Monday

Jumaat27Julai2018

Air tak ada lah pulak bila nak menyiram, tong takungan air pun kosong, so aku pergi breakfast. Dah dua hari sesen pun aku tak keluarkan duit so harinih minum dan makan kat luar lah pulak.

Aku rasa my kebun is taking shape, by Raya Haji nanti rasanya macam meriah aje dengan pelbagai tanaman yang pastinya mula merimbun. Hopefully lah, kalau aku tak buat benda-benda bodoh macam letak baja banyak-banyak, atau biarkan tanaman mati kering tak bersiram. Aku notice yang cili jadi agak cepat besar bila dipindahkan ke tanah, kalau dibiarkan dalam tray, cenonet gitu jer. I could be wrong tapi itu lah pemerhatian aku. 

So ku memindahkan cili aje lah the rest of the morning, since banyak anak cili, aku pilih yang elok-elok je. Aku tak fikir aku akan tanam semua anak cili yang tumbuh, banyak sangat nanti tuh, aku yang akan tension. Pokok cili kalau mula berbuah, memang tak henti-henti. Aku ingat lagi dulu aku tanam dalam 30 pokok cili, lepas petik, berbuah semula, pendek kata hasilnya memang berterusan. Sampaikan aku kata dalam hati, bila lah pokok cili nih nak berhenti berbuah, kitaorang dah tak sanggup nak petik.

Awal aku ke masjid sebab aku nak lunch dulu, lapar sangat, lagipun Friday tak banyak waktu antara Jumaat dan Asar, takut tak sempat nak tidur petang. Rutin tidur aku dah  sekarang, lepas Zohor aku kena lelapkan jugak mata barang sekejap, malam pulak aku dah tak merangkak dah ke laptop, lena jer sampai alarm berbunyi.

KN ada datang sama dengan pekerja dia, untuk tengok-tengok apa skop kerja yang nak dibuat. Dia masih belum kasi quotation dan bila aku mintak, dia janji akan bagi secepat mungkin. Aku masih tak berapa percaya dengan KN nih, bukan apa, dia datang pun ikut suka hati dia aje, tak pernah pun tepati janji. Kalau dia kata nak datang Isnin, hari Rabu yang dia datang. 

Aku berItahu yang kalau everything's ok, quotation pun ok, aku nak dia buat kerja after Raya, all of them kata yang kerja tuh boleh siap dalam masa less than 2 weeks tapi aku tak nak ambik risiko. Kontraktor biasalah kan, cakap nya manis aje, janji itu ini, nanti kang aku kasi deposit, terus hilang. Macamana pun aku kata yang aku akan discuss dengan my siblings, Mak memanglah nak sangat kalau semuanya siap sebelum Raya tapi bagi aku, lebih selamat buat lepas Raya. Takut nanti tak siap, mampos nak tidur kat mana kitaorang. Ataupun pakat semuanya tak nak balik sebab rumah tak siap.

Long ada WA beritahu yang InsyaAllah Mak akan balik esok pagi, Akak De, Pui pun akan balik. Best nih sebab terakhir ramai orang di rumah, masa Raya Puasa ituhari. Sempatlah aku mengemas rumah apa yang patut, malam ini dan awal pagi esok. Tak banyak sangat apa yang nak dikemaskan sebab masa Ida balik minggu lepas, dia dah cuci apa yang perlu.

Lepas Isyak ada jemputan tahlil dan bacaan doa selamat kat rumah one of the jemaahs taapi aku tak pergi sebab aku dah terplan nak makan kat luar malam nih.

Friday

Khamis26Julai2018

Dekat lapan setengah aku baru bangun, mulanya tak nak tidur dah lepaas Subuh tapi terlena jugak. Kepala aku macam pening gitu, tak lah teruk peningnya tapi sungguhlah uncomfortable, tu pasal aku berihat tidur.

Breakfast pun makan roti jer 2 keping then terus ke kebun. Anak jagung yang aku pindahkan semalam, hampir semuanya cacat, dipatuk ayam, dikuis-kuisnya. Semalam aku terperasan ada segerombolan ayam macam berpesta kat area tuh, pelik jugak aku sebab sebelum ini memang tak pernah pun ada ayam, tup-tup semalam tuh riuh rendah diaorang. Sabar jer lah kan? Sapa punya ayam pun aku tak tahu. 

Mulanya aku rasa macam terkilan jugak sebab penat lelah aku semalam tuh masih belum hilang (ekekekke penat sangatlah kan kalau setakat 10 lubang yang digali, apalah penaatnya kan. Kuat sungguhlah dramanya aku nih) tapi aku teringat cakap Ustaz baru nih. Dia kasi contoh yang kalaulah tanaman yang kita tanam tuh dimakan, dirosakkan oleh haiwan, anggaplah itu ujian, bukan rezeki kita. Tuhan hantar haiwan tuh untuk menguji kita, jugak untuk menyedarkan kita yang kita nih tak berkuasa walau sedikit pun. Kita kena redha dengan segala macam keadaan. Walau macamana pun, kita janganlah pulak tanam keledek kat kawasan yang banyak babi, for example. Atau tanam jagung di kawasan banyak monyet. Unless kita tahu dan ada cara menghalau haiwan tuh dari merosakkan tanaman kita. 

Bertanam tebu di bibir jugak tak digalakkan.

Tak apa lah, boleh digantikan nanti, apa susah, habis benih, beli yang baru, tanam, kan? Aku suka kalau benda-benda 'kecik' gitu buat aku sedar dan mengingatkan aku pada Tuhan. 

Sebut pasal rezeki, sama jugak macam buah rambutan kat pokok di sekeliling rumah. Banyak jugak yang dah masak, everything was fine minggu lepas, selalu aku ambik gambar dan masukkan dalam WA keluarga, memberitahu keadaan semasa rambutan. Then last Sunday hujan lebat gila. Dan mula dari Sunday tu lah, sampai sekarang, most buah pecah-pecah dan banyak yang gugur. Seriously, lebih banyak buah yang pecah daripada yang elok (belum pecah). It happens right infront of my eyes, pagi masa aku nak ke masjid, aku tengok buahnya masih ok. Petang tuh, semunya berpech belah. Hebatnya kuasa Tuhan. Itulah kan, kalau dah tak ada rezeki tuh, nasi disuap pun tertumpah jugak.


(Minggu lepas ok jer rambutan nih, sesehari dua nih gini jadinya. Itulah, yang indah itu hanya sementara. Tak bermakna yang buruk itu kekal)

(Tiap hari aku bersih dan buang kan rambutan yang gugur nih, kalau dibiarkan memang banyak)

Tak lama aku di kebun, aku melepak kat depan rumah, baring-baring. Pening kepala doesn't seem to go away, tak lah teruk tapi cukup untuk membuatkan aku tak nak buat apa-apa kecuali berihat.

