Sunday

Selasa4Disember2018

Aku nih kan, kuat sungguh lah berdrama dengan diri sendiri. Aku dah sedia maklum yang sebab semalam hujan, aku tak boleh nak buat kerja sangat kat kebun, tapi masa itu lah aku nak kebun nya pun. Menyangkul kejap, tak boleh, sebab tanah lembik. Mencabut rumput kejap, jugak tak boleh sebab berkepal-kepal tanah turut tercabut sampaikan nak tumbang pokok sebab akar terkeluar. Last nya pakaian jadi kotor sedangkan tak ada kerja pun yang dapat aku buat.

Ke Pekan Sari Sungai Ruan for breakfast, then beli limau oren 2 kilo, aku nak kan bijik nya, aku nak semai, nak jadi tokay ladang limau oren lah pulak now that benih yang aku semai lama dulu tuh dah tumbuh.

On my way balik tuh aku terbertentang mata lah pulak dengan one of the guys yang jual Avocado cream, so terus dia tarik aku, dan aku pun teruslah keluarkan wallet sebab aku tahu yang aku tak akan dapat melawan desakan diaorang. Aku pun takut aku termencarut kat diaorang. 

"Gini lah Bang, Abang tambah lagi 20 Ringgit, saya bagi Abang sekotak dan satu tube free", kata Mamat tuh, agaknya dia ternampak duit berkepul kat wallet aku kot.

Terus aje aku ambik cream yang aku nak beli tuh then aku letak duit RM 30 atas meja. Geram jer nak kata, "aku beli nih pun sebab kesian kat ko jer, jangan nak ambik kesempatan ke atas insan yang lemah dan tak berdaya macam aku nih pulak.

Bila dah agak panas sikit, aku turun ke kebun semula. Aku pindahkan anak limau oren ke tanah, pindahkan 5 batang jer untuk test, takut nanti mati pulak semuanya. Pindahkan tembikai punya polybags jugak ke tempat lain, ada 10 bags yang setiap bag ada dua batang pokok. Tamak aku nih kan, orang lain tuh, satu bag satu pokok, aku, satu bag 2 atau 3 batang pokok. 

Aku tapau jer lunch harinih, nak buat kelainan sikit, nak makan kat rumah. Itu jer lah kelainan yang aku mampu buat ekekekek

Dekat nak Asar, sebelum Euro session mula, ada pergerakan pairs Yen, so account aku jadi makin cantik, walaupun aku tak close kan positions tapi confirmed yang aku akan untung, sikit atau banyak jer. 

Cuti sekolah, memang Ustaz Sekolah Sains tuh tak ada kasi Kuliah Maghrib, so tak ada lah jamuan makan. Aku nak ke kedai Redha Jer Lah (kedai lain tutup) tapi bila nampak macam ada orang , terus tak jadi sebab aku tahu yang aku tak ada masa nak bazirkan masa menunggu.

So malam nih makan fries dan cheese omelete perbuatan sendiri jer lah.