Sunday

Jumaat16November2018

Pagi nih productive, sempat memindahkan anak jagung yang dalam tray semaian tuh ke tanah, adalah dalam 20 lubang, aku tanam in between baris kacang harimau. Lepas tuh mula lah membersihkan semak, rerumput, dapat jugak a few baris. Sebab esok nak ke KL, itu yang terpaksa rajin kan diri tuh. 

Asian session, Forex market macam tak bergerak. Towards Euro session barulah ada activities, account aku masih parah tapi tak lah seteruk semalam. Tapi towards US session, macam-macam news yang keluar, Parlimen UK macam nak reject jer Theresa May punya Brexit deal. Looks like her days are numbered, minggu depan, Selasa, no confidence vote against her akan dibuat. British Pound is going to tank lah kalau macam nih, harap-harap crisis pasal Brexit nih tak berpanjangan lah.

Malam nih tak ada Kuliah Maghrib so aku melepak kat masjid jer lah, cadangnya nak pergi makan so that tak terbertembung dengan Imam tuh nanti. Tapi rasa rugi pulak nak tinggalkan masjid. 

Aku tak nak "judge" tapi aku baru terperasan yang ramai jemaah yang "kalah" dengan bola. Masa makan tadi aku tengok ramai yang dari masjid melepak kat kedai Samad, ada soccer match kat tv, Piala Suzuki, Malaysia lawan Vietnam kalau tak salah aku. Yang kat depan sekali, this one guy yang aku respect sebab selalu iktikaf, selalu melepak kat masjid, warak orangnya. Kat meja sebelah dia pulak, this Tabligh guy yang baru jugak balik dari Pakistan. 

Tengah online, aku rasa termalas pulak nak ke KL esok, tah mengapa tah, aku pun tak tahu. Aku nak ke KL hujung minggu nih sebab cadangnya nak jumpa NekRock tapi dia ada plan lain. Ijtimak Tabligh pulak bukannya hujung minggu ini tapi awal minggu depan. Dan aku tak ada geng pulak nak ke airport jumpa kawan aku yang nak balik UK tuh. So combinations of benda-benda tu lah yang buat aku tiba-tiba macam malas nak ke KL esok. Tambahan pulak aku dulu janji yang aku nak ke KL hujung November, lagipun sekarang musim hujan, apa bestnya ke KL waktu hujan, walaupun aku tahu yang aku banyak melepak kat bilik hotel jer hujan tak hujan pun.

And so tak ke KL lah aku esok. Ini lah akibatnya bila lama sangat tak ke KL kan, aku jadi malas gitu, lantak lah mereput kat Ulu Gali nih.

Dan aku pun tengah cari idea, apa alasan nak kasi, sebab aku macam malas nak ke Cherating for  staff Royale Chulan Cherating punya wedding, awal bulan depan. Nak kasi hadiah atau duit aje nih, aku pun belum decide. Tapi, untuk menutup rasa keguiltyan, hadiah ataupun duit yang aku nak kasi, kena sama nilai dengan amount yang aku sepatutnya belanjakan kalau aku pergi, tambang, makan, 2 malam stay kat hotel di Kemaman. 

Entah lah, apa pasal kemalasan aku nih semakin parah, semakin menjadi-jadi.