Buat nasi goreng tomyam tengahari nih, nasi yang digoreng dengan isi tomyam semalam. The rest of the day macam biasa. Ngah ada talipun petang nih, bertnya khabar, aku ceritakanlah pasal nak renovate rumah, sebab Long masih belum waar-war kan dalam group, reasons unknown to me. Basically KN setuju untuk buat (dia ada WA beritahu yang pekerja dia sanggup buat), cuma nya belum finalise pasal cost. Ituhari dia datang, cuma benda-benda yang basic aje yang dia beritahu.

'Eh, makan pulut nih boleh masuk angin ker?', aku tanya jemaah sebelah aku, masa jamuan lepas Isyak.

'Memanglah!', kata dia gitu, macam terkejut yang aku tak tahu benda kecik macam tuh.

Patutlah aku seharian pening kepala, sebab (asbab aje lah kan?) semalam makan pulut durian bukan main banyak, dekat sebesen. Sebelum ke masjid pun aku ada makan 2 ulas durian yang tah siapa sorok dlam fridge.

Hmmmm alahai, Tuhan dah tarik nikmat makan aku.

Thursday

Rabu25Julai2018

Lepas Subuh biasanya aku baring-baring kat sofa, ada dua kemungkinanlah kan, tertidur atau terus berjaga sampai cerah. Akan tertidur (dengan senangnya) kalau aku membilang tasbih, dan akan terus ralit sampai cerah kalau aku layan Youtube. Line internet macam ok kalau pepagi, tak laju tapi boleh lah. 

And so itu aku buat pagi nih, layan Youtube. Then breakfast (roti, telur separuh masak), then ke kebun. Aku tak menyiram pun sebab tanah gayanya macam lembut lagi, hujan lebat dua hari lepas tuh. So aku sambung kerja pindahkan anak cili, anak jagung. Nampak macam banyak rumput liar kat kawasan jagung yang dah besar panjang tuh, aku cabut, buang. Gembur-gemburkan tanah kat mana yang patut. 

Sesepuluh minit lepas tuh, petik rambutan. Then ke tempat semaian, tengok-tengok kalau semaian dah besar, sedangkan tadinya dah tengok pun dah. Buang masa gitu lah. Agaknya kalau orang tengok aku tentu diaorang pelik, apa lah dibuatnya kadang menyangkul, kadang menanam, selebihnya bercatwalk ke sana sini. Tak ada langsung gaya macam orang yang serious berkebun. Aku sendiri pun sedar yang kadang tuh aku macam orang bodoh, apa tak nya, apa salahnya pagi-pagi sebelum ke kebun tuh aku petik a few tangkais rambutan, kumpulkan segala peralatan kerja, so that aku tak payah nak buang masa ulang alik ke sana sini? Then again, misi aku bukannya nak save masa, misi aku nak buang masa. Macamana pun tetengah catwalk tuh aku selalu bersyukur yang how blessed nya hidup aku sekarang inih. 

Baru dapat a few rakaats Dhuha, aku terdengar ada kereta sampai, aku intai, tengok-tengok rupanya Chu sama cousins aku dari Raub. Bingkas aku capai apa yang patut, sejadah, a few bajus yang tersadai kat sofa, apa-apa lah, longokkan ke dalam bilik mak.

'Rumahnya bersepah larah.......',(MammaMia,here we go again!) aku terdengar Chu kata gitu kat cousins aku sebelum diaorang masuk rumah, masa aku tengah kalut mengunnyepah-larahkan apa yang patut. Sambil fikir, habislah aku, kali ini lagi teruk dari dulu, sure banyak modal Chu nak jaja sana sini nanti tuh. Tah-tah nanti dia kata rumah lintang pukang.

Ok, yang aku sentapz sangat dengan Chu nih bukan apa. Kalau orang lain, aku tak kisah, kutuklah sebanyak mana pun. Tapi Chu nih, dia sendiri yang rumahnya macam rumah yang lepas kena banjir, dia tak sedar. Dari dulu lagi dia nih selalu sibuk memasak, buat kuih etc so kerj rumah yaang lain bukan priority. Jenis yang tak pernah melipat pakaian kering, dilongokkan aje sana sini, atas katil, kat living. Bila nak guna, digali lah longgokan yang menggunung tuh. Bukanlah kejadian yang luarbiasa kalau kita ke rumah dia, kita tengok sarung tek bergantungan di sana sini.

Nasib baik lah tak lama lepaknya, sekadar nak jenguk-jenguk aku, nak tahu perkembangan pasal nak renovate rumah tu lah. Aku tak adalah cerita details sangat sebab I'm sure dengan cerita aku tuh pun akan jadi panjang nanti tuh bila Chu bercerita kat orang lain. 

'Awak nih bila nak berduanya?', cousin aku tanya.

Elok sangatlah tanya soalan gitu depan Chu.

'Akhir tahern (tahun) nih', kata Chu. Aku pandang cousin aku sambil geleng-geleng kepala.

'Calern (calun) nya ada dah, hok haritu, jangan cari-cari orang lain dah', kata Chu lagi.

Aku senyap jer, sambil bukak pintu nak suruh diaorang balik. Sambil fikir, sana calun, sini calun, silap-silap kawin 4 aku nih nantinya.

'Lari duduk overseas jer lah senang kalau macam nih', aku kata gitu kat cousin aku sambil gelak-gelak.

'Orang pun tak expect awak duduk sini, kan?, kata cousin aku.

Seriously, aku tak tahu apa yang cousin aku (dan cousins yang lain) fikir pasal aku, apa pemandangan diaorang pasal aku. Deep down aku rasa rendah diri yang teramat sangat dengan diaorang sebab aku cuma duduk kampung, tak ada apa nya. Diaorang semuanya berjaya dan hidup macam apa yang masyarakat nak. Aku jer yang hidupnya masyarakat tak nak.

Tak berapa menjadi tomyam seafood yang aku buat walaupun segala macam benda aku letak. Cair, lagipun sebab serai lama, tak ada kick nya dah. Macamana pun, aku rasa, aku rasa lah kan, sedap jugak tomyam aku tuh kalau dibanding dengan tomyam kat kedai. Kalau kat kedai, setakat sebilah udang, sebutir sotong, dan berpuluh-puluh cucuk serai. 

Aku tengah menyangkul petang nih bila kontraktor (KN) datang, teruslah aku tunjukkan kat dia apa yang nak dibuat, tukar dinding/tingkap dan a few papan lantai. Aku beritahu dia yang aku lebih kepada dia tak nak buat sebab sampai sekarang pun Long masih tak war-war kan kat WA keluarga pasal nak renovate rumah nih. Aku ada kasi hint yang kitaorang nak belanjakan untuk renovation works tuh dalam belas-belas ribu jer. Aku tak rasa dia sanggup buat dengan kos sekecik itu tapi dia kata yang esok dia akan datang bawak tukang kayu dia, kalau tukang tuh sanggup buat, then dia kata dia akan bagi quotation.

