Harinih seharian di rumah, tak ke mana-mana pun kecuali ke masjid untuk sembahyang. Alkisahnya aku tak berapa sihat, hidung tersumbat, so asyik terbersin aje, sejak malam semalam agaknya sebaldi hingus keluar.
And so aku online jer lah, diselang seli dengan baring. Sekarang nih Forex market dah berubah waktu, Daylight Saving, so dilambatkan sejam, maknanya Euro session pukul 5-30 instead of 4-30 pm, dan US session pukul 9-30, biasanya pukul 8-30 malam. For the next 6 months macam ini lah. Aku suka timing macam nih sebab kalau market pukul 8-30 pm for example, masa nak sembahyang Isyak tuh kadang nya terfikir, apa lah nasib accounts aku. Akan datang, aku dah siap dinner, market baru bukak.
Walaupun harinih tak produktif tapi aku rasa puas hati jugak sebab banyak knowledge yang aku dapat kat internet, semuanya pasal trading, forex dan cryptocurrencies. Aku check tempat-tempat yang boleh cash kan Bitcoins dan altcoins lain. Selama ini aku cuma guna satu service aje, walaupun rate nya sungguhlah tinggi. Tapi sekarang aku dah tahu a few other Exchangers yang boleh dipercayai, yang boleh kasi rates yang lebih bagus.
Masalah dengan cryptocurrencies nih, dia tak diregulated, so banyaklah scammers, nak cari reputable exchangers memang a little daunting. Macamana pun as my "collection" of Bitcoin, Bitcoin Cash dan Ethereum keeps growing so aku kena bersiap sedia untuk cari sumber-sumber tempat nak liquidate kan my coins, kalaulah nanti aku rasa nak tukarkan ke cash. Buat masa sekarang mission aku hanyalah untuk kumpul coins tuh, sekali sekala aku ada lah jugak cash kan melalui this one exchanger yang bayar guna PayPal. Dari PayPal aku masukkan ke bank account aku. Dua kali lah kena bayar fees, kan, tapi nak buat macamana, memang gitu cara nya.
Cakap pasal PayPal, and since duit kat PayPal sentiasa ada, itu yang buat aku sakan shopping kat ebay. Tak ada lah beli benda mahal-mahal, yang paling mahal pun dalam USD30 gitu, selebihnya yang harga just a few dollars. As of today, ada 12 barang yang akan sampai seawal akhir minggu depan, itu yang buat aku rasa excited jer tuh. Pandai aku nih menghappykan diri sendiri, makna nya setiap hari akan ada benda yang aku tunggu dari posman. Aku dah terbayang dah yang setiap hari aku akan tunggu posman kat bawah pokok pisang ekekekeke
Itu jugak yang buat aku macam malas nak ke KL nih, sebab nak tunggu posman tu lah. Sebab dah lama sangat (dah 6 minggu kot) tak ke KL, itu yang aku jadi tak bersemangat tuh. Tak apa lah, aku orang kampung, duduk kampung jer lah, bukan ada apa sangat pun kat KL tuh. Cumanya, akhir minggu depan ada Ijtimak Tabligh kat Markas Masjid Seri Petaling, ada 2 orang Tabligh yang ajak aku pergi tapi aku kata yang aku nak pergi sendiri sebab aku ada di KL masa tuh. Kawan aku yang duduk UK tuh pun nak balik Scotland 18 haribulan, kalau boleh aku nak surprisekan dia kat airport.
Mulanya aku tak nak pergi mengaji malam nih sebab aku macam tak sihat gitu tapi aku nak lepak kat mana? So aku joined lah jugak. A few times Ustaz tuh tegur sebab aku baca putus-putus, biasanya nafas aku tak lah sependek masa mengaji malam nih.
Tak lama pun melayan Forex malam nih, Bitcoin Cash macam nak naik jer nih, aku suka tuh, kalau both Ethereum sama Bitcoin Cash naik tinggi, itu lagi best sebab aku punya accounts guna those currencies.