Monday

Rabu5Disember2018

Luas jugak kawasan yang dapat aku bersihkan, yang aku cangkul. Cumanya part of the area tuh berbatu so tak boleh nak ditanam apa-apa. And at the same time aku penuhkan polybags dengan tanah, soon akan banyak polybags yang aku perlukan sebab banyak tanaman yang tumbuh. 

Kadang aku nih macam tamak gitu, dah tahu yang aku nih malas, aku keep on tanam dan semai bijik benih. Jagung pun dah mula nak tumbuh, aku akan terpanik dan tertension sendiri jer nanti tuh nak pindahkan kat mana since kawasan belum sedia sangat pun. Kacang panjang, bendi pun aku dah tanam jugak lagi batch baru. 

Aku semakin bersemangat nak banyakkan tanam sayur-sayuran sebab aku suka, aku rasa puas hati tengok orang datang petik hasil. Tak lah sesusah mana pun tanam sayur tuh, dan yang buat aku peliknya, lebat gila hasilnya. Petola for example, cuma dua pokok jer tapi buahnya berjuntai-juntai. Timun lagi lah, sentiasa ada buah. Sayur-sayuran macam bayam, sawi, malas lah aku tanam dah, cerewet sikit, hasilnya tak seberapa. 

Apa yang aku tahu, kita jangan mudah berpuas hati dengan hasil pekerjaan kita, kita kena sentiasa tingkatkan hasil usaha. Macam beribadat jugak, jangan mudah sangat puas hati dengan apa yang kita buat, kita kena pertingkatkan amalan kita dari semasa ke semasa. 

Chu sama cousins aku dari Raub ada datang, diaorang ambik pisang, nangka (yang ditanam kat tanak Pak Sedara aku tuh) etc, then aku petikkan cili jugak sayuran lain untuk diaorang sebab aku tahu diaorang segan nak pungut sendiri. Chu jer yang aku tengok ligat ke sana sini mencari benda yang boleh diambik, jagung tua untuk dibuat benih pun diambil a few tongkols, very lah the tamak, kan? Jagung pun habis diambiknya, aku yang suruh clearkan sebab senang aku nak bersihkan kawasan. Tapi dengan diaorang nih, bila petik jagung, diaorang takat ambik jagung tuh aje. Patutnya pokok jagung tuh dicabut lah sama. Or at least patahkan. 

Yang buat aku bengkek jer dengan orang bandar yang turun kebun nih, diaorang pijak-pijak jer tanaman aku, kacang harimau, tembikai. Kacang tuh ok lagi, tapi bila pokok tembikai aku dipijak, aku rasa hati aku macam dipijak sama. 

"Jagung yang Chu ambik dulu tuh Chu rebus lepas tuh Chu jual", kata Chu innocently.

"Ya Rabbi Chu nih, semua benda dia jual, orang bagi ke dia untuk makan, untu bagi ke jiran, dia pergi jual pulak", aku kata gitu kat cousin aku.

Memang aku expect posman akan datang sebab masih ada a few barang aku yang belum sampai so bila posman datang tengahari nih, terus lah aku berkejar. Ada satu parcel (tshirt), then ada satu registered letter. Bila aku baca surat tuh terus peluh keluar. Now, ini masalah besar nih, masalah paling besar dalam sejarah hidup aku. Yang tak payah lah aku cerita kat blog. 

And so tak aman lah hidup aku seharian.

Tapi yang best nya dengan aku nih, aku tak mudah gelabah. Lepas aku berihat fikir macamana nak settle kan masalah aku, aku call a few yang terbabit. Ada jalan penyelesaiannya, InsyaAllah. Tapi tak betul-betul confirm. I have to make a few arrangements, aku kena ke Kuantan, ke KL dalam masa terdekat untuk settlekan permasalahan tuh. So hopefully semuanya akan berjalan lancarlah, Aamin.

The rest of the day aku jadi macam bodoh jer. Aku nih dah lah sedia bodoh so bertambah-tambah bodoh lah jadinya.