang Mamat tuh masih baca, aku ingatkan blog readers nih jenis yang come and go tapi ada jugak yang here to stay rupanya. Itu yang buat aku curious dan excited nak mengeteh dengan Mamat tuh sekeluarga. Ada jugak orang yang "nampak" aku, kata aku dalam hati. 

"Eh, Chu tak jadi lah ke masjid malam ni, budak-budak tu (anak-anak Chu) nak balik", Chu talipun.

Hujan selebat-lebatnya malam nih masa Kuliah Maghrib/Tasauf, dan yang buat kitaorang pelik nya, tak ada jamuan disediakan. Nan hado kaedahnya! Sentap jugak aku tau dak, iya lah kan, kalau aku jadi Ustaz tuh sure aku "terasa hati" sebab bila Ustaz lain kasi Kuliah, ada jamuan disediakan, tapi bila turn dia malam nih, sebijik kuih pun tak ada. Kalaupun yang handle bahagian makanan tuh sibuk ada hal, sepatutnya beritahu lah AJK yang lain, kan? Tak kan lah sebab dia tak dapat datang masjid, jamuan pun tak dapat didatang kan? 

"Tak patut lah deme nya buat gini, derma hari Jumaat dapat enam tujuh ribu sebulan, tak kan lah makanan masa ada Ustaz pun tak ada?", one of the jemaahs bisik kat aku. Exactly apa yang aku fikir.

"Moh makan di Sungai Ruan, aku belanja, tapi tumpang kereta awak sebab aku bawak motor", kata MH, dia kata dia datang ke masjid sebab nak cari aku. Terfikir jugak aku, seseminggu nih selalu sangat pulak dah aku bertembung dengan MH nih. Ini dah bulan 12 nih, dulu MH ada beritahu yang dia nak menyuarakan isi hati yang lama terperap, bulan 12 nih. Thanks to Chu, aku tahu apa yang terperap nya, dia nak kenen kan aku dengan adik atau kakak ipar dia. Aku jer yang buat-buat tak tahu. Apa yang aku tahu, a few people termasuk Chu, will be disappointed nanti nih. Aku tak pernah memberi harapan tapi ada a few yang menaruh harapan. And that is not my problem. 

"Balik rumah aku kejap, nak ambik dompet", kata MH.

"Tak apa-tak apa, aku belanja", aku kata gitu, tapi sempat jugak aku fikir yang kalau memang dia niat nak belanja aku macam yang dia sebut tadi tuh, apa pasal tak bawak wallet? Lagi satu, MH nih selalunya banyak agenda lain, tu pasal aku malas nak melencong ke mana-mana, kang kalau ke rumah dia, entah-entah dia ajak ke tempat lain, buat benda lain. Masak sangat dah aku dengan dia nih.

Ada bola lah pulak kat tv, sure lama nih. Macamana aku nak melarikan diri, nih, aku fikir gitu.

"Liverpool lawan Jerman, kalah lah Liverpool", kata MH yang khusyuk tengok tv.

Sekarang baru aku tahu yang orang yang suka tengok bola tuh tak semestinya tahu dan faham. Kan ker ada tulis Premier League, kan ker ada nama teams yang main, Bournemouth vs Liverpool? Apa ke jadah nya kata Jerman lawan Liverpool? Agaknya dia terconfused Bournemouth tuh dengan Borrusia Dortmond atau Borussia Monchengladbach kot. Tapi, tahu pulak dia yang both teams tuh dari Germany? Apa pun, itu lah yang membezakan antara aku dengan kawan aku kat kampung. 

Tak lama tuh jiran aku, couple yang baru balik Umrah tuh, datang, then this guy S jugak, so aku sembang dengan S aje lah. S nih macam outkast gitu, orang tak tegur dia, biasanya dia sama bini dengan 2 anak dia tu lah ke mana-mana pun. Aku pun pelik apa pasal aku boleh ngam dengan S sekeluarga sedangkan orang lain langsung tak ambik tahu, langsung tak bertegur sapa dengan S nih. Mungkin sebab dulu masa mak S berniaga di Pekan Sari, aku lah pembekal kacang mentah kat dia, itu yang jadi rapat jugak tuh. 

Aku tahu sebab-sebab apa pasal S nih macam tak ujud kat kampung nih, aku kasi sikit contoh jer lah, aku bukan mengumpat nih, aku cuma nak mengdescribe ekekekeke. S nih tak pernah ke masjid hatta untuk sembahyang Jumaat pun, tak pernah pergi khenduri (sebab tak pernah dapat jemputan lah kot) dan yang paling parah, S nih jenis pakai gasak jer. Kadang tuh dia berburu babi hutan, then jual kat Cina Sungai Ruan.


Aku rasa macam happy dan puas hati dapat belanja couple jiran aku tuh, tanpa diaorang sedar. Dah lama, dah banyak kali aku nak bayar sebenarnya (diaorang makan kat luar sekali sekala jer)  tapi ada jer penghalang. 


Sabar jer lah, sebelum hantar MH ke masjid untuk ambik motor dia, dia ajak aku lepak sampai habis bola, tapi aku berkeras kata yang aku kena balik sebab nak memorex. Sedangkan manalah Fore bukak weekends.