Sempat tidur sekejap pagi nih sebelum ke Pekan Sari, sebab tadi pukul 4 dah bangun. Biasanya kalau aku terjaga awal, aku tidur semula, dan akan bangun masa alarm berbunyi pukul 4-45 tapi tadi tuh aku terus aje lah bangun, so tak ada lah tergesa-gesa sangat.
For the last few weeks, tiap kali ke Pekan Sari, memang niat aku nak beli barang untuk memasak tapi the moment aku sampai, aku tukar fikiran, aku takut aku tertension nanti bila aku malas nak masak sedangkan bahan-bahan banyak dalam fridge. Aku cuma beli oren, halia Bentong (aku suka minum teh o halia) dan baja Siam, jugak kebab untuk my BFFs makcik-makcik berjualan tuh.
Lepas membaja, aku menyiram, siram dengan air bancuhan baja soluble. Ngam-ngam baja habis, damn, RM 60 untuk baja jer. Lepas tuh biasalah, cuit sana cuit sini sesikit.
Masa nak ke masjid Zohor tadi aku terpaksa ikut laluan lain sebab ada wedding kat dewan. Pelik jugak aku apa pasal tak ada jemputan, diaorang "tak nampak" ker aku nih, biasanya ada dibuat pengumuman kat masjid.
Tok Siak beritahu yang Chu suruh aaku datang ke rumah dia awal sikit petang nih sebab nak tolong ambik makanan yang Chu buat, pihak masjid yang order. Rupanya anak Chu belikan Chu phone baru, itu yang nombor aku tak ada tuh.
Awal aku pergi rumah Chu sebab nak belek-belek phone dia, nak masukkan mana-mana nombor penting. Jugak nak suruh Chu masak untuk aku bawak ke surau malam esok. Jugak nak suruh Chu buat sekilo sambal belimbing hitam, aku nak bawak KL Khamis nanti, nak kasi kat anak-anak hayam Rebanamaya tuh.