Pagi-pagi lagi aku dah message JAS beritahu yang aku sama W, Site Safety Supervisor, nak ke pejabat diaorang dalam pukul 10 gitu. So tak lama melepak kat warung Mak Dah, walaupun hujan lebat.
Dalam setengah jam jugak menunggu pegawai JAS, dah tahu kitaorang nak datang pukul 10, diaorang siap keluar jugak tuh. Sebenarnya Officer tuh nak ambik keterangan daripada kitaorang berdua, wakil Konsultant dan wakil Kontraktor, pasal kejadian air kotor masuk laut dulu tuh. Just sebagai memenuhkan procedure kerja diaorang.
Sessi soal jawab gitu, bergilir-gilir, mulanya aku yang disoal, W melepak kat kantin. Nak tergelak jer aku sebab aku asyik teringat pasal aku disoal selidik masa kat Detention Center dulu tuh. Details pasal diri aku pun banyak yang diambil, tapi aku peliknya, ada dimintak aku isi nama dan alamat semasa bapa.
'Ini alamat bapa nih, alamat sekarang ker?", aku tanya Officer tuh. Tak ada pulak dimintak nama dan alamat ibu.
"Ha ah, alamat semasa", dia jawab gitu.
So aku tulislah kat ruangan alamat bapa tuh, "Tanah Perkuburan Kampung Hulu Gali, 27500 Raub, Pahang". Saja jer aku buat bodoh gitu, geram aku.
Masa W disoal selidik, aku melepak kat luar, then aku decided untuk merisik khabar MPK, aku nak tahu apa outcome meeting diaorang Selasa lepas. Sebab orang kat KL, diaorang jenis yang tunggu dan lihat, diaorang tunggu MPK contact diaorang. Bukanlah aku nak melawan tokay, dan bukan lah kerja aku semua tuh, tapi, kalau aku tak berinisiatif untuk tahu, orang lain pun tak akan tahu.
Jawapan dari MPK agak mengejutkan jugak, walaupun aku dah expect. Infrastructure submission tak mematuhi syarat, dan tak dibentangkan langsung masa meeting. Dan MPK akan tunggu re-submission, proper submission.
Itu kerja Boss aku, buat infra submission. Minggu lepas aku dah beritahu orang KL yang MPK ada beritahu aku yang submission tuh tak lengkap, tapi diaorang tak percaya, diaorang tetap percaya kelentong Boss aku. Rasain loe!
Orang pertama yang aku contact untuk sampaikan berita duka tuh, of course lah GM. He has direct access to Tan Sri. Aku bypass semua orang, aku cuma kata yang MPK ada contact aku dan aku akan whatsapp details kat diaorang lepas Sembahyang Jumaat sebab my cellphone battery was about to die.
Lepas Sembahyang Jumaat aku melepak kejap sama Mariposa, menceritakan kat dia perkembangan terbaru. Dia nih melepak kat kedai makan jer seharian, dari satu kedai ke satu kedai. Baru 2 hari balik dari KL, esok dah nak balik semula. Aku tak kisah, aku lagi suka. Tak ada lah dia nak menyembang dengan staff Kontraktor, pastuh buat cerita yang bukan-bukan.
Tak ada pun aku whatsapp Boss aku, cuma kat CPM sama Arkitek jer yang aku hantar details, aku suruh diaorang forwardkan kat Boss aku. Malas aku dengar excuses dan jawapan-jawapan Boss aku, sure ada benda yang dia akan kelentong. Orang lain oklah dia kelentong tapi dengan aku, tolon sikit.
Lepas tuh terus senyap memasing. Tak ada pun yang tanya pasal aktivities kat site, kisah selorri top soil tuh pun tak ada kabar berita.
Kerja-kerja rubble wall dah nak siap, maknanya ramai pekerja yang tak ada kerja nanti tuh, so Tonne kata yang dia nak teruskan building works, kat Beach Club, nak pindahkan semua pekerja kat situ. Masalahnya, Arkitek tetap tak kasi green light untuk teruskan kerja. Dan kalau mengikut perkembangan semasa, lama lagi lah projek akan terbengkalai. Tapi since Tonne kata yang dia akan bertanggung jawab, aku ok kan aje, dan dia tetap nak suruh aku pretend like tak ada activities kat site.
Petang nih hujan, sejak semalam lagi hujan turun tapi sekejap-sekejap. So tak dapatlah aku nak jogging. Macamana pun aku meround jugak sampai ke Beach Club, berpayung.
Malam nih cadangnya tak nak keluar makan sebab petang tadi dah makan 2 packets mushroom soup (tadi kan ker hujan, so tak boleh nak ke mana-mana, itu yang makan jer tuh kerjanya, aku sama Kontraktor punya Site Engineer) tapi aku rasa macam terlapar, so aku decided nak keluar jugaklah. Agaknya memang dah ketentuan, aku sampai aje kat kedai tuh, Ismail pun tiba. Ismail nih memang cari aku. Dia dulu nya nak kerja kat projek kitaorang nih so aku suruh dia hantar CV kat Arkitek. Tapi, lepas tuh dia senyap jer, pindah ke mana tah, so Arkitek terpaksa cari orang lain. Dapatlah EnMat sekarang nih, dah masuk bulan ke 3 dah. So aku beritahu Ismail yang post tuh dah diisi.

"Ko itulah, tak nak tolong member", kata Ismail, terus dia pindah ke meja lain.
"Ada jugak orang macam nih", kata aku dalam hati. Dia yang tak bersungguh-sungguh, nak salahkan aku.