Awal pagi aku jalan kaki jer ke Pekan Sari sebab nak breakfast, round kedua nanti sama Chu pulak sebab dia suruh jemput lewat sikit, nak ke Sungai Ruan. Tak ramai orang berjualan, sedara aku tuh pun tak ada berniaga so lepas hantar kuih kat Makcik BFFs aku, terus lah balik, berlenggang, tak beli apa pun.
Sempat ke kebun sekejap, menengokkan tanaman. Tanaman misteri tuh rasanya bukan cili sebab daunnya semakin meruncing, boleh jadi anak pokok betik kot. Bukan limau seperti yang aku harapkan, ah well, apa-apa lah, at least tanaman tuh hidup akhirnya.
Dalam pukul 9 pergi jemput Chu, mengekor dia aje lah kat Pekan Sari, dia breakfast, dan beli barang untuk bahan memasak malam esok, aku suruh dia buat Mee goreng ayam untuk dibawak ke surau.
"Dua Ringgit sebanyak ni", kata Chu sambil tunjukkan aku 1 ikat kangkung.
"Ya Rabbi, berapa batang jer, jual lima posen pun saya tak beli kalau setakat lima batang kangkung", aku kata gitu.
Kitaorang ke Sungai Ruan lepas tuh, Chu nak beli dapur/burner. Tak ada lah pulak burner satu tunku macam yang Chu nak, yang ada, 2 tunku. Sesambil Chu membelek barang, aku terbeli a few items untuk kebun.
"Moh kita ke Raub jer lah", Chu kata gitu.
Aku tak jawab, dalam hati aku tertanya-tanya, anak-anak Chu ada balik dua hari lepas mengapa tak ajak diaorang . Apasal nak kena aku jugak yang temankan?
"Awak ada hal ker?", Chu tanya gitu bila aku tak jawab.
"Kita tengok kat kedai lagi satu tuh, ada agaknya", aku kata gitu.
Belum bukak lah pulak kedai tuh, so Chu ke kedai sebelah, kedai peralatan pertanian. Chu tengah belek-belek barang, aku tercapai a few items untuk aku. Then ke supermarket kat sebelah, Chu baru start nak belek barang, aku dah siap bayar pembelian aku. Aku beli apple cider vinegar + honey, biasanya aku beli products perbuatan Malaysia, yang ada tulis words like minuman sunnah, tahfiz etc tapi kali ini cuma ada perkataan halal, selebihnya ayat-ayat biasa. So obviously product tuh dari overseas. Malas dah aku beli product sunnah tapi tokay nya Cina macam yang dalam paper tuh.
By the time Chu siap beli barang, kedai peralatan letrik tuh dah buka, dan syukurlah ada burner yang Chu hajati walaupun Chu tak berapa puas hati, tak macam yang apa dia hendak, saiz nya a little bit kecik. Macamana pun Chu beli lah jugak, mungkin Chu tahu yang aku tak nak ke Raub.
Then sebelum hantar Chu balik, singgah kebun sekejap, suruh Chu petik, kutip apa yang boleh diambil. Timun, petola, kacang panjang, kangkung, cili dan jagung. Penuh seguni semua tuh, penuh kereta dengan barang-barang Chu.
Tak sempat dah nak buat kerja berat lepas hantar Chu balik, aku cuma pindahkan tanaman misteri tuh aje, betik gayanya sebab daunnya meruncing. Jugak sediakan polybags berisi tanah, sabut etc, tembikai yang aku tanam dah hidup, dalam 20 pokok. Aku beli benih tuh dari kedai lain, so nampak gayanya kena beli lagi lah sebab aku nak tanam tembikai banyak-banyak, berperingkat-peringkat.
Dah lama tak bersihkan rumah, so petang nih aku kemas-kemas apa yang patut, menyapu etc.
Aku semakin suka Kuliah Tasauf lepas Maghrib, walaupun pendek sebab Ustaz tuh ada parkinson, dan dia ulang-ulang pembelajaran lepas-lepas, tapi isinya padat dan jelas. Tasauf nih pasal hati so Ustaz tuh selalu menyentuh dan mengetuk hati kitaorang, itu yang buat aku suka tuh.