Awal pagi lagi Chu dah menalipun, ajak minum kat gerai depan rumah dia. Aku kata aku dah breakfast, dan tengah sibuk di kebun (sedangkan masa tuh aku tengah bergelimpangan kat sofa) sebab dari percakapan Chu, dia nak ajak aku pergi somewhere, cari durian.
Masa menyiram tadi aku perhatikan yang pokok-pokok jagung aku dikerumuni semut, most of them. Pelik jugak aku, then terfikir yang mungkin sebab baja gula merah tuh kot? Tapi, apa pasal pulak pokok-pokok jagung aku segar bugar sedangkan sayuran lain ada yang mati? Tak kan pokok-pokok jagung aku kena penyakit kencing manis sampaikan berpusu-pusu semut datang? Takut jugak kalau tanaman aku yang lain tuh mati slow-slow.
So far jagung, tembikai, bendi, bayam, kangkung dan kacang tanah harimau yang tak terkesan dari isu perlambakan baja tuh. Maman, yang paling teruk, tapi tak apa, aku ada back up, yang nampaknya tumbuh elok kat tapak semaian.
Aku spent a good hour mengemas rumah, at the back of my mind kata yang kemungkinan Long akan balik, entah-entah balik sama Mak sekali. Banyak kerja sebenarnya, dan aku jugak pastikan a few important items dah aku selesaikan. Tak kalu, bising dan riuh lah Mak nanti. Lampu-lampu aku pastikan semuanya ok, dah aku tukar ganti mana-mana yang patut. Aku nih bukanlah DIY punya orang so bila lampu yang aku tukarkan tuh menyala, aku rasa macam achievemnet yang maha besar bagi aku.
Washing machine ok pulak harinih, itu item nombor satu tuh. Selalu rosak washing machine tuh, sekali sekala dia ok. Yang peliknya, tiap kali Mak nak guna machine tuh, masa tu lah dia rosak. Kadang tuh tak rosak pun, Mak tak tekan button on. Water filter pun sama, sekali ok, sekali rosak. Menyapu, mengemop, membersihkan kawasan rumah, itu aku nak buat Friday morning sebab anak sedara aku nak balik petang tuh, kalau tak salah aku.
And so aku ke Sungai Ruan, ke supermarket, beli apa-apa yang patut buat memenuhkan fridge. Bagus aku nih, aku tak sentapz dengan kritikan Chu, aku terima kritikan dengan hati terbuka dan aku cuba memperbaiki kelemahan aku. Beli benda-benda gitu lah, mayo, cheese, yogurt, salad dressing etc. Tersinggah jugak kat kedai peralatan pertanian, terbeli benih sayuran, polybags dan a few other items yang aku rasa berguna untuk aku di kebun.
Lepas Zohor aku tak tidur, dengan harapan aku akan senang untuk tidur malam nanti. Makan pun tak. Lain sungguhlah harinih. Saja jer lah, bosan jugak kalau setiap hari sama aje routine nya kan? Lepas Asar aku turun ke dapur, dalam masa tak sampai 15 minit, siap memasak, siap makan. Buat omelette, letak cheese, mushroom. Dan goreng fries. Buat iced-lemon tee. Dah tuh baru aku menyiram. Dan petang nih tak berfatbike, tersibuk pulak memetik rambutan.
Mamat yang meracun kat kebun ituhari ada datang, nak tengok hasil kerja dia. Sampai ke telinga senyum nya sebab aku puji kata yang bagus kerja dia, rerumput dan lalang mati kering.
Walaupun cuma bertiga mengaji malam nih tapi lama jugak nak habiskan, banyak lah pulak salah aku malam nih, mungkin sebab tak praktis pun sebelumnya. Itu yang tergagap-gagap tuh.