Wednesday

Rabu4Julai2018

The only friend yang aku rasa comfortable sikit bersembang is MH, dia nih bersara awal dari Navy so memang banyak duitlah kot, baru lepas buat rumah, ada berpuluh ekar tanah yang dipenuhi kelapa sawit, getah etc. 

Sekali sekala aku keluar makan dengan dia, dia nih jenis yang jarang makan di rumah, dan kalau pun dah makan di rumah, dia akan mengeteh mengopi jugak lagi. Jenis yang sanggup pergi jauh-jauh untuk makan. Lain dari aku, aku akan makan kat tempat yang paling dekat dengan rumah, yang kalau boleh jalan kaki, itu lagi bagus. Walaupun makanannya tak sedap. 

Yang aku tak berapa berkenannya, MH nih kalau melepak, memang lama. Kalau dia janji nak pergi makan dengan aku, biasanya adalah agenda dia yang lain, nak ke sana lah, ke sini lah, nak jumpa orang itu lah, nak jumpa orang ini lah. Dia tak tahu yang lepas Isyak aku cuma peruntukkan masa selama sejam sebelum aku tidur. 

Ituhari kitaorang keluar makan, pukul 11 lebih baru ke kedai sebab banyak urusan lain yang dibuat, walaupun kitaorang pergi right after Isyak. Aku dah tension dah tapi aku rasa itu peluang untuk aku belajar bersabar. Aku just tunggu dalam kereta, tak masuk pun ke rumh kawan-kawan dia, simply sebab nak save masa. Kalau aku turut masuk, sure akan terlama nanti nya. 

Aku jarang sangat bercerita pasal my personal life dengn diaoarang nih, biasanya kitaorang bersembang cerita-cerita pasal kebun, pasal projek masing-masing. Cuma 3 orang jer yang tahu my basic plan untuk akan datang nih, Carter, David dan Hal (King Mongkut), dengan orang lain aku tak cerita apa sangat pun, setakat bagi a few hints here and there aje so that diorang tahu yang aku ada buat perancangan masa depan. Dengan Mat Salleh nih senang, they will never question your plans, your hopes etc, unlike Melayu nih, there will be questions yang bertali arus bila kita cerita apa yang kita nak buat, apa yang kita rancang.

And so bila MH dengar my perancangan, dia terus bukak cerita. Dia kata ada benda yang dia nak tanya aku. Yang buat aku tergelak dalam hati (see, aku tak akan tunjukkan reaksi), dia macam kelam kabut gila, resah, serba serbi tak kena, bila nak mulakan cerita. Teguk air dua tiga kali, capai rokok, betulkan kerusi, ejas-ejas songkok, sampaikan aku nak terkata, "damn man, what is it you want to tell me?", dalam bahasa Melayu lah pasal he no speek the Inglish. Bila tengok dia gugup, kalut gitu, aku macam tak percaya yang dia nih dulu kerja Navy.

Then aku teringat apa yang Chu (Mak Sedara) aku cakap kat aku, tiga empat tahun yang lepas, yang MH nih nak "slow talk" dengan aku pasal satu hal. "Oooooo, pasal itu kot, what takes him so long untuk tanya aku? Bring it on, bitch!", kata aku dalam hati.

"Baguslah kalau awak ada perancangan masa depan gitu, macam yang awak cakap tadi.............", MH memulakan cerita.

Tergagap-gagap dia "membuka cerita"" sampaikan aku pelik, apa yang susah sangat nak tanya aku, cakap jer lah direct, straight forward gitu, tak payah nak berkias-kias, nak berlapis-lapis. Damn, susah benar nak cakap sama Melayu nih kan, kalau dengan Mat Salleh, tak ada lah nak berkias mias bagai. Since dia tergagap-gagap bercakap, dan aku tak retilah nak mengajuk orang gagap, I'll just cut the story short.

Betul macam apa yang Chu cakap, MH nak kenen kan aku dengan one of his ipars, bini dia ada a few adik beradik perempuan yang belum kawin. Kaedahnya.

"Kalau awak nak yang berpelajaran pun ada. Benda namanya kalau belajar lepas buat Ijazah tuh?, dia tanya aku.

