Susah jugak aku nak tidur malam tadi tapi tak lah seteruk malam-malam sebelumnya, lepas Subuh pun aku dah tak tidur dah. Breakfast kat rumah aje, yang bererti, awallah aku ke kebun. Yang bererti jugak, terasa lama sangat berada kat kebun. Bila tengok jam, baru pukul 8 setengah sedangkan aku rasa dah tak ada kerja yang patut dibuat. Semua dah dibuat.
So aku buat kerja kat bahagian semaian aje lah, aku semai/tanam a few more benih. Kali ini aku buat sistematik sikit, aku labelkan semua benih yang aku semai tuh, that way aku tak akan terconfused nanti. Selalunya aku akan terconfused which is which, masa menyemai tuh konfiden habis akan ingat segala jenis benih yang aku semai, tapi bila masing-masing dah tumbuh, aku tak dapat nak bezakan yang mana satu sawi, mana satu maman, mana satu anak kobis. Group timun, tembikai, labu dan peria pun selalu mengonfusedkan aku.
Kena ada workstation lah kat tempat semaian tuh nampak gayanya, pastuh kena beli printer nak print label-label tanaman. Biar nampak professional sikit. Tak lama lagi benih-benih rare yang aku beli kat ebay tuh akan sampai, sure aku kena buat print-out tentang tanaman-tanaman tuh kan, nak kasi details dari negara mana asalnya, cara menanam, khasiat etc.

Then aku spray setiap anak semaian, spray dengan air perasa Ajinomoto, siksanya lah nak menyepray satu-satu, ada berapa tray semaian aku tuh. Beralus jer aku buat kerja, cermat jer. Terbayang jer yang suatu waktu nanti, keberalusan, kecermatan aku tuh tak membawa erti, entah-entah tanaman aku yang aku jaga rapi masa kecik, akan mati, disebabkan kebodohan aku i.e kasi baja yang berlebihan for example.
Terlapar lah pulak aku sementara menunggu nak Zohor so aku decided untuk lunch dulu baru sembahyang. Tengah makan kat kedai sebelah masjid tuh, ada lah pulak orang belah durian, di kasinya aku a few ulas. Aku menolak mulanya, aku kata yang aku nak sembahyang, kang berbau, tapi dia insist suruh aku ambik.
Semalam tuh masa sembahyang apa tah, orang kiri kanan aku baru lepas makan durian, baunya, ya ampun lah, menusuk jantung hati. Itu yang aku sembahyang kat hujung saf, di sebelah kipas, dan aku pastikan mulut kurang dibukak.
Lepas Zohor pun aku tak tidur, aku habiskan masa mengupdate blog, benda-benda gitulah. Macam bosan aje dah blog aku nih, cerita benda yang sama aje. Ker nak tunggu dua tiga bulan lagi bila kacang tanah harimau aku dah boleh dituai, baru aku nak buat update? Tak pun tunggu pokok durian musang king aku berbuah, lima nam tahun lagi.
Ida (adik aku) nak balik Sunday, akan stay overnight sebab nak ke Kuantan Monday tuh. Orang lain, tak tahu lah pulak kalau ada yang nak balik, Long besar kemungkinan.
Sekejap aje aku di kebun petang nih, menyiram pun ala kadar aje sebab ada gaya macam nak hujan, then kat Accuweather pun ada kata possible thunderstorm kat certain daerahs di Raub. Rupanya kat daerah lain yang hujan.
Sessi berfatbike petang nih lain sikit, aku berkayuh kat jalan yang memang tak ada traffic, aku kayuh laju-laju. Dapatlah a few rounds, sampi berpeluh-peluh aku dibuatnya. Dah lama dah tak keluar peluh since tak buat aktiviti menyangkul nih.
Nak tergelak aku bila Kuliah Ugama malam nih tajuk dia, Kenikmatan Tidur. Macam tau-tau jer Ustaz nih, kata aku dalam hati. Tajuk nya simple jer tapi dikupas se dalam-dalamnya. Dan masa kuliah tu lah, mata aku layu dan pedih. Mengantuk yang teramat sangat. Nak jer rasanya bersandar kat dinding sama orang tua-tua yang lain, kalau tertidur pun tak lah segan sangat sebab most of them kat dinding tuh semunya tersengguk-sengguk.
What did I do wrong, what am I doing wrong, aku tanya dalam hati bila aku tetap jugak susah nak tidur walaupun 10-30 pm aku dah berlabuh. Aku rasa dalam pepukul 2 gitu baru aku tertidur sebab last aku merangkak ke laptop, pukul 1-30 pagi.