Saturday

Friday26022016

Malam semalam hujan, tak lebat tapi kerap turunnya. So pagi nih awal aku ke site sebab nak tengok kalau ada apa-apa terjadi. Nak harap Kontraktor punya staff, buang masa aje. Sebab aku jalan kaki aje kat site jadi aku ada banyak masa nak perhati mana-mana yang perlu diperhati, unlike them yang naik motor, tak tahu apa-apa yang terjadi. Tapi Alhamdulillah tak ada apa pun, walaupun hati jahat aku nih nak sangat kalau hujan lebat, at least biar tanki sewage treatment plant tuh "mendarat". 

Lewat jugak aku breakfast, takat makan 2 bijik karipap sebab makanan dah habis. En Basiron Kaya ada kat warung tuh, together with a few muka-muka basi yang lain. Aku buat tak dengar jer bila diaorang mention pasal projek kitaorang. 

Minggu lepas pergi Sembahyang Jumaat agak lewat so minggu nih pergi awal sikit dari biasa, ditambah pulak waktu sembahyang yang semakin lambat, punyalah mengantuk aku. Imam yang jual air zam-zam sama kismis Mekah tuh tak ada, aku punya bekalan dah nak habis nih. Dia datang jarang-jarang sekali, entah-entah masa aku di KL dulu dia dah datang, so lambat lagilah akan dapat bekalan baru.

Dan aku tak berhenti makan kat kedai Ustaz Ali depan masjid tuh, macam biasa. Selama ini aku tahan kan aje bila makan makanan yang dah hampir basi, makanan yang direcycled, simply sebab aku kesian, simply sebab dia tuh Ustaz. Tapi, nak berniaga, buat cara nak berniaga, hatta ko tu Ustaz sekalipun. So aku makan kat Aqua Cafe, and true, tokay tuh tanya pasal Mariposa lagi sedangkan semalam dah aku beritahu yang Mariposa balik KL. 

Petang aku tengok Survivor, tak tahan nak tunggu esok. Sempat jugak bukak youtube, dapat habiskan Surah AtTaubah, slow kali nih tapi tak apa, alon-alon. Yang aku baca kat rumah lagi slow, macam tak berganjak dari Juzuk 18.

Macam semalam jugak, aku balik rumah lepas Asar, then barulah jogging. Sebenarnya 2 hari nih ada aje barang yang aku tertinggal, itu yang terpaksa balik dulu tuh. Bagus jugak buat style macam nih, aku tak payah risau pasal nak pergi ambil kereta sebab biasanya kereta kat tempat lain dan aku jogging sampai tempat lain, so terpaksa ke tempat lain semula untuk ambik kereta. 

Tokay kedai tempat aku makan omelette/fries tuh macam halau aku suruh makan cepat-cepat sebab dia nak tutup kedai, nak hantar anak ke klinik. Tak sampai a few minutes jer aku makan, itupun tak sempat nak habiskan. Tak payahlah nak ambik order kalau nak tutup kedai awal-awal, kan? Then again mungkin RM 15 harga makanan aku tuh cukup untuk bayar ubat anak, kot?

Aku malu nak mengaku tapi aku rasa aku terperangkap lagi dengan orang seberang. Diaorang nih style macam nih, diaorang kerja, kalau ada duit, diaorang kirim kampung, untuk saving. So memang tak ada duit di tangan lah kan? Dan aku pulak jenis yang tak sampai hati nak kata, "Kan kamu punya tabungan, guna uang itu aja?". Aku ingat masa di Philadelphia dulu, ada this one perempuan yang kena halau dari employer dia, so dia tak ada duit, tak ada tempat tinggal. Kitaorang bantu mana yang patut. Bila dah settled semuanya, cerita punya cerita, dia ada USD6000 saving, tengah buat banglo untuk anak di Jakarta lagi. 

Tapi tak apalah, aku tak nak mengungkit, aku boleh bantu sesikit, tak banyak mana pun. Entah-entah pertolongan tuh yang dapat tolong aku nanti. Aku pun dah nak mati.

Malam nih hujan turun lagi.