Breakfast sama Nasir pagi nih, anak bini dia breakfast kat hotel. Lama jugak kitaorang melepak sebab hujan turun sekejap, tak lebat mana pun. Aku nak ajak dia masuk site tapi dia kata dia tengah tunggu workers datang dari KL, lain kali ajelah kot sebab dia rasa dia akan datang lagi dalam sesebulan dua nanti.
Lama jugak aku kat site, tengok pekerja menyembur concrete, untuk soil nailing. Kerja-kerja kat Beach Club pun semakin rancak. Aku berbelah bagi nih, nak beritahu orang KL atau tidak, yang ada aktiviti haram kat site. Kalau aku beritahu, at least aku tak dipersalahkan kalaulah MPK ada datang buat visit. Tapi, Kontraktor tak nak aku beritahu.
The rest of the day aku kat office, buat apa yang sepatutnya aku buat semalam. Lega rasanya bila dapat tengok Survivor, The Amazing Race, jugak dapat bukak youtube, jugak dapat update blog. So memang sah lah yang semalam tuh aku rasa a little down sebab internet was down. Harinih aku rasa happy jer, rasa bermakna jer hidup aku nih.
Petang nih macam petang semalam jugak, jalan kaki dari hujung ke hujung. Gini lah hidup aku, yang pelingnya aku tak rasa bosan. Orang lain agaknya yang bosan menengok aku berada di mana-mana kat Kampung Cherating Lama nih, kejap kat sini, kejap kat hujung sana, tak lama tuh kat sini semula.
Mungkin sebab aku sentiasa bersyukur dan redha dengan gaya dan cara hidup aku untuk waktu sekarang. Lagipun I find my life is a lot easier the lower I keep my expectations.
Oklah for today, this blog (my life) is so boring it is written using 100% recycled words.