"Master", aku jawab gitu sambil fikir yang I have to stop him daripada pasang iklan panjang-panjang, nanti dia ingat aku nih choosy, atau memilih darjat dan pangkat, untuk buat pasangan hidup.

"Eh, aku tak pernah cerita kat orang pasal aku, tapi macam ni lah......", aku tak reti nak bukak cerita.

"Sejak kecik, sejak zaman sekolah, sampailah aku belajar kat ITM, tak ada perempuan pandang aku. Masa kat oversea lagi lah. Jadi aku buat hal aku sorang-sorang, aku Lone Ranger, daripada aku buang masa fikir pasal semua tuh, aku fikir untuk diri aku sendiri jer", malu jugak aku bercerita macam tuh kat dia. 

(Aku tak cerita pun kat dia yang aku dulu pernah ada so-called girlfriend, masa aku di Shah Alam dan si dia buat Master kat Birmingham. Hari-hari kitaorang beremail-emailan, aku print kan semua emails dia, sampaikan 3 files besar. Bila dia balik Malaysia, kitaorang jumpa masa weekends. Satu hari tuh kitorng makan kat Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay (dah tak ada restoran tuh), agaknya aku banyak berdalih sampaikan dia kata, "why are you so defensive?".Lepas tuh calls aku tak dijawab, kalau dijawab pun, adik dia yang jawabkan, giving thousand and one alasans. 

To be honest, I was a little crushed sampaikan aku kata dalam hati, harap-harap dia tak kawin sampai tua. Kebetulan agaknya, sampai sekarang dia masih belum kawin, she's one of the Pengarahs kat Kementerin Pendidikaan)

MH macam tak berapa faham, mungkin dia fikir, "what the hell is this bitch trying to tell me?" In Malaylah kan?

"Tapi, dah sampai masa aku "kena" fikir pasal kawin", aku jawab gitu, without explaining pasal apa aku guna the word "kena" tuh.

"Baguslah kalau awak dah fikir ke arah itu", kata MH. Dia tak tahu yang aku punyalah bosan dengar ayat poyo macam tu tuh.

"Dengan aku nih, kalau aku nak buat sesuatu, aku terus buat. Selagi aku tak buat, aku tak canang sana sini, aku rileks jer. Awak jangan terkejut lah nanti kalau tiba-tiba aku dahbekeluarga. Tapi untuk masa terdekat nih tak lah, akan datang tuh, InsyaAllah", aku kata gitu.

"Macam ni lah, kalau aku nak beli sesuatu, aku ke satu kedai jer, aku ambik barang tuh, terus bayar. Tak ada nya lah aku nak ke kedai lain, check itu ini. Sebab sebelumnya aku dah fikir bulat-bulat apa jenis barang yang aku nak. Macam tu lah lebih kurang", aku kata lagi.

"Ooo, aku faham, aku faham", kata MH. "Jadi kita tak payah cerita sekaranglah, tunggu bulan @#$#@#$ nanti jer lah baru kita bukak balik cerita", kata MH lagi.

"Awak nak orang macamana?", dia tanya semula. Laaa, katanya nak bukak cerita lain kali?

"Alah, aku dah tua lah, kalau aku kawin pun setakat nak buat peneman jer. Aku tak kisah sapa-sapa pun, janda ada anak pun aku sanggup (sambil terbayangkan BabyJ kat Cherating yang ada anak 3 tuh)", aku kata gitu.

Mamposlah, Di Sana Menunggu, Di Sini Menanti, kaedahnya ekekekke

"Iyalah, tapi kenalah ada persefahaman, tidak kang, susah", kata MH.

"Alaaa, bagi aku lah kan, kalau kita ikut jalan ugama, tak sesusah mana. Benda-benda kecik macam dapat bini yang suka tengok tv, yang suka merayap, potpet sana sini, itu boleh ejas kot", aku kata gitu.

"Tapi kan, ada satu benda yang buat aku tak berapa berkenan pasal perkahwinan kat Malaysia nih", aku kata gitu, sambil gelak-gelak.

"Kalau tak tuh, aku rasa aku dah kawin dah.........", aku sambung lagi.

Ok, sambung lain kali, nak ke masjid nih.