'Awak 'main' Bitcoin ker?', KN tanya aku. Aku kan ker pakai tshirt Bitcoin kalau ke kebun, aku ada dekat 10 helai tshirt Bitcoin dan Ethereum.

Aku tau dia tak tau pasal Bitcoin sebab tuh dia guna term 'main'. 

'Bulan Puasa tahun lepas lagi dah, ada kawan ajak join, modal RM 20 000', kata KN lagi.

Teruslah aku bersyarah, aku kata yang jangan sekali-kali ikut orang. Share market ker, Forex ker, gold investment ker, cryptocurrencies ker, sama jer. Buat sendiri, jangan nak ikut orang, itu semua MLM. BitNetworkClub tuh lah MLM terbesar, too bad ramai Melayu join. 

'Macam ni lah, cuba kalau RM 20 000 tuh awak beli Bitcoin, masa dia ajak join tuh. Boleh dapat berapa Bitcoins dah?", aku jawab gitu.

Banyaklah yang kitaorang sembangkan, termasuklah sessi interview ekekekke. Soalan-soalan macam, berapa lama kat US dulu, belajar kat mana, pernah tak kerja gomen, soalan-soalan gitu.

Tak praktis baca sebelumnya, so masa mengaji malam nih macam tak berapa lancar, salah sana sini. Macam minggu lepas jugak, cuma 3 orang yang mengaji. Lepas Isyak ada tahlil, jamuannya pulak pulut durian. terbanyak pulak aku ambik, nak menghabiskannya punyalah siksa, ditambah pulak dengan rasa keguiltyannya.

Wednesday

Selasa24Julai2018

Rasa macam sekejap jer, dah Selasa semula, hari Pekan Sari Sungai Ruan. Aku ke kebun dulu tengok apa-apa yang patut since petang semalam aku tak jengah langsung, becak lepas hujan. Betul tekaan aku, ada a few pokok anak cili yang hanyut, patah riuk dilanda hujan. Tak apa, aku ganti lain nanti tuh, apa kisah kan?

Then aku terperasan ada missed calls dari Chu, as always. Hampir setiap hari akan ada missed calls dari Chu. Since duduk kampung, aku makin lama makin tak terikat sangat dengan cellphone. Kadang tuh aku tak bawak ke kebun pun, bukan ada orang nak call/WA sangat pun. Dan aku pun tak suka sangat kalau orang call/WA aku. Apatah lagi calls yang berulang-ulang. Dengan Chu, lepas call, dia call lagi, dan lagi, dan lagi. Style makcik-makcik bawang tu lah. Pasal benda-benda kecik jer pun. Contohnya, call pertama, suruh ambikkan daun pisang. Call kedua, tanya samada dah ambik ke belum. Call ketiga, tanya bila nak hantar. Call ke empat, beritahu yang dia mungkin tak ada kat rumah, so tinggalkan kat kedai depan tuh aje.

So aku ke kedai makan depn rumah Chu tuh, sebab dia ajak minum di situ. Dia menalipun tadi sebab nak suruh aku hantar dia ke rumah MH (yang janji nak ajak aku ke kebun durian dia tu hari tapi tak datang-datang jugak), sebab dia tak ada contact number MH, ada hal yang dia nak bincng dengan MH. 

Instead aku naik fatbike jer pergi jumpa Chu. Pak Sedara aku yang dari Lembah Klau pun ada, sama kawan dia, so diaorang ajak aku minum sekali. Aku kata yang aku nak ke Sungai Ruan, on the way tuh nanti aku akan singgah rumah MH ambik contact number dia. Rupanya aku pun tak ada nombor MH tuh, ada kat cellphone lagi satu. 

Then a few minutes lepas tuh Chu talipun lagi beritahu yang the moment aku blah tadi tuh, MH sampai, so diaorang ajak aku minum sekali. Aku kata aku dah di Sungai Ruan. Malas lah aku, Pak Sedara aku tuh suka buat lawak mengutuk Mak, nanti kalau cerita pasal ketidakjadian nak renovate rumah (so far lebih kepada tak jadi), lagi lah banyak modal dia. 

"Suka ngat ke Sungai Ruan terh, entah benda lah dicarinya', aku terdengar Chu kata gitu. Sekarang nih, lepas Chu call, aku selalu merisik khabar, aku tak off kan phone. 

'Jangan-jangan cari Amoi', aku terdengar MH kata gitu. MH nih dulu tuh Navy, so go figure.

Aku 'suka' ke Sungai Ruan tuh bukan apa, itu aje lah time aku nak menengok dunia luar. Lagipun, manalah tahu kalau-kalau ada orang jual benda pelik-pelik, benih, anak pokok ker. Entah-entah ada orang jual benih kacang tanah harimau, mana lah tahu, kan, sebab kacang tanah biasa ada orang jual.

Terserempak dengan sedara aku yang selalu berniaga kat pasar/pekan tuh, dia beritahu yang pokok petai hybrid untuk aku dah ada, senang-senang nanti dia hantar. RM 15 sepokok, dia nak hantar 20 pokok. Mamposlah nak tanam kat mana. Dia kata, tanam aje lah sekeliling rumah, dalam pagar. Then aku kata aku tak nak sentuh tanah dalam pagar, mak aku sure tak berkenaan, tak setuju.

'Alah, mak awak tu berapa tahun lagi jer hidupnya?', sedara aku tuh buat lawak. Dia nih suka lawak kasar. Aku tak sentap pun dengan lawak dia, mungkin sebab dah terbiasa, lagipun dia memang gitu orangnya.

"Orang kampung gitulah, tapi cuba kalau pokok tu dah ada hasil besok, entah-entah nya suruh awak tanam sampai ke depan tangga. Tapi entah-entah awak mati dulu dari Mak awak", kata dia lagi.

Since minggu lepas tak beli apa pun, aku singgah kedai peralatan pertanian, terbelilah itu ini sesikit. Beli benih kangkung jugak sebab senang jer menanam kangkung nih rupanya. Aku pun baru tertahu cara tanam kangkung, ditanam taburkan aje macam menanam sawi, bayam etc. Dulu aku tak tahu, sebab benih kangkung tuh besar macam benih bendi, aku ingatkan tanam sebijik sebijik, so aku tanamlah sebijik sebijik. Aku ingatkan bila besar nanti akan merimbunlah daunnya. Tapi tak gitu rupanya. Tu pasal kat batas kangkung aku, kepadatan penduduknya terlalu kecil.

