Lupa pulak nak beritahu yang one of the reasons apa pasal aku nak duduk di kampung (until end of the year, InsyaAllah), sebab mak aku nak renovate bahagian depan rumah, yang kayu tuh. Itu rumah asal sebenarnya, yang bahagian lain tuh semuanya ditambah. Since rumah nih dah bertahun tak diduduki, (ada orang cuma sekali sekala), so banyak bahgian yang dah mereput, berlubang di sana sini, dinding tercabut etc, sampaikan ada yang diselotape jer.
Mak nak rumah tuh dirobohkan, dan digantikan dengan binaan bata/concrete. Kos nya kitaorang adik beradik collect sesama sendiri lah, dalam a few thousands each, kitaorang 11 semuanya. 12 kalau termasuk mak punya bahagian.
And so Hari Raya Ketiga yang lepas adalah datang this so-called contractor untuk buat measurement, aku briefkan apa-apa yang patut dirobohkan, apa-apa yang nak dibuat. Tapi ini dah 3 minggu, Mamat tuh senyap jer, dulu katanya nak bagi quotation dalam masa seseminggu. Aku memang tak yakin langsung dengan Mamat tuh sebab sebelum ini dah a few times aku dengar cerita pasal dia, dia nih sekeluarga buat kerja-kerja kontraktor, 3 orang semuanya, tapi masing-masing tak sekepala, masing-masing buat hal sendiri.
Aku beritahu Mak awal-awal, jangan janji dengan sesiapa, jangan beritahu berapa budget, untuk renovate rumah tuh. Dalam RM 50 ribu ke bawah.Takut jadi macam dulu, masa aku duduk dengan Mak, 4 lima tahun lepas. Mak nak buat shed untuk letak barang-barang, jugak untuk park kereta. And so Mak suruh this one guy buat. Ok lah, tapi bila ditanya harga, dimintaknya RM 3200. Fine, ingatkan adalah lantai concrete, ada buat wall sesikit, tapi rupanya just a simple shed yang aku agak-agak (aku kira) paling mahal pun dalam seseribu Ringgit termasuk upah kerja 2 hari. Bila aku beritahu Mak yang harga tuh gila mahalnya, Mak tak percaya, then bila aku detailskan, barulah Mak kata something like, "Mak nak buat macamana, Mak dah janji dengan dia". My Mak, macam aku jugak, sentiasa ada jawapan.
So kali ini aku tak nak Mak cepat-cepat (or rather pandai-pandai) bersetuju dengan mana-mana kontraktor sebab diaorang tuh orang kampung nih jugak, diaorang ingatkan Mak banyak duit, iyalah, ada pencen arwah Pak, lagipun anak ramai, semuanya kerja bagus-bagus (kecuali aku lah kan?)
Ok, habis bab tuh.
Ok, ituhari aku kata aku nak cerita pasal orang-orang sekeliling aku yang "ada urusan" dengan aku, kan? My circle of friends kat kampung nih is very limited, kat luar pun sama actually, aku boleh bilang dengan jari tangan jer berapa puntung kawan yang aku ada. Aku sedia maklum yang as I get older, my circle of friends gets really small sebab aku realise yang I am who I am and that I am not going to chanage.
Aku tak ke mana sangat, setakat ke masjid 5 times a day dan melepak kat kedai kopi pun cuma sekali sekala. So tak heranlah aku tak kenal ramai orang. Macamana pun adalah seseorang berdua, bertiga yang aku boleh katakan sebagai kawan, jugak yang nak berkawan dengan aku. Yang kalau terserempak dengan aku, kitaorang akan bersembang.
One of them is MP, dia nih dulu-dulu ada banyak pasal dia yang aku tulis kat blog, masa aku duduk di kampung, sebelum pindah ke Cherating. Ala, yang kerja uruskan tanaman pisang kitaorang tu lah. Orang kampung panggil Mie Power, sebab dia nih power sangat dalam bab menipu orang. Kalau boleh aku tak nak berurusan dengan dia dah tapi dia terperasan aku dah balik semula duduk kampung, so dia cuba untuk "mendekati" aku, with his business proposal, project etc.
Orang kampung dah tak percaya dia, dia pun dah pindah kat luar dari kampung (lepas buat taik sana sini), so aku nih macam dia punya target lah sekarang. Masa dulu tuh dia nih banyak jugak tipu kitaorang tapi aku diamkan aje. Contohnya, dia jual pisang dari kebun kitaorang, kalau 5 tandan pisang dijual, dia kata cuma 2 tandan yang elok, selebihnya rejected. Dia jual kat dua kedai, dia cuma tunjukkan resit jualan untuk 2 tandan. Dia lupa agaknya yang aku kat kebun setiap hari (dia cuma datang sekali seminggu), aku tahulah yang kelima-lima tandan pisang tuh elok.
Lagi satu, arwah Pak dapat bantuan baja etc dari Jabatan Pertanian, tapi MP nih pergi ambik (bantuan tuh) on behalf of my Pak, dan jual semua nya tuh. Bila nak membaja pokok pisang, dia akan mintak duit dari Mak (untuk beli baja). Memang banyaklah yang dikelentongnya tapi sejak aku balik dulu tuh, baru aku perasan. Aku senyapkan aje, aku just beritahu Mak, dan aku mintak Mak senyapkan jugak (i.e tak cerita kat orang lain)
Ok, si MP nih ajak aku buat projek bela ayam kampung, kalau dengar ceritanya memang hebat, as if dia dah pernah a few cycles bela dan jual ayam. Tapi bila aku pergi ikut dia ke kawasan projek, rupanya reban ayam tuh baru siap. Katanya dia tak ada modal untuk beli anak-anak ayam sebab sebelum nih dia kena tipu dek business partner dia.
