Thursday

Rabu25Julai2018

Lepas Subuh biasanya aku baring-baring kat sofa, ada dua kemungkinanlah kan, tertidur atau terus berjaga sampai cerah. Akan tertidur (dengan senangnya) kalau aku membilang tasbih, dan akan terus ralit sampai cerah kalau aku layan Youtube. Line internet macam ok kalau pepagi, tak laju tapi boleh lah. 

And so itu aku buat pagi nih, layan Youtube. Then breakfast (roti, telur separuh masak), then ke kebun. Aku tak menyiram pun sebab tanah gayanya macam lembut lagi, hujan lebat dua hari lepas tuh. So aku sambung kerja pindahkan anak cili, anak jagung. Nampak macam banyak rumput liar kat kawasan jagung yang dah besar panjang tuh, aku cabut, buang. Gembur-gemburkan tanah kat mana yang patut. 

Sesepuluh minit lepas tuh, petik rambutan. Then ke tempat semaian, tengok-tengok kalau semaian dah besar, sedangkan tadinya dah tengok pun dah. Buang masa gitu lah. Agaknya kalau orang tengok aku tentu diaorang pelik, apa lah dibuatnya kadang menyangkul, kadang menanam, selebihnya bercatwalk ke sana sini. Tak ada langsung gaya macam orang yang serious berkebun. Aku sendiri pun sedar yang kadang tuh aku macam orang bodoh, apa tak nya, apa salahnya pagi-pagi sebelum ke kebun tuh aku petik a few tangkais rambutan, kumpulkan segala peralatan kerja, so that aku tak payah nak buang masa ulang alik ke sana sini? Then again, misi aku bukannya nak save masa, misi aku nak buang masa. Macamana pun tetengah catwalk tuh aku selalu bersyukur yang how blessed nya hidup aku sekarang inih. 

Baru dapat a few rakaats Dhuha, aku terdengar ada kereta sampai, aku intai, tengok-tengok rupanya Chu sama cousins aku dari Raub. Bingkas aku capai apa yang patut, sejadah, a few bajus yang tersadai kat sofa, apa-apa lah, longokkan ke dalam bilik mak.

'Rumahnya bersepah larah.......',(MammaMia,here we go again!) aku terdengar Chu kata gitu kat cousins aku sebelum diaorang masuk rumah, masa aku tengah kalut mengunnyepah-larahkan apa yang patut. Sambil fikir, habislah aku, kali ini lagi teruk dari dulu, sure banyak modal Chu nak jaja sana sini nanti tuh. Tah-tah nanti dia kata rumah lintang pukang.

Ok, yang aku sentapz sangat dengan Chu nih bukan apa. Kalau orang lain, aku tak kisah, kutuklah sebanyak mana pun. Tapi Chu nih, dia sendiri yang rumahnya macam rumah yang lepas kena banjir, dia tak sedar. Dari dulu lagi dia nih selalu sibuk memasak, buat kuih etc so kerj rumah yaang lain bukan priority. Jenis yang tak pernah melipat pakaian kering, dilongokkan aje sana sini, atas katil, kat living. Bila nak guna, digali lah longgokan yang menggunung tuh. Bukanlah kejadian yang luarbiasa kalau kita ke rumah dia, kita tengok sarung tek bergantungan di sana sini.

Nasib baik lah tak lama lepaknya, sekadar nak jenguk-jenguk aku, nak tahu perkembangan pasal nak renovate rumah tu lah. Aku tak adalah cerita details sangat sebab I'm sure dengan cerita aku tuh pun akan jadi panjang nanti tuh bila Chu bercerita kat orang lain. 

'Awak nih bila nak berduanya?', cousin aku tanya.

Elok sangatlah tanya soalan gitu depan Chu.

'Akhir tahern (tahun) nih', kata Chu. Aku pandang cousin aku sambil geleng-geleng kepala.

'Calern (calun) nya ada dah, hok haritu, jangan cari-cari orang lain dah', kata Chu lagi.

Aku senyap jer, sambil bukak pintu nak suruh diaorang balik. Sambil fikir, sana calun, sini calun, silap-silap kawin 4 aku nih nantinya.

'Lari duduk overseas jer lah senang kalau macam nih', aku kata gitu kat cousin aku sambil gelak-gelak.

'Orang pun tak expect awak duduk sini, kan?, kata cousin aku.

Seriously, aku tak tahu apa yang cousin aku (dan cousins yang lain) fikir pasal aku, apa pemandangan diaorang pasal aku. Deep down aku rasa rendah diri yang teramat sangat dengan diaorang sebab aku cuma duduk kampung, tak ada apa nya. Diaorang semuanya berjaya dan hidup macam apa yang masyarakat nak. Aku jer yang hidupnya masyarakat tak nak.

Tak berapa menjadi tomyam seafood yang aku buat walaupun segala macam benda aku letak. Cair, lagipun sebab serai lama, tak ada kick nya dah. Macamana pun, aku rasa, aku rasa lah kan, sedap jugak tomyam aku tuh kalau dibanding dengan tomyam kat kedai. Kalau kat kedai, setakat sebilah udang, sebutir sotong, dan berpuluh-puluh cucuk serai. 

Aku tengah menyangkul petang nih bila kontraktor (KN) datang, teruslah aku tunjukkan kat dia apa yang nak dibuat, tukar dinding/tingkap dan a few papan lantai. Aku beritahu dia yang aku lebih kepada dia tak nak buat sebab sampai sekarang pun Long masih tak war-war kan kat WA keluarga pasal nak renovate rumah nih. Aku ada kasi hint yang kitaorang nak belanjakan untuk renovation works tuh dalam belas-belas ribu jer. Aku tak rasa dia sanggup buat dengan kos sekecik itu tapi dia kata yang esok dia akan datang bawak tukang kayu dia, kalau tukang tuh sanggup buat, then dia kata dia akan bagi quotation.

'Awak 'main' Bitcoin ker?', KN tanya aku. Aku kan ker pakai tshirt Bitcoin kalau ke kebun, aku ada dekat 10 helai tshirt Bitcoin dan Ethereum.

Aku tau dia tak tau pasal Bitcoin sebab tuh dia guna term 'main'. 

'Bulan Puasa tahun lepas lagi dah, ada kawan ajak join, modal RM 20 000', kata KN lagi.

Teruslah aku bersyarah, aku kata yang jangan sekali-kali ikut orang. Share market ker, Forex ker, gold investment ker, cryptocurrencies ker, sama jer. Buat sendiri, jangan nak ikut orang, itu semua MLM. BitNetworkClub tuh lah MLM terbesar, too bad ramai Melayu join. 

'Macam ni lah, cuba kalau RM 20 000 tuh awak beli Bitcoin, masa dia ajak join tuh. Boleh dapat berapa Bitcoins dah?", aku jawab gitu.

Banyaklah yang kitaorang sembangkan, termasuklah sessi interview ekekekke. Soalan-soalan macam, berapa lama kat US dulu, belajar kat mana, pernah tak kerja gomen, soalan-soalan gitu.

Tak praktis baca sebelumnya, so masa mengaji malam nih macam tak berapa lancar, salah sana sini. Macam minggu lepas jugak, cuma 3 orang yang mengaji. Lepas Isyak ada tahlil, jamuannya pulak pulut durian. terbanyak pulak aku ambik, nak menghabiskannya punyalah siksa, ditambah pulak dengan rasa keguiltyannya.