Kat kebun masih becak, aku macam tak tahu nak buat apa, so aku semai benih-benih yng masih ada. Aku rasa kebun aku macam kosong jer, kecuali jagung yang dah tinggi, tanaman lain macam tak ada sangat. Selagi cili tak besar panjang, akan nampak kosong lah. Aku malaslah tanam sayur-sayur sekali harung, nak tanam berperingkat-peringkat supaya sentiasa ada. It's better that way daripada tanam bebanyak tapi tak ada sapa nak makan.

Masa lunch baru aku teringat yang minggu lepas aku janji minggu nih nak banyakkan aktiviti memasak. Banyak kali memasak air, that doesn't count. Ini dah Selasa, aku masih makan di luar. So ke kedai sekejap, beli apa-apa yang tak ada, bahan-bahan utama dah ada dah.

Peraih kelapa ituhari ada sms-ed aku, a few days ago ada terserempak dengan dia dan dia kata Isnin nak bayar harga kelapa yang dia kait dulu tuh. Tapi semalam tak datang pun. Dia kata wallet dia hilang masa pergi khenduri, tak pun dia tersalah letak. Panjang lebar ceritaanya. Aku kata, 'tak apa lah', tapi lepas tuh makin panjang cerita, messages yang dia hantar. Terfikir aku, lepas jual kelapa dulu tuh, mengapa tak nak bayar. Sekarang bila duit hilang, baru lah nak bayar kononnya.

Aku tak ke mana-mana lepas Asar, tak ke kebun dan jugak tak berfatbike. Di rumah aje. sebab menunggu kontrktor tuh yang janjinya nak datang petang nih sebab petang semalam dia tak dapat datang. Dah dekat Maghrib baru di WA kata tak dapat datang, tak sempat.

Tak ada jugak Ustaz malam nih, kitaorang yang dahagakan ilmu ugama nih tertunggu-tunggu lah. Jamuan pun tak ada lah kan, so balik dari masjid aku buat cheese omelette macam biasa, goreng fries etc. Rebus bendi jugak, air rebusan bendi tuh aku minum. Bendi nih banyak khasiatnya, anak-anak. Antranya, minum air rendaman bendi setiap pagi. 

Confused jugak aku sebab banyak sangat benda yang nak di minum. Nak diselang seli ker sebab aku ada benda lain jugak untuk diminum, lemon + olive oil, apple cider vinegar + honey + air suam, teh daun pokok zaitun. Itu belum dicampur jus kunyit yang kadang aku minum jugak. Teh halia serai lagi. 

Pagi-pagi aku selang seli kan minum lemon + olive oil tuh dengan apple cider vinegar + honey + air suam. Teh daun zaitun tuh bekal masa di kebun, cuma masalahnya aku jarang minum, tapi kalau iced lemon tea aku bawak, se jug tuh sekejap jer habisnya. Aku kalau bab minuman masih boleh dijaga tapi kalau bab makanan, aku lemah, aku makan jer apa yang ada, apa yang aku rasa ok. Tak fikir langsung pasal kalori, things like that. Kalau orang tanya apa dia healthy food, aku jawab, salad. Itu jer yang aku tahu.

Tuesday

Isnin23Julai2018

Masa aku nak ambik basikal kat shed, untuk ke kedai beli breakfast, aku terperasan yg kat kebun macam ada lopak-lopak air sedangkan semalam tak hujan. Sudahhhhh.....paip tak tutup dari semalam kot? Memang betul, pili tak ditutup sejak pukul 6 petang semalam, dah lebih 14 jam. Mungkin sebab masa tuh aku marah dan sentapz sangat sampaikan terlupa nak tutup pili air. Sampai begitu sekali, sampaikan lupa dunia, kata aku dalam hati. Insaf lah sekejap, insaf mengenangkan yang rentetan dari kemarahan aku semalam, aku dah termembazir air. 

Kat kebun aku memindahkan anak cili, dari trays ke tanah. Dapatlah sesepuluh pokok per session, kalau aku tunggu anak-anak cili tuh besar then baru nak pindahkan ke tanah, takut pulak banyak kerja nanti tuh, so might as well pindahkan sikit-sikit. 

Tengah syok bekerja, kontraktor tuh call tanya kalau-kalau dia boleh hantar pasir seselori dua ke rumah sebab ada balance pasir kat projek dia yang dah nak siap.

'Jangan!', aku kata gitu. Iyalah kan, tak confirm apa-apa dah nak hantar materials. Kononnya lah kan. Pandai kontraktor nih, buat pura-pura nak hantar materials kononnya, as if lah kitaorang confirm lantik dia. Memang gitu tektik most kontraktors.

Terus aku masuk ke rumah, beritahu Ida yang diaorang kena settlekan issue renovation tuh  secepat mungkin, aku tak nak nanti kontraktor tuh macam menaruh harapan dan tertunggu-tunggu. Kalau jadi, kata jadi, kalau tak nak, kata tak nak.

Long discuss dengan Ida (over the phone), aku dengar jer. Issue nya, tak payah nak buat renovation mahal-mahal sebab tak ada siapa yang nak duduk sini pun (macam diaorang tahu yang aku di sini hanya sementara), dan tak fair kalau nak suruh adik beradik kasi certain amount of money setiap orang sebab ada yang tak mampu.

Ida suruh Long war-war kan pasal nak buat renovation tuh sebab tak nak nanti the rest of my siblings salahkan kitaorang bertiga sebab tak beritahu apa-apa, they know nothing pasal nak renovate rumah nih. Jugak, mungkin, tah-tah ada sesiapa yang nak sponsor the whole amount, mana kitaorang tahu, kan? Iyalah, ada sibling kitaorang yang pakai Porshe, kereta mewah lain tuh jangan ceritalah. Kot-kot dia nak sponsor, who knows.

Keputusan yang dibuat, nak allocate RM 15 ke 20 ribu saja, dan nak tukar dinding (semua) dan lantai (yang rosak saja). Dinding dan lantai kayu. 

Aku disuruh contact kontraktor tuh, beritahu keputusan yang diambik, jugak tanya dia kalau-kalau dia masih berminat untuk quote harga nak tukar dinding dan lantai sahaja.

"Mahal jugak nanti nih, nak tukar dinding, ceiling kena bukak sebab awak tengok tuh, dinding nih masuk ke dalam ceiling', aku kata gitu kat Ida sambil tunjukkan dinding papan yang di bahagian ceiling. 

'Baik awak talipun, beritahu Mak', aku kata gitu kat Ida.

So Ida explain kat Mak apa-apa yang dia bincangkan dengan Long, jugak keputusan yang dibuat. 

"Tak kan deme 11 orang adik beradik tak boleh bagi duit sikit sorang?", I've heard that question before.

"Mak terkilan, kan?, aku tanya Ida. 

And so sebelum Ida balik KL, aku talipun kontraktor tuh, beritahu yang adik beradik tak bersetuju nak renovate rumah with that price sebab buat cantik-cantik pun, sapa nak duduk? Aku tahu yang kontraktor tuh fikir yang itu hanyalah alasan aku, sebab yang sebenarnya mungkin sebab quotation tuh tinggi harganya. 

