'Kat overseas, nak kawin senang jer, tak macam kat Malaysia nih. Aku pernah tengok orang kawin masa kat UK, masa Umrah, masa kat Amerika pun. Arab, Mat Salleh, orang Pakistan, senang jer proses diaorang kawin", aku kata gitu.
"Tapi kat Malaysia nih, prosesnya susah gila, nak itu ini lah, kena pergi kursus, kena interview bagai. Yang tak tahannya masa akad nikah, punyalah karut, kena baca akad satu nafas jer kadang tuh, kena ulang beberapa kali sedangkan akad yang pertama tuh dah ok, Juru Nikah suruh baca doa Qunut lah, macam-macam lah", aku kata lagi.
"Kat luar negeri tak gitu ker?, MH tanya aku.
"Tak ada! Simple jer, kat Mekah, lagilah simple. Orang Pakistan kawin, pun simple jer prosesnya", aku jawab gitu.
Terkekeh-kekeh MH gelak bila aku cerita yang aku pernah rasa macam nak lempang jer Juru Nikah yang banyak sangat cekadaknya suruh member aku baca doa Qunut, suruh listkan syarat-syarat kawin, masa member aku nikah dulu tuh.
Betul, a few times aku rasa macam tuh, rasa nak lempang jer Juru Nikah/Imam yang menikahkan kawan-kawan aku, sambil kata, "karutlah semua nih, tak ada dalam kitab lah semua nih, ini semua adat Melayu jer".
"Kalaulah Selatan Thai tuh dekat, aku dah kawin kat sana......", aku kata gitu tanpa mengelaborate.
Sampai pukul 1 lebih kitaorang sembang, aku layan jer MH yang kata, "sedap pulak sembang dengan awak nih", walaupun aku dah resah sebab asyik fikir yang esok kena bangun pukul 5 pagi, boleh ker nih?.
Ada lagi a few kawans (or rather yang boleh dibuat kawan) kat kampung, orang-orang Tabligh. Kat surau kampung ada a few orang kuat Tabligh. Yang tak bestnya, none of them yang boleh dijadikan contoh baik. Diaorang nih tak bercampur sangat dengan orang kampung, most of them buat kerja kampung atau berniaga. Alasan jer lah. Yang kerja, anak bini diaorang. Jiran aku yang terdekat (aku pun dah jadi jiranCCTV nih), si ayah asyik melepak ke sana sini, baca paper kat kedai kopi berjam-jam, anak bini disuruh kerja kedai makan. Sorang lagi tuh, kerjanya hantar bini pergi berniaga kat pasar minggu, then dia balik ke rumah melepak.
Apa lah salahnya at least berkebun (macam aku) kat sekeliling rumah, kalau pun malas mengerjakan tanah ladang, kan? Mungkin sebab diaorang semua banyak tanah kot, tak macam keluarga kitaorang yang cuma ada tanah seekar tapak rumah tu kot?
Since diaorang banyak masa free, dan setiap bulan ada jemaah yang datang, aku selalulah ditasykil, diajak join sama. So far aku ada lah "keluar 3 hari", kat kampung sebelah. Akhir Puasa ituhari. I have nothing (much) against Tabligh tapi ada lah a few things yang aku tak setuju, coupled with contoh-contoh teladan tak baik yang ditunjuk oleh a few orang Tabligh di sekeliling aku nih.
I don't mind kalau aku terpaksa drop everything dan ikut diaorang ke surau, walaupun aku baru jer di kebun. Yang buat aku tak berapa berkenannya, masa Mak (atau my siblings) balik, diaorang patut tahu yang aku nak "berkhidmat" untuk Mak aku, spare a thought lah patutnya kan?
Tiap kali ada Jemaah Tabligh datang, aku rasa aku lah yang mula diziarahi sebab aku "potential" yang paling dekat dengan surau. Awal Puasa lepas ada Jemaah datang, kebetulan pulak ketuanya (Amir Jemaah) tuh bekas Cikgu aku masa sekolah menengah dulu walaupun dia tak pernah mengajar aku. So dia tanyalah aku sedikit sebanyak pasal diri aku. Then dia mula bagi "nasihat-nasihat" yang basic gitu, yang semuanya aku ada fikir. Aku diamkan aje mulanya tapi makin lama makin menjadi-jadi pulak, aku asyik fikir yang aku rasa macam bodoh jer di mata ahli jemaah yang lain. Iyalah, benda-benda basic gitu aku dah fikir semua, aku nih bukannya budak muda.
Sampai to the point bila aku kata dalam hati, "ini tak boleh jadi nih, jangan "malukan" aku dengan nasihat-nasihat basic gitu, jangan nak memandai-mandai, jangan nak judge orang", terus aku kata, "Look, you don't know me, you don't know what my situation is, you don't even know what I've been thru'......", aku kata gitu sambil tunjuk jari telunjuk kat bekas Cikgu aku tuh, aku kalau "sentapz", aku speaking London.
"Semua yang Cikgu cakap tuh saya ada fikir, tak kan lah saya sebodoh itu tak fikir benda-benda gitu. Bila Cikgu cakap gitu, orang akan kata yang saya nih bodoh sangat sampaikan benda gitu pun nak dinasihat orang, saya dah fikir semua tuh, so don't, don't waste my time. Please.....", aku kata lagi.
