Wednesday

Tuesday16022016

Banyak kedai makan yang tak bukak harinih (or rather tak banyak kedai makan yang bukak hari Selasa) so terpaksalah ke kedai Stopa yang dah lama aku tak pergi tuh. Dulu masa mula-mula kat Cherating, memang setiap pagi makan kat kedai Stopa tuh walaupun makanannya tak menyelerakan. Motor banyak kat site tapi kitaorang, out of boredom kot, kitaorang naik satu motor bertiga. 

Tengah melepak tuh, dapat email dari Arkitek, beritahu yang Tan Sri nak datang site Friday nih. Friday? Senyum jer bila baca email antara GM sama Arkitek, banyak ayat-ayat GM dan dia punya point-point tuh macam familiar jer. I wonder siapalah yang bercerita kat GM sampaikan dia tahu akar umbi, the same things jugaklah yang the Architect, CPM dan Boss aku cuba nak sembunyikan dari pengetahuan orang-orang atas. Bagus orang tuh, kalau tak, tak jalannya lah kerja. 

So teruslah aku ke site, discuss sama Tonne, jugak sub-contractor, tanya diaorang apa kerja yang diaorang nak teruskan, apa kerja yang diaorang nak stop, Friday nanti. Aku kena tahu semua tuh sebab kitaorang kat site kenalah sepakat. 

Sejak pagi aku selsema, hidung tersumbat, taklah teruk tapi sungguh tak comfortable dengan bersin yang bertali arus, air keluar dari hidung. So melepak office aje lah seharian. Melayan whatsapp dari orang kat KL, masing-masing risau pasal Tan Sri punya disappointment sampaikan dia nak datang ke site sekali lagi sedangkan 2 bulan lepas dah datang dah. 

Ha, itulah, sorok lagi masalah daripada dia, padan muka! Semalam CPM beritahu aku yang dia tak sampai hati nak beritahu Tan Sri yang payments lambat, sebab tuh kerja pun lambat. 


Aku jogging jugak petang nih, seround jer, walaupun hidung tersumbat. Then melepak kat bay kat tempat nak buat SPA tuh sesambil menengok ombak memukul batu. Aku dah nak balik, Tonne ajak sembang pasal masalah semasa. He thanked me sebab aku telus, menceritakan perkara sebenar kat orang atas. Nak harapkan bertiga tuh, selagi ada masalah, selagi itulah diaorang nak sorokkan dari pengetahuan orang atasan. 

Since hidung masih tersumbat, misi aku nak makan tomyam pedas. Biasanya gitulah, makan tomyam pedas, minum teh o panas. So itu yang aku order malam nih, sampaikan berpeluh-peluh, air hidung meleleh, kepala gatal-gatal. Mahal gila, semua nih RM 18. Kalau warung dan kedai lain, less than RM 10.

Budak sorang nih tanya, apa pasal aku tak cerita kisah dia kat blog, dia kata dia ok jer, tak ada sapa kenal dia. Dasar giler glamer sangat kan? ekekekke