Dan dia bersetuju untuk bagi quotation untuk tukar dinding dan lantai, jugak tingkap sahaja. Itupun aku tak confident, aku rasa tentu harga yang dia quote nanti lebih tinggi dari jumlah yang kitaorang nak allocate/budget.

Bila Ida dah bertolak balik, aku melepak ajelah, letih rasanya dua hari nih banyak bercakap. Terfikir aku yang kali ini macam pelik sikit, for the first time anak-anak tak dapat tunaikan permintaan Mak, biasanya apa yang Mak nak kan, anak-anak menurut aje. Then again cuma Long sama Ida aje so far yang tak bersetuju (dan diaorang akan buat keputusan/influence adik beradik lain). Aku, to be honest, aku terpaksa bersetuju dengan keputusan diaorang walaupun mulanya aku ingatkan diaorang akan menurut kata Mak. Itu yang aku sampai nak meminjam dari Akak De tuh, untuk menyelesaikan masalah.

Problem is, Long masih tetap tak war-war kan kisah nih kat adik beradik yang lain, aku rasa Long nak tunggu sampai keputusan dicapai. Bagi aku, war-war kan aje, and as I said, mungkin ada sesiapa yang nak sponsor or at least donate dengan jumlah yang banyak, habis problem. Siapa tahu, kan?

Entahlah, aku menurut aje lah.

Hujan turun selebat-lebatnya petang nih, bersyukur sangat aku sebab tanah akan jadi lembut dan senanglah aku nak memindahkan anak jagung, cili. Walaupun aku ada terfikir jugak yang ranaplah pokok-pokok cili yang baru aku pindahkan pagi tadi. Tak apa, aku redha, that's part and parcel seorang pekebun. You win some, you lose some.

Oh tidakkkkkk!!!!!!!! Air tak ada! Masa aku nak mandi, aku perasan yang air tak keluar dari paip. Sebab aku tak tutup paip for 14 hours semalam tuh ker, apa kaitannya? Memang regulation nya macam tuh ker, memang ada quota yang yang kita boleh guna untuk 12 hour period ker? Tak kan macam tuh kot? Tak kan lah sebab aku lupa nak tutup paip air for 14 hours, terus air tak ada? Damn, bring Najib back!

Apa aku nak jawab nanti, tentu aku kena marah sebab tak tutup air. Ayoooo, susahnya jadi aku, aku buat sikit jer silap, sampai begini sekali balasan yang aku terima. Terpaksa terima ajelah segala kemungkinan nya nanti, aku tak dapat nak cari alasan apa pasal paip air tak ditutup. Tak kan aku nak terus mengaku yang aku bersalah (lupa nak tutup paip), aku kena at least create cerita, kata ada paip bocorlah etc. 

Sejak dulu, kalau lepas mandi, aku akan ambik air sembahyang. Walaupun bukan untuk sembahyang. Aku macam tak pernah (pernah lah, dulu-dulu, dulu-dulu yang lama dulu) ambik air sembahyang kat masjid. Dengan lain perkataan, kalau aku ke masjid/surau, aku dah siap berwudhuk. So untuk tak nak kasi lupa yang aku belum ada air sembahyang, itu yang sepanjang berbasikal ke masjid, aku ulang-ulang kata, 'aku belum wudhuk, aku belum wudhuk'. Takut terlupa, nanti terus aje masuk masjid.

'Rumah kome tak ada air", aku mengadu gitu kat one of the jemaahs.

"Baru kejap tadi tak ada nya", kata that guy.

Laaaa, rupanya the whole kampung tak ada air. Aku ingatkan kat rumah kitaorang aje, aku ingatkan tak ada air tuh sebab semalam tak tutup paip for 14 hours. Nak tergelak aku, mudah sangat panik, mudah sangat menyalahkan diri sendiri kalau ada apa-apa musibah. 

Since tanah becak, aku tak ke kebun. Rileks jer sorang-sorang, dah lewat petang aku praktis baca Quran mukasurat yang aku kena baca malam nih masa mengaji sama Ustaz. Tapi tak ada pulak Ustaz malam nih, dan yang peliknya, jamuan pun tak ada. Ker pihak pengurusan masjid dah tahu yang Ustaz tuh tak datang malam nih, tu pasal tak ada jamuan disediakan. Nasib baiklah aku dah makan petang tadi, makan belen nasik/lauk yang Ida tinggalkan dalam fridge untuk aku.

Monday

Ahad22Julai2018

Mudah pulak aku menidurkan diri semalam tuh. Tak sempat aku nak fikir yang boleh ker aku tidur malam nih, aku dah pun tertidur. Mungkin sebab berkat tidur berjemaah kot, aku tidur di living, Long tidur di sebelah sana tuh. Aku sedar Long bangun pukul 4-30 pagi untuk Tahajjud, aku tunggu alarm berbunyi pukul 5, baru aku bangun.

Long pergi breakfast sorang-sorang pagi nih, aku sambung tidur sampai pukul 7.45, then masing-masing ke kebun, Long memesin rumput dan aku menyiram, then menyangkul, merepih kat mana yang patut. 

Aku tengah online (aku siap buat kerja before 12 biasanya), then ternampak kontraktor tuh datang, so aku panggil Long ajak discuss sekali. Long suruh aku aje yang uruskan. Kontraktor tuh explain itu ini, ambik measurements sana sini (itu hari dah ukur, dah tahu apa yang nak buat, apa kejadah nak ambik details lagi, tanya aku dalam hati), sesambil menunggu Long. Agaknya dia ingatkan Long lah yang akan deal dengan dia, sebab Long anak sulung, aku nih apa lah kan? 

"Tak apa, tak apa, cerita dengan dia, dia tokay", kata Long kat kontraktor tuh, sambil tunjuk arah aku.

Like it or not, you'll see a lot of me, bitch!

Punyalah susah Kontraktor tuh nak kasi figure untuk quotation tuh, berbalik-balik dia cakap. As if aku nih tak tahu menahu pasal pembinaan. Dia nih tak tahu ker latar belakang aku? Dia tak tahu ker yang aku dulu Resident Engineer untuk projek resort Royale Chulan Cherating yang harga satu villa sampai RM 5000 semalam tuh? Apa, makcik-makcik bawang kampung nih tak cerita kat dia ker pasal aku? 

And so lepas dia beritahu harga, aku kata lah yang aku kena discuss dengan adik beradik aku dulu, kitaorang 11 orang semuanya so sure ada banyak pendapatan dan pemandangan nya  nanti.

Harganya bagi aku lah, agak tinggi tapi bila aku fikir yang ada 2 kos terbabit (meruntuhkan struktur rumah kayu sedia ada dan buat semula guna bata/konkrit), within my pengiraan lah. That I have to explain kat adik beradik aku, for sure diaorang akan terkejut dengar harga keseluruhan.