Aku tak fikir lain dah, aku ada maruah, Cikgu tuh macam dah memberi aku kemaluan yang besar di depan Jemaah yang lain. Aku cukup tak berkenan kalau orang yang "macam bagus" jer gitu tuh.
Terus senyap masing-masing, tak lama lepas tuh diaorang mintak diri. Emang gue pikirin? Ekekekek
Agaknya lepas pada tuh Cikgu tuh bukak balik buku SOP ziarah dia kot? ekekekekk. Tapi yang pentingnya, one of the jemaahs (jiran aku yang anak bini kerja kedai makan tuh) pun dah agak "mellow", kalau sebelum ini lain cara dia tapi sekarang nih jadi macam segan-segan dengan aku. Aku nih nampak jer macam tolol, kan?
Ingat tak masa aku kerja KFC kat Atlantic City dulu tuh, masa aku "marah" kat NenekRewel tokay KFC tuh, sampaikan aku jadi macam hero pada budak-budak Indon yang kerja di situ yang tak berani nak bersuara.
Ok, sapa lagi "kawan-kawan" aku kat kampung nih?
This one Cikgu Kelantan nih yang semengaji dengan aku, yang kalau masa makan (lepas Isyak) akan sentiasa duduk sama aku, yang sentiasa sibuk bercerita pasal "cari harta", ajak aku teroka tanah haram, tanam durian etc. This one aku tak bagi much attention sangat. Tak larat aku dengan cara dia yang sentiasa sibuk berbusiness dan mencari peluang. Ini tengah ligat kat WA ajak aku jadi downline dia, bisnes MLM. It didn't take him long untuk jual barang kat aku.
Kat Puspen, Pusat Serenti Sungai Ruan (dekat jer dengan rumah) ada a few kawans, sampaikan aku boleh masuk kat situ bila-bila masa aku nak. Kalau nak beli anak-anak pokok yang tahanan tanam tuh, dapat murah. Cuma aku tak masuk lagi (setakat berlegar kat luar aje) sebab kalau masuk, sure tahanan-tahanan tuh suruh aku "seludup" rokok, or at least tembakau, macam dulu-dulu.
Kat situ aku kenal ramai, too bad Pengarah dan Timbalan Pengarah dah pindah tempat lain, aku belum kenal lagi Pengarah dan Timbalan yang baru. Ada empat lima orang yang aku kenal, yang sekali sekala kitaorang makan sama-sama, termasuk ustaz yang mengajar kat situ.
So itulah, beberapa orang kawan aku kat kampung, tak ramai tapi cukuplah. Kalau boleh aku nak berkawan dengan lebih rapat dengan dua tiga ustaz (ustaz muda-muda yang mengajar, yang bagi kuliah kat masjid), mungkin diaorang lagi muda dari aku kot, they are a bit open, sentiasa ada power bank (not to mention cellphones lah kan) di tangan. Yang sentiasa sibuk melayan WA, pernah aku "terjenguk" WA one of them, beratus contacts yang aktif, agaknya menjawab kemusykilan ugama lah kot? Cuma masalahnya diaorang nih sibuk, kalau lepas kuliah, ramai orang yang "terkam" diaorang. Kitaorang tengah bersembang "pasal dunia (cryptocurrencies in Islam contohnya)", ada jer orang kacau daun.
Aku selalu peratikan yang kalau masa makan lepas kuliah ugama, lepas mengaji etc, perempuan-perempuan, makcik-makcik, ramah sangat tanya ustaz itu ini, (jemaah lelaki rileks jer kalau sembang dengan ustaz). Diaorang siap bagi goodie bags lagi masing-masing tuh, as if ustaz tuh datang sekali sekala. Gitu perangai perempuan nih kan? Tak heran lah kalau ustaz-ustaz glamer, ustaz celebrity tuh yang ramai peminat perempuan. Ada yang sanggup offer diri jadi bini nombor dua, nombor tiga, nombor empat, kan? Perempuan!
Ok, dah lah mengomel, tak akan habis nya lah kalau dengan aku nih. Semuanya salah, semuanya tak betul. Aku sorang jer yang betul, orang lain tuh semuanya salah. Tu pasal tak kawin-kawin sampai tua! Ekekekkeke
A few years ago masa khenduri kawin aku overheard satu conversation yang aku rasa ada betulnya, yang macam buat aku sentapz, yang aku akan ingat sampai bila-bila. These 2 guys bersembang, mengutuk kawan diaorang, one of them kata, "Awak jangan dengar cakap dia, dia tu sokmo lah ingat dia betul. Dia sokmolah nak orang dengar cakap dia jer. Sebab tu dia tak nikah-nikah sampai sekarang".
Intipatinya, orang yang tak kawin-kawin nih, dia ingat dia aje yang sentiasa betul, dia nak orang dengar cakap dia aje, dia tak nak dengar cakap orang lain, sebab orang lain semuanya tak betul. Gitu lah lebih kurang.
Walaupun tak ada kena mengena dengan aku tapi aku tersentapz dengar statement orang tuh. Sampai sekarang sentapz nya ekekekek.