Friday

Thursday25022016

Aku nak beli susu for breakfast tapi ternampak staff Kontraktor tengah melepak minum kat kedai Pak Sahak, so aku joined sekali. Dah lama tak berkecimpung di bidang lepak-melepak sampai pukul 10 pagi. Masing-masing asyik tanya pasal projek, aku update kan diaorang mana-mana yang patut. Kalau mengikut keadaan sekarang, sesebulan dua pun tak akan settle lagi masalahnya. 

Bersemangat meround site pagi nih sebab banyak aktiviti yang berjalan. Katalah MPK  buat lawatang mengejut, harus bertempiarang diaorang lari. Aku jer kot yang akan buat selamba. Ada harapan by the time MPK lift kan Stop Work Order, Beach Club dah siap dibina.

Since dah banyak kontraktor lain dah mula kerja, bila ada kontraktor lain tanya, kitaorang kata yang tak ada sapa halang diaorang nak buat kerja tapi pandai-pandailah bawak diri. 


Aku balik awal harinih, sebelum Asar. Saja jer lah. So lepas Asar, aku terus aje jogging, merata-rata aku lari, masuk site, pergi hujung pantai etc. On my way balik, ada budak-budak kampung ajak main bola, beach soccer, aku nak join sebab boleh banyak keluar peluh. Tapi itulah, aku dah nak balik, diaorang baru nak mula, baliknya malam. Susahlah kan?

Malam nih ada khenduri pindah rumah, so aku antara yang dijemput. Aku kalau khenduri, atau di masjid, memang banyak makannya. Penuh pinggan. Kalau kat kedai, tengok makanan pun aku dah rasa kenyang. So lama lah jugak melepak sama orang kampung.

The last few nights aku tidur lena, mungkin sebab keletihan, aku perasan yang aku semakin banyak lari sekarang nih. Antara Maghrib ke Isyak aku selalu termelepak keletihan, nak baca Quran pun malas jadinya.