Tak lama lepas kontraktor tuh blik, berdesup-desup WA masuk. Dia beritahu yang lampu, kipas, grill etc etc tak masuk dalam quotation. Laaaa, apasal tak beritahu kos renovation tuh RM500 jer, tapi tak termasuk harga lantai, dinding, tak masuk apa satu pun. 

Lepas explain kat Long, aku talipun Mak, nak beri latest info. 

"Tapi masalahnya Mak, kita tak ada duit, nak kumpul (duit) adik beradik, tak dapat sebanyak itu dalam masa terdekat", aku kata gitu kat Mak.

Dulu dah aku sound Mak macam nih tapi Mak punya jawapan, 'alah, deme 11 orang adik beradik bagilah sikit sorang, selebihnya tampung dengan duit pencen arwah Pak.

"Mak tak tahu lah, awak bincanglah dengan deme nya (adik beradik)", kata Mak gitu.

And so aku bincang dengan Long, aku kata yang susah nak mintak RM 5000 dari setiap orang adik beradik sebab ada yang tak kerja (suri rumah) dan ada yang memang tak mampu. Itu tak termasuk aku yang tak kerja nih.

"Kita nih salah cara sebenarnya, patutnya kumpul duit dulu lepas tu baru bincang nak repair rumah", kata Long.

Tiba-tiba aku dapat idea. 

"Macamana kalau kita tiap orang bagi RM 3000 (RM 33 000 semuanya), Mak bagi RM 10 000, lepas tuh saya pinjam dari Akak De dalam RM 20 000, hujung tahun saya bayar. Long rasa Akak De setuju tak?", aku tanya gitu.

Terbayang dah yang aku akan terpaksa let go Bitcoin aku, bukan sekarang tapi akhir tahun nanti. Then again what if Bitcoin turun harga? Pandai-pandailah aku jual nanti tuh.

"Awak nak sponsor RM 20 000?", Long tanya aku.

"Itu jer caranya, itu jer yang saya rasa dapat buat. Macamana sekalipun, kita kena siapkan rumah, itu jer", aku kata gitu.

"Kalau dia setuju, ok lah. Kalau dia tak setuju, macamana?, Long tanya gitu.

So tengahari lepas Zohor, aku talipun Akak De, kebetulan dia ada duit, dan dia dengan senang hati setuju nak dulukan duit dia untuk tampung kos nak renovate rumah.

"Alhamdulillah, selesai satu masalah', kata Long, bila aku ceritakan persetujuan Akak De nak pinjamkan aku duit.

Aku bersyukur sesangat, macam tak percaya jer yang masalah besar macam nih boleh settle dengan senang.

Or so I thought.

'Deme bincanglah berdua, Long setuju jer keputusn deme', kata Long masa dia nak balik ke Jerantut, lepas sembang sekejap dengan Ida yang baru sampai dari KL.

"Saya tak tahu pun kisah nak renovate rumah, ingatkan Abang Tam buat lawak jer kat dalam WA tuh", kata Ida bila aku ajak dia discuss, masa tuh aku tengah menyiram. Cerita punya cerita then aku ceritakanlah pasal plan aku untuk pinjam duit Akak De tuh.

"Macamana kalau ada yang tak dapat bagi duit, macamana kalau duit masih tak cukup?", Ida tanya aku. Then Ida sebutkan nama adik beradik yang kitaorang rasa tak dapat nak kasi duit macam yang ditetapkan tuh. Betul jugak, kalau ada yang tak dapat nak kasi duit, jumlahnya sure tak cukup.

Aku lupa Ida punya exact words tapi dia ada kata something like (sambil gelak-gelak), "Itulah, mengapa awak memandai-mandai nak meminjam tuh?"

Tersentap aku, I mean betul-betul sentap, sentap with capital S. Aku semburkan Ida dengan air paip aku menyiram tuh sambil kata, "Jangan cakap gitu, aku tak fikir pun gitu, awak boleh cakap aku memandai-mandai pulak".

"Dah lah", aku kata gitu sambil terus pusing, menyiram kat tempat lain. 

Pedih sungguh hati aku, sikit pun tak terlintas di hati aku yang aku punya plan tuh dikata memandai-mandai. Apa yang aku tahu, Mak nak renovate rumah, by hook or by crook kitaorang kena buat, kena cari duit.

'Saya cuba tanya Ngah, kalau-kalau dia boleh sponsor", kata Ida.

"Ikut awak lah", aku jawab gitu, tak pandang pun dia. Biar dia tahu yang aku sakit hati, biar dia tahu yang dia dah menyakitkan hati aku, walaupun mungkin dia tak bermaksud macam tuh, aku jer yang lebih-lebih sentapz macam bapok tua ekekekkeke

'Kome nak beli makanan, Abang Tam nak kirim mende?", Ida tanya masa dia nak ke kedai beli dinner.

"Tak payah, aku makan kat luar", aku jawab gitu, masih tak pandang dia. Aku tahu malam nih (InsyaAllah) sure ada jamuan kat masjid sebab malam ini turn Ustaz kesayangan ramai tuh kasi kuliah.

Aku terus aje lah masuk rumah, mandi etc, dan baring, sambil fikir yang apa pasal aku terasa hati sangat tuh. Puas aku beristighfar, sambil fikir yang kalau aku tak tegur Ida, dibuatnya dia pun sentapz, takut pulak sampai ke tua kitaorang tak bertegur sapa. Sebab nya pasal benda kecik jer kan?

And so bila Ida balik dari beli makanan, aku mintak maaf sebab aku marah dia tadinya tuh (walaupun aku fikir yang Ida sepatutnya mintak maaf dengan aku, sebab dia menyakitkan hati aku). Tapi tak apalah, aku nih abang. 

"Apa perlu nya repair rumah semahal itu, bukannya ada orang nak duduk?", kata Ida bila kitaorang start semula berbincang. Betul jugak tuh.

"Gini, Mak dari dulu lagi dah kata yang nak renovate rumah, lepas tuh Mak kabor ke Chu, suruh Chu talipun kontraktor tuh. Mak fikir kita adik beradik akan collect duit sikit sorang', aku kata gitu.

"Sikit mende kalau sampai enam tujuh puluh ribu", kata Ida. betul jugak tuh.

Tak aman aku kat masjid malam nih, Ustaz tuh bagi tazkirah, fikiran aku melayang-layang pasal kisah nak renovate rumah. 

p.s

kalau ada adik beradik aku terbaca blog nih, aku mintak maaf kalaulah ada yang terkecik hati. this is only a blog. peace!

