Tak bukak lah pulak gerai depan rumah Chu, so lepas ambik sambal hitam, aku ke kedai Samad for breakfast. Kejap aje sebab tak ada masa. Dapat 2 jam solid kat kebun. Masa jer lah yang solid nya, aku takat buat kerja sesikit gitu jer, banyak sangat nyamuk, itu yang tak tahannya tuh.
Kelam kabut jugak nak packing, biasalah, memang gitu gayanya aku, memang tak boleh ubah dah, buat kerja last minute. Hantar kereta untuk service, beritahu mechanic tuh yang aku akan datang ambik kereta tuh Isnin petang. Timing memang elok, tak lama menunggu bas dari Sungai Ruan ke Raub. Kat Raub pun sama, 5 minit lepas aku sampai, ada bas ke KL.
Mamat yang jaga front office Citin Hotel tuh orang baru gayanya, aku tak kenal, tak pernah tengok sebelum ini. So aku tanya dia kalau-kalau aku boleh dapat special rate RM 90 macam biasa. Dia kata rate minggu nih RM 150, so aku kata lah yang biasanya aku cuma bayar RM 90 se malam, dia tak percaya, dia kata rate paling rendah yang hotel boleh kasi, RM 95. Aku suruh dia swipe IC aku, then baru dia percaya yang selama ini aku dapat special rate, so dia setuju dengan rate yang aku mintak tuh.
Lepas sembahyang, aku turun beli barang. Memang gitu style aku, pergi KFC beli makanan then singgah kedai beli toiletteries, tak pernah aku bawak barang-barang macam tuh. Tu pasal kalau kat kampung aku tak pernah beli barang-barang keperluan asas, semuanya barang pembelian di KL.
Lepas santai-santai kat katil, aku memorex. Kebetulan Euro session baru mula. Macam ada good news out of Britain, so accounts aku jadi "segar" semula. Aku closed kan a few entries dan biarkan yang lain tuh. Macamana pun accounts aku masih dibebani floating loss yang banyak, tu pasal aku tak boleh buat apa sangat pun. Misi aku sekarang hanya untuk protect accounts sekiranya pairs Pound Sterling turun banyak.
Lepas Asar aku ke The Robertson, mengeteh. Then ke Bukit Bintang, potong rambut. Lepas Isyak aku ke Bukit Bintang lagi, punya lah lama aku tak ke KL, aku tak tahu pun Parkson kat Sungai Wang tempat aku beli barang runcit tuh ditutup, tak sure pulak tutup sementara for renovation atau tutup terus.
Sakan dah rupa nya malls di decorate dengan Christmas theme, Pavilion lah dramatic gila decoration nya. Kalau kat overseas, kat US for example, lepas Thanksgiving Day (hari ini) baru lah orang mula pasang decorations, kat Malaysia nih yang berlebih-lebih pulak. Bosan gila lagu-lagu Christmas yang diaorang pasang kat Malaysia nih, macam tak banyak pilihan.Kalau kat overseas, banyak lagi lagu-lagu lain yang best.