Dan sejak hari tu, rajin lah pulak MP datang jenguk-jenguk aku kat kebun. Aku nih kan ker tak reti nak cakap NO, so dia berharap sangat lepas Raya Haji nanti aku akan bagi duit untuk dia beli anak-anak ayam.
Adalah aku beritahu a few people (termasuk Chu, Mak Sedara aku) pasal projek MP nih, semuanya nasihat aku jangan berurusan dengan MP. Tengoklah macamana nanti tapi aku dah terbayang yang suatu masa nanti aku akan kata kat diri sendiri, "ha, padan muka aku, percaya sangat kat dia"
Enter "kawan" nombor 2. Dia nih duluny kerja KL, ada Diploma ITM, eduacted lah lebih kurang kan? Tapi dah bertahun balik kampung, buat kerja-kerja contract (abang pada Kontraktor atas tuh), jugak mengerjakan tanah Pak Mertua dia. Weekend dia berniaga kat Pekan Sehari (Pekan Sari) sama wife dan anak dia. Dia nih suka menyendiri, tak ada sapa sangat yang sekepala dengan dia sebab dia selalu berlaga angin dengan orang, to him dia sorang jer yang betul.
Again, bukan aku mengumpat tapi aku mengexplain, menceritkan karakter diaorang nih, dari pengamatan aku sendiri dan jugak dari cerita-cerita orang, yang so far benar belaka.
Ada orang kata yang aku sorang jer yang nak berkawan dengan MN nih, yang angin nya sehaluan dengan MN. Not trying to blow my own trumpet tapi aku nih kan ker jenis yang boleh berkawan dengan sapa-sapa aje? Aku pandai menyembunyikan benda-benda yang aku tak suka pasal seseorang tuh sampaikan diaorang tak tahu yang kadang tuh aku punyalah meluat dengan cara diaorang. Dengan lain perkataan, aku nih macam orang yang tak ada perasaan, aku tak tunjukkan ketidakselesaan aku bila diaorang menyerlahkan ketaikpalatan masing-masing. Aku simpan dan aku telan kesengsaraan sendiri-sendiri without them knowing.
Awal Puasa ituhari MN datang rumah, tak pernah-pernah dibuat, lama pulak melepaknya sampaikan aku dah resah jer sebab nak ke masjid for Asar. Then bila aku mintak diri (tuan rumah mintak diri?), terus dia kata, "Aku sebenarnya ada hajat dengan awak nih". Terus aje aku macam faham maksud dia, and at the same time aku terfikir, "diaorang nih tak kan tak terfikir yang aku tak kerja, aku bukannya baru lepas pencen".
Dia nak pinjam seribu untuk bayar pekerja kebun durian dia, since aku malas nak ke bandar untuk cucuk ATM, aku kasi dia half of yang dia nak tuh. The moment aku kasi duit, dia kata dia nak buat belanja di bulan Puasa now that dia dah tak berniaga (sebab bulan Puasa, kan?). Laaa, tadi kata nak bayar kat pekerja Indon?
Fast forward ke lepas Raya. MN insists suruh aku kerjakan seekar dari 6 ekar tanah yang dia tengah tanam Musang King tuh, sebab dia kata bolehlah offset kan hutang. Dia suruh tanam pisang, aku kata yang aku tak reti, dan kalau aku reti pun, tanah sekeliling rumah kitaorang tu pun luas enough untuk memisang. Aku kata yang aku cuma reti tanam sayur, itupun dia suruh aku tanam sayur jugak.
Entahlah, tak faham aku diaorang nih, aku bukannya banyak duit. duit yang aku ada, entah-entah tak cukup sampai hujung tahun nanti. Patutnya diaorang tahu yang aku tak bekerja, tak ada income. Aku pulak satu hal, aku tak reti nak berdalih-dalih, aku rasa guilty gitu kalau tak kasi pinjam. Sebab, memang aku ada duit (buat masa sekarang, untuk kegunaan akan datang). Aku selalu terfikir yang bila ada orang nak pinjam duit, itu sebagai ujian Tuhan buat aku, nak tengok samada aku kedekut atau aku sanggup berpisah dengan duit yang (sebenarnya) bukan milik aku pun (milik Tuhan). Walaupun aku tahu yang kemungkinan besar aku tak akan dapat balik duit tuh.
Alaaa, tengok macam kes kat Cheratinglah, sekarang nih dah habis Raya, diaorang masing-masing sure dah lama (dan dah habis pun) dapat bonus Raya, kan? Nan hado kaedahnya. Kena tunggu bonus Raya Cina pulaklah kot. Tak apa lah, at least I have something to look forward to kan? Ekekkekeke
Ok, having said all that yang kat atas tuh, tak bermakna aku tak ikhlas tolong orang (kang tak dapat pahala pulak kang), aku sekadar meluahkan apa yang aku fikir di benak kepala aku yang bengap nih aje. Diaorang tipu aku, I have nothing to lose pun, cuma aku berdoaa supaya aku tak kesempitan duit macam diaorang, sebab kat mana aku nak meminjam kalau aku tak ada duit, kan?
Oklah, dah panjang aku tulis, aku sambung esok lusa pulak lah kot pasal "kawan-kawan" aku, macam terbersemangat pulak nak update blog. Excited agaknya sebab InsyaAllah minggu nih aku nak ke KL, itu yang aku jadi rajin dalam serab serbi these few days. Lepas Zohor pun dah tak tidur sekarang nih, buat apa-apa yang patut kat kebun. Itu belum dikira yang aku memasak for lunch and dinner, no more makan kat luar (untuk minggu ini lah, minggu depan akan mula bosan semula asyik makan masakan perbuatan sendiri aje, kan? Lagi best makan hasil perbuatan orang)