Sabtu21Julai2018

Bingkas aku bangun bila terdengar bunyi azan Subuh, apparently aku punya alarm gagal membangunkan aku pukul 5 tadi. I was debating samada nak ke masjid atau tidak, rasanya tak sempat sebab nak mandi, nak bersiap etc. Tapi syukurlah aku menurut kata hati, aku ke masjid jugak, and for the first time sejak balik duduk kampung, ini kali pertama aku jadi makmum masbuk.

The rest of the early morning aku mengemaskan apa-apa yang patut, I have the feeling ada orang yang akan balik. Tak nak lah nanti dioarang terkejut tengok barang berkaparan, walaupun tak ada apa pun yang bersepah larahnya.

Banyak jugak barang yang aku beli kat Pekan Sari, Ida yang kirim, cili 5 pot, kundang 2 longgok etc. Selebihnya barang untuk aku sendiri, rasanya minggu depan nak perbanyakkan aktiviti memasak, or rather aktiviti menyediakan sendiri makanan. Rasanya lah, apa-apa pun, tunggu minggu depan.

Aku terserempak dengan Long masa balik dari Pekan Sari, Long baru sampai, sorang jer, dan Long akan stay overnight sebab Kak Long sama anak diaorang ke Shah Alam.

Long balik sebab nak memesin rumput kat dalam kawasan berpagar, jugak mengelearkan mana-mana yang patut, sebelum Mak balik.

"Takut nanti, tak dan keluar kereta lagi dah komplen sana semak, sini semak', kata Long, mereferkan Mak.

"Ha, tau tak apa", kata aku dalam hati.

Kitorang kat kebun aje lah, tak buat apa sangat, bersembang aje lebihnya. Long tak habis-habis bercerita kisah dia ikut rombongan melawat perkampungan orang asli di Kuala Lipis minggu lepas. Terms 'memberi perspektif baru, membuka kesedaran' yang selalu di ulang-ulang. Dia kata yang sedih bila menengokkan keadaan orang asli yang Islam, surau di ketiga-tiga perkampungan tuh tak 'hidup', so kena sentiasa ada orang datang melawat, barulah Islam boleh berkembang. 

'Insted of datang melawat sekali sekala sambil bawak barang-barang keperluan, mengapa tak gaji kan dua tiga orang, suruh diaorang duduk di situ. Tak pun, rotate kan sukarelawan-sukarelawan, biar sentiasa ada orang yang mengajar orang asli tu. 

'Sedangkan kampung Melayu yang orangnya dilahirkan Islam, ada surau masjid yang tak hidup, ini kan pulak tempat yang orangnya baru peluk Islam', aku kata gitu. 

'Tak berapa berkesan jugak kalau datang sekali sekala gitu, Lagi elok kalau ada fulltime ustaz ker, sapa-spa lah yang boleh ajar ugama', aku kata lagi.

"Long pun sanggup kalau buat gitu, duduk 2 minggu kat kawasan orang asli tuh,lepas tuh ganti orang lain pulak', kata Long gitu.

'There.........", kata aku dalam hati.

'Kita bukan setakat Islam kan orang jer, kena ada follow up nya, tak kan diaorang terpandai sendiri jer lepas peluk Islam, aku kata lagi.

'Orang asli nih nak peluk Islam senang jer kadang tuh, dia 'sanggup' peluk Islam, kalau kita beli petai yang dia  jual", tergelak Long dengar aku cakap gitu. Bagus aku nih, bila bercakap pasal orang asli, aku akan berfikir cara orang asli berfikir ekekekke

Long kenyang pulak masa aku nak lunch lepas Zohor, tak kan aku nak suruh dia tunggu aku lunch pulak, kan, dah lah aku menumpang dia ke masjid. Dan aku pun malas dah keluar semula bila dah sampai rumah, so aku goreng fries, potong apa-apa sayur etc nak buat omelette. Bukak fridge, tengok-tengok telur tak ada, dah habis. Alaaaaa, aku tak perasan. ingatkan masih ada. Aku nih kadang tuh makan telur mengalahkan biawak ekekekek

Lepas Asar kitaorang ke kebun lagi, aku menyiram dan memindahkan anak bell pepper, pindahkan ke barisan depan. Aku ada semai bell pepper (cili Bangla) kaler kuning, merah dan hijau tapi tak tau lah pulak kalau-kalau yang tumbuh semuanya satu kaler aje. Long pulak menebang pisang yang berpenyakit, lepas tuh gali akar umbi pokok tuh, dibuang.

'Takut jer Mak akan suruh MatN bersihkan pisang berpenyakit nih sebab ituhari ada Mak sebut-sebut pasal nak hire MatN untuk clearkan pisang berpenyakit. Tengok jer lah berapa yang dia charge, jangan terkejut lah kalau dia charge ribu-ribu', aku kata gitu kat Long. MatN ni lah yang charged sampai rm 3200 untuk buat shed yang kalau mengikut pengiraan aku, harganya tak sampai seribu.

Aku beritahu Long yang selagi pisang berpenyakit tuh tak diclearkan, selagi itu lah Mak akan bersuara, setiap kali pergi balik dari masjid for sure nya lah.

Kitaorang dinner kat Sungai Ruan lepas Maghrib sebab tak ada kuliah ugama malam nih, dan Long pun nak berbekam. Ingatkan long nak hantar aku balik dan dia terus ke tempat berbekam, rupanya dia terus aje ke tempat tuh, terpaksalah aku tunggu dia siap berbekam. 

"Dia ingat awak bujang, tentu banyak duit", Long kata gitu bila aku beritahu yang tukang bekam tuh charged aku RM 180 masa aku berbekam, tukang bekam tuh datang ke rumah. Dia charged long Rm 50 jer for 10 cups of bekam. Aku dulu tuh 36 cups tapi cups yang kecik tuh. Aku cerita jugak kat Long yang aku dulu pernah dicharged RM 250, yang aku pengsan sebab banyak sangat darah keluar tuh. Yang tukang bekam tuh tanya aku (lepas aku sedar dari tak sedar) kot-kot aku ada bela hantu/makhluk ( tu pasal aku pengsan tuh sebab hantu/makhluk nak keluar dari badan). What a loads of craps!

Tapi, RM250 a session, he's a bloodsucker all right lah kan? ekekekekke

Sunday

Jumaat20Julai2018

Kereta aku kena langgar pagi nih, masa balik dari masjid. Pakcik tuh nak gostan, dia tak perasan kot kereta aku kat belakang. Aku nak gostan tapi ada kereta dan motor pulak, so aku hon, dia tak dengar. Then boom di langgar. Aku selamba jer, tak ada rasa nak marah ker apa sebab aku tahu bukan dia sengaja nak langgar pun. Lagipun kereta aku tuh kereta buruk, apa lah sangat nak beria-ia kan? Kemek lah sikit kat bahagian depan kereta tapi everything's ok.

