Sunday

Jumaat2November2018

Seharian aku membersihkan rumah, sejak awal pagi, lepas breakfast, sampailah ke waktu nak Sembahyang Jumaat. Aku macam puas hati gitu sebab kali ini bersih aku tuh betul-betul bersih, kalau dulu-dulu, aku tak berapa puas hati selepas membersihkan rumah simply sebab tak nampak macam bersih sangat pun. Tapi kali ini, perfect 10 gitu.

Dan aku tahu, bila Mak balik esok, Mak akan bersihkan jugak rumah, sebab bersih perempuan tak sama dengan bersih lelaki, whatever that means. Apa pun, aku puas hati, infact the whole day aku rasa happy dan bersyukur aje sebab selain dari berjaya membersihkan rumah sehingga terpancar kat muka aku keseriannya, Forex accounts aku jugak dah untung. Ethereum account aku dah jadi 2.17 Eth dan Bitcoin Cash aku dah jadi 0.812 BCH.

Aku masih dalam fasa malas memblog, dan aku masih dalam mood sibuk shopping kat ebay so pendek jer lah entry aku.