Again, aku tak ke kebun sebab semalam hujan lebat. Redha jer lah yang air sentiasa bertakung di kawasan tanaman aku, aku tahu yang some tanaman akan mati, cili Bali aku dah kiok pun, cili Bangla pun tinggal nyawa-nyawa ikan. Aku tak ralat kalau tanaman lain meninggal, tapi aku akan berduka nestapa lah kalau kacang harimau aku kojol, ataupun terbantut pembesarannya.
Kalau aku rajin, boleh sebenarnya aku selamatkan tanaman aku tuh tapi itulah, kemalasan yang membuatkan aku biarkan aje apa nak jadi. Aku tak "menyalahkan" hujan tapi aku jadikan itu penyebab. Tapi at the same time aku sedar yang betapa besar kuasa Tuhan turun kan hujan, dan aku tahu yang suatu masa nanti bila hujan tak turun, aku akan teringat zaman-zaman bilamana aku tak ke kebun berbulan-bulan sebab hujan sentiasa turun.
Aku ambik kesempatan tak ke kebun dengan mengoncentrate buat Forex aku, jugak cari ilmu yang berkaitan. Aku sibuk jugak seseminggu dua nih, aku cadang nak bukak account dengan Broker lain jugak sebab sekarang nih cuma guna service one broker jer. Dan broker tuh pulak unregulated, so aku nak cari regulated broker, yang terima PayPal untuk buat deposit dan withdrawal, jugak yang ada offer Islamic account. Jugak yang boleh trade cryptocurrencies. So sibuklah aku mengompare, mengecheck, semua broker-broker yang ada.
Aku banyak jugak sekodeng-sekodeng crypto forums, macam kat reddit, bitcointalk etc. Banyak maklumat dan knowledge yang aku dapat. Aku tak layan pun forum-forum Malaysia, buat buang masa jer.
Since Bitcoin Cash forex account aku dah nak jadi 1 BCH (InsyaAllah), aku rasa aku nak withdraw ke wallet, nak trade Ethereum account aje lah. 15 haribulan nanti ada BCH hard fork, so lepas tarikh tu lah baru aku nak withdraw, hopefully. Aku ingat lagi yang masa BTC hard fork dulu, price terus naik. I still have the feeling yang BCH is undervalued, dibandingkan dengan BTC.
Apa-apa lah, I don't give a fork!
Dapat jemputan kahwin kat Cherating, awal Disember nanti. Staff Royale Chulan Cherating. Aku kena pergi sebab dulu aku jugak yang gatal bergurau kata yang kalau diaorang tak jemput aku ke wedding diaorang, aku nak kasi santau. Ingatkan diaorang nak buat majlis masa Raya lepas, tu pasal. Sure terjumpa BabyJ nanti tuh.
Bulan depan nih akan terbanyak kali aku ke KL rasanya, tengah bulan ada wedding jugak, akhir Disember memang kebiasan aku diKL, dari Krismas sampai New Year. Tengoklah macamana nanti.
Sempatlah berbasikal dalam sejam petang nih, ngam-ngam aku sampai rumah hujan pun turun. Yang maha lebat, sampai Isyak.
Since malam ini tak ada Kuliah Maghrib, tenang jer lah aku melepak sesambil memonitor forex aku masa kat masjid tadi. Ada jugak terlintas kat otak aku yang kalau jemaah lain nampak aku yang kadang tuh leka dan sibuk mengecheck cellphone, tentu diaorang geleng kepala kata aku buat urusan dunia kat dalam masjid.
Aku mencari rezeki sebenarnya. Alah, lagipun, zaman nabi dulu, orang belajar berkuda kat masjid. Kita orang Malaysia nih jjer yang "alim tak bertempat".
Ramai orang kat kedai so aku tapau makanan aje lah, makan sesambil memorex. Rasanya ini kali pertama in weeks aku carry floating profits yang banyak jugak untuk minggu depan, so aku locked dan pasang take profit points dan stop loss siap-siap, just in case ada apa-apa news yang tak terjangka. Seseminggu dua nih banyak lah pulak news pasal Brexit, pasal US congress etc.