Takut jugak gaduh dengan Pakcik tuh sebenarnya, tu pasal aku tak turun kereta pun, instead aku just balik. Kat kampung nih ada a few cases orang yang dulunya setiap waktu berjemaah kat masjid, cuma datang sembahyang jumaat aje sekarang nih, sebab berlaga angin dangan jemaah lain. 

Aku breakfast kat kedai Samad. MP tak ada sebab dia ke Melaka, dulu tuh dia nak duit yang katanya untuk tambah modal beli anak ayam kampung, rupanya untuk belanja ke Melaka tu lah. Dengar ceritanya, dah lama dia tak ke tempat pemrosesan ayam dia tuh, dan rebannya masih tetap kosong. Yang aku selalu terserempak dengan dia masa breakfast tuh, aku ingatkan dia nak ke tempat ayam dia lah, rupanya sekadar nak breakfast.

Masa breakfast tuh jugak aku terperasan yang sesehari dua nih aku macam malas gitu, kat kebun cuma sekejap. Mungkin sebab tension yang tanaman banyak mati, tapi aku rasa itu excuse aje. Itu yang buat aku bersemangat untuk merajinkan diri semula. Bagus aku nih, mudah tersedar dengan kekurangan dan kelemahan diri.

Lepas menyiram, aku cuba nak pindahkan anak jagung yang aku semai dulu tuh ke tanah. Dah besar panjang dah jagung dalam tray-tray tuh so it's about time lah diaorang berpindah ke tanah. Tapi, punyalah keras tanah nak digali, semput aku dibuatnya. Aku guna penyodok untuk buat lubang, tapi sebab tanah kering dan keras (seseminggu dua nih panas yang amat sangat), aku lupakan hajat aku tuh, satu lubang pun tak dapat. Aku nak gali lubang tuh bukan apa, dulu-dulu aku pernah tanam jagung dengan skala yang besar, aku just cangkul tanah dan masukkan benih. Sekali tuh musim hujan, angin kuat, ranap habis pokok jagung aku, yang akhirnya aku terpaksa ikat dengan tali untuk kasi pokok-pokok tuh tegak. So kali ini aku tak nak kejadian serupa berulang, itu yang aku gali lubang dalam-dalam dan masukkan anak pokok jagung. Nun sayup kat dalam lubang. So aku rasa, kalau badai salju turun sekali pun, pokok-pokok jagung aku akan tetap utuh.

Then aku beralih ke tanaman cili. The same thing tapi tak lah seteruk tadi, bila aku menyangkul untuk pindahkan anak cili, tanah macam batu, itu yang aku terpaksa jirus air dan biarkan tanah tuh lembut sikit baru dicangkul. Mamposlah kalau macam nih, kalau hujan tetap tak turun. Dah lah pagi petang kena menyiram. Macam nih, macamana aku nak ke KL? Macamana aku nak tinggalkan tanaman aku barang sesehari dua tiga empat hari? MammaMia:Here We Go Again dah start main kat KL nih. 

Tak nk cakap banyaklah tapi kalau Meryl Streep berlakun, aku akan tengok movie tuh, semua films dia aku dah tengok (Doubt is still my favorite) Semua films Ben Whisaw (Perfume: The Story of a Murderer, Brideshead Revisited, Bright Star, Bond movies etc) sama Gael García Bernal (Y Tu Mamá También, The Motorcycle Diaries, El Crimen Del Padre Amaro etc) pun aku tengok jugak.

Tengok judul films tuh pun dah menyerlahkan keclassyan aku kan?

Masalahnya, aku nih dah tua, aku akan rasa malu kat diri sendiri aje yang dah tua bangka sebegini, masih lagi masuk panggung wayang. Itu yang aku berbelah bagi nih, macamana pun tengoklah, harap-harap aku tak termasuk panggung bilamana aku ke KL nanti. Since aku pun tak boleh terima hakikat yang watak Meryl Streep mati dalam film tuh, aku rasa aku boleh jadikan itu sebagai alasan untuk tak termasuk panggung, tengok online aje lah, I'm sure sesebulan dua nanti dah ada kat internet film tuh.

Nasib baik aku tertau watak tuh mati, cuba kata aku tengok movie tuh not knowing plot cerita, harus aku bakar panggung, sebab bengang, kan?

Chu ada talipun ajak pergi cari durian tapi aku beritahu yang kat kampung nih pun banyak durian dengan harga yang dia kata murah tuh, tak payah nak pergi jauh-jauhlah, sama aje. Chu beritahu jugak yang kontraktor nak renovate rumah tuh janji nak datang jumpa aku petang nih, Nak kasi quotation, since pekerja dia dah balik dari Indonesia. Pelik aku, apa pasal dia bercommunicate melalui Chu, tak terus direct talipun atau jumpa aku? Whatever lah, aku mintak-mintak sangat dia quote harga mahal so that aku ada reason untuk cari kontraktor lain. Belum apa-apa, dia tuh dah macam banyak taik palatnya.

Aku tengah bersiap nak ke masjid for Asar, then hujan turun. Ya Allah, bersyukurnya aku, walaupun hujan panas, dan tak selebat mana pun. Itu yang balik aje dari masjid aku terus ke kebun, sementara tanah masih lembut, aku gali lubang-lubang, pindahkan anak jagung. jugak pindahkan a few batang anak cili. Jugak kacang panjang dan timun. Berkesan hasil aku sembur Ajinomoto tuhari, hijau pekat daun sayur aku. Macamana pun maman, bendi, satu demi satu mati kepanasan. Tak apa, aku akan ganti/tukar dengan yang lain, yang mula dah cambah dah pun kat tempat semaian. Aku janji yang akan datang aku tak nak lavishkan sangat dioarang dengan baja-baja yang beranika jenis tuh. 

Bayam lah yang paling aku respect sekali, sikit pun tak terkesan dengan permasalahan yang menimpa sayuran dan tanaman lain. Cuma kadar kepadataan penduduk kat batas bayam tuh tinggi sangat since tak ada sekelumit pun yang kecundang tewas. Kuat bayam nih rupanya. Patutlah Popeye suka makan spinach kan, sebab sayur tuh kuat dan menguatkan.

Tak ada pun kontraktor tuh datang petang nih, seperti yang dijanjikan. Aku tak berfatbike, aku pulun buat kerja kat kebun sementara menunggu dia. 

Makan sorang-sorang je kat gerai malam nih, kat masjid tak ada jamuan sebab tak ada Ustaz. On the way ke kereta terserempk dengan mamat Tabligh, dia kata Ahad nih ada perhimpunn Tabligh kawasan Pahang Barat, jemaah dari Jerantut, Kuala Lipis, Benta, Raub dan Bentong akan berkumpul di surau. Dia ajak aku menghadirkan diri.

'Aok tak pergi ke mana-mana, kan?", dia tanya gitu.

Memang lah aku tak pergi mana-mana weekend nih tapi adik beradik aku ada yang nak balik.