Saturday

Khamis1November2018

Mengantuk sangat pagi nih, aku tidur semula dari pukul 7 sampai dekat pukul 9. Malam semalam aku terjaga a few times, semuanya gara-gara Forex, terakhir tuh terbangun pukul 4 dan teruslah tak tidur sampai Subuh. 

Ada peningkatan dalam accounts aku, ada gaya macam semua floating losses yang aku tanggung dalam seseminggu dua nih akan dapat aku jadikan profits. Itu yang kena selalu monitor tuh, yang bestnya dengan Forex nih, kita boleh buat benda lain jugak sesambil memonitor tuh, membaca ker etc, tak payah lah nak glue muka kat screen laptop memanjang.

So itulah, hopefully by tomorrow sebelum market tutup for the week, aku akan dapat recover, hopefully with some profits. Tension jugak aku menengok accounts aku yang asyik merah jer selama 2 minggu nih. 

Tapi yang pelik nya, masa kat kebun, aku tak monitor sangat price movement, tak macam dulu. Kalau dulu, every 5 minutes or so aku akan check cellphone. Tapi sekarang, aku biarkan aje, I guess I am more "matured" now. 

Dapat mesej yang Mak akan balik Saturday nih, dan balik semula ke Pondok Pengajian the following day. So lepas berkebun, aku membersihkan sekitaran rumah, raking daun kering, things like that. Esok seharian aku akan bersihkan dalam rumah pulak, mengemop etc. Kalau ada masa barulah nak membersihkan semak samun, kat laluan jalan masuk.

Aku dah dapat tahu siapa yang bocorkan tayar fatbike aku dulu tuh, budak kat masjid. Aku dapat tahu tuh bila aku tanya these few boys yang selalu berkeliaran waktu Asar, bila nampak aje aku tiba, diaorang mintak duit. Sekarang nih kena sentiasa ada duit seringgit-seringgit kalau ke masjid for Asar. Aku tahu yang tak elok aku "ajar" bebudak tuh gitu but then again, aku rasa tak salah nya pun, at least mengajar aku supaya jangan kedekut. Lagipun, tak kan lah diaorang nak mintak duit macam tuh sampai bila-bila, sampai diaorang beranak cucu nanti, kan? Bagi aku, benda remeh gitu tak payah nak fikir sangat. 

Chu nak tumpang ke masjid for Maghrib, ingatkan ada Kuliah, tapi tak ada pulak Ustaz tuh datang malam nih. Chu kasi duit upah yang cousin aku suruh kasi kat aku, dulu kan ker aku guna duit sendiri bayar upah meracun tanah arwah mak sedara aku? Dah lama dulu tuh, aku pun dah lupa. Bersyukur jugak aku, macam nak lepak lama jer kat KL nanti nih.

Awal aku tidur sebab kalau lewat, memang susah nak pejam mata. Dan Forex pun menyebelahi aku, so lena lah tidurnya kot, hopefully.