Malam semalam hujan, tapi tak lebat, so ke kebun jugak lah aku pagi nih. Ada kerja yang boleh buat, menyangkul kat kawasan yang tanah dia agak poros yang kalau hujan pun tanah tuh tetap kering dan tak lembik. The whole morning kerja dapatlah sesepuluh polybags yang aku penuhkan dengan tanah then digaul sama tanah baja, tanah hitam dan sabut.
Posman datang lagi hantar parcel, dah tertakut aku tengok posman, kalau dulu aku tertunggu-tunggu kedatangan posman tapi tadi bila nampak dia masuk ke area rumah, terus aku kata dalam hati, "now what?" Hehehe. Bitcoin table lamp aku dah sampai.
Tengah aku kemas-kemas shed tempat segala macam peralatan dan sampah berkebun, terjumpa satu envelop yang isinya benih melon/cantaloupe yang aku beli kat ebay lama dulu. Benih dari Taiwan, supposed to be of different varieties dan colors tapi benihnya sama jer except tulisan kat setiap packet, tapi tulisan Cina. Tak nak buang masa nak check kat internet, terus aje lah aku semai 5 benih dari setiap packet. So ada 50 di situ, kalau semuanya hidup, mampos aku nak pindahkan ke tanah/polybags. Dan macam biasa, aku tak menaruh sekelumit harapan pun yang benih tuh akan tumbuh.
Cuaca mendung jer sepanjang hari, hati aku pun mendung jugak mengenangkan permasalahan aku tuh. Dan walaupun penyelesaiannya dah ada tapi selagi tak betul-betul confirm, selagi itu lah aku tak tenteram. Macamana pun aku tetap bersyukur yang Tuhan tunjukkan jalan penyelesaiannya, aku tak boleh imagine apa akan jadi kalau sebaliknya.
And so basically harinih aku sambung "jadi bodoh" aku yang semalam tuh, aku tak memorex pun, tak bukak MT4 pun. Instead aku layan youtube, dengar lagu Krismas, especially my all-time favorite song, Fairytale Of New York City.