Friday

Rabu14November2018

Awal pagi tadi sebelum Subuh, hujan turun, tak lebat. Aku ke kebun pun dah lewat jugak, pukul 9. Mulanya membaja, tapi dapat half way jer sebab baja habis. Menyesal pulak tak ke Sungai Ruan semalam tuh. Tak sampai 1 km pun Sungai Ruan tu tapi aku nih kan ker jenis yang tak ke mana-mana kecuali kalau penting sangat, aku ke sana pun cuma hari Pekan Sari aje.

Lepas tuh mencabut rumput etc.



Ini lah my playground.



Bersih jer kawasan kebun aku, kan? Orang kata, apa-apa yang kita buat tuh melambangkan keperibadian kita.



Masa cari info pasal proposed hard fork untuk BitcoinCash esok, aku perasan yang broker aku tak support proposal tuh, maknanya tak akan ada apa-apa effect kat BCH aku kalau aku tak pindahkan ke wallet Coinbase yang kebetulan akan buat adjustment once hard fork proses selesai. Bererti, aku akan dapat free coins nanti, sama banyak dengan jumlah BCH yang aku ada. 

So teruslah aku close kan semua positions aku kat broker, dan buat withdrawal ke wallet. Sekejap jer, tak sampai setengah jam, masuklah BCH  ke wallet aku, yang bererti BCH account kat broker aku dah kosong. Semua Exchangers pun akan suspend segala macam transactions yang melibatkan BCH. Nasib baik lah aku sempat buat withdrawal.

Maknanya sekarang, buat masa ini aku cuma ada satu account untuk trade, ETH account. Esok ada event penting yang melibatkan pair Sterling Pound, pasal Brexit tu lah. 

Aku terfikir yang malam nih sure tak ada jamuan kat masjid, so kemungkinan besar aku akan terbertembung dengan Imam lagi. Bukan lah aku tak nak bayar makan dia tapi aku rasa dia pun tentu rasa tak comfortable kalau aku keep on bayarkan makan dia.

So aku buat keputusan untuk memasak, that way malam nih aku tak perlu lah makan kat kedai. Selama aku duduk kampung, tak pernah lagi aku memasak di waktu petang, malam. So lepas Asar aku ke kebun sekejap, cabut kangkung, petik cili. Aku buat sayur kangkung belacan, omelete dan sambal hitam versi tumis. 

Again, malam nih lancar jer aku baca, sekali pun tak ada Imam tuh tegur. How I wish yang kalau mengaji hari Isnin malam Selasa tu pun bacaan aku tak sangkut-sangkut.

Aku sepatutnya tak masuk apa-apa entry malam nih since market akan jadi volatile, tapi itu lah aku, sentiasa nak ada positions. So tak heranlah sekejap aje floating losses aku jadi banyak, tengok lah macamana esok.