Macam a bit tricky jer bila Forex market bukak pagi nih, gapped down EUR/USD dan GBP/USD, biasanya aku akan ambik kesempatan tuh untuk masuk "buy" entries sebab gap akan ditutup sooner or later. Syukur, aku tak buat macam tuh, instead aku went short. Tak lama masa Asian session, semua positions aku untung, yang aku biarkan aje sebab malam nih US session slow, kat US cuti Veterans Day.
Terus aku jadi bersemangat untuk ke kebun, or rather untuk memulakan minggu baru. Tapi, the moment aku tengok keadaan semak samun yang membelenggu pokok-pokok kacang harimau aku, semangat aku terus jadi pudar. How am I going to buang semak samun tuh, kena dicabut satu persatu then barulah pangkal pokok boleh dikambus tanah. Banyak tu, siot!
So bertenggek lah aku mencabut rerumput semak samun yang tumbuh berleluasa tuh, sakit pinggang satu hal, nyamuk pulak banyak. Ya ampun betapa siksa nya aku. Macamana susah pun, aku teruskan jugak, yang akhirnya dapatlah aku kind of bersihkan 2 baris tanaman. Tak apa lah, buat sikit-sikit, lama-lama siap lah nanti tuh. Cumanya janganlah by the time aku siap membersihkan semuanya, rerumput dan semak samun tumbuh semula. Ada harapan jadi macam tu tuh, aku dah boleh bayangkan. Susah nya hidup seorang pekebun nih, kan?
The rest of the day aku terleka memorex. Merendah diri sungguh aku nih kan? ekekekekek. Bukannya leka tapi tekun mencari rezeki. Just before Maghrib aku dapat kutip about 0.12 ETH dan 0.08 BCH. Dulu aku macam tak konfiden nak jadikan accounts aku 3 ETH dan 1 BCH sebelum akhir tahun tapi kalau mengikut keadaan semasa, dalam masa 2 tiga hari lagi aku boleh capai target.
Tak ada pulak Ustaz malam nih, aku punya lah prktis baca Quran tadi tuh sebab tak nak jadi macam minggu lepas, sangkut-sangkut sebab nafas pendek. Ada this one guy suruh aku ajar dia mengaji so aku ajar lah sekejap.
"Hutang dulu tak tebus lagi, ini tambah hutang baru", kata Imam masa makan kat kedai Omar. Aku bayarkan harga makanan yang dia tapau, dan dia maksudkan "hutang" dulu-dulu yang aku selalu bayar harga makanan dia tuh.
Dang, he's keeping scores, that man.