Rabu7November2018
Tak sampai 10 minit aku kat kebun pagi nih, tak daya lah aku nak mencabut rerumput dan semak yang tumbuh kat kawasan kacang harimau. Tanah pun lembik, buat kerja tak seberapa, kotor yang lebih. Itu yang aku buat keputusan untuk tak meneruskan kerja tuh. Kena tunggu tanah kering, kalau dua tiga hari tak hujan, then barulah sesuai kot nak buat kerja.
Masalahnya sekarang, hujan turun every other day, itu yang aku tak dapat nak buat kerja tuh. In a way aku bersyukur sebab aku boleh concentrate buat online works tapi semak fikiran aku kalau tengok kawasan tanaman aku dipenuhi semak.
For the last few weeks, bila pertengahan minggu, accounts aku jadi teruk, banyak floating loss nya. Kadang tuh membawak ke minggu depannya, pun masih tak dapat nak clearkan. Minggu ini pun sama, tapi setakat harinih, tak lah besar floating loss, aku nak tunggu price rebounds baru nak masuk new entries. Macamana pun, every now and then aku ada buat small profits yang bila dikira at the end of the day, macam ok jugak.
Malam nih masa mengaji, sikit pun Ustaz tuh tak tegur aku, lancar jer bacaan aku, tak ada sangkut-sangkut. Aku kalau hari Rabu malam Khamis punya session, tahap kekonfidenan aku tuh tunggu sikit kalau dicompare dengan sessi Isnin malam Selasa.
Khamis8November2018
Breakfast pagi nih kat gerai depan rumah Chu sebab nak jumpa Chu, ada a few things nak diselesaikan. Esok Chu nak ke KL sampai Sunday night, so tak boleh nak buat makanan untuk aku hantar ke surau malam mengaji Ahad nih. So aku suruh Chu arrange dengan tokay gerai tuh, diaorang akan sediakan makanan dan hantar ke surau sebelum Maghrib Sunday.
Since malam semalam hujan dan aku tak boleh nak ke kebun, aku meround naik basikal, lemah lesu rasanya badan nih sebab lama dah tak berexercise, itu yang aku berkayuh laju-laju, dalam sejam jugak barulah aku balik.
Tak bukak lah pulak kedai sebelah masjid tuh, nak ke kedai lain aku malas, so balik rumah goreng fries, buat omelete. Simple jer aku nih orangnya. Luar biasa panas nya harinih, nak melepak kat bilik pun tak selesa walaupun pasang kipas, so melepak kat living, akhirnya tertidur sekejap.
Lepas Asar ada jemputan makan, Tahlil dan Doa Selamat kat surau, jiran aku nak pergi Umrah Isnin depan. Satu group dengan Akak The dan Abang The rupanya, what a small world kan? Aku tak makan pun, just minum, sebab masih kenyang makan omelete tadi.
Hujan ribut, petir, guruh punyalah kuat masa Kuliah Tasauf malam nih, bekalan elektrik pun terputus sekejap. Terpaksa ikut jalan lain masa lepas hantar Chu balik, sebab biasanya jalan yang aku selalu guna tuh banjir bila hujan lebat.
Sampai ke lewat malam hujan turun, mengerikan, aku asyik terbayang kisah kat Palu, Sulewesi yang banyak aku tengok kat youtube. Aku tak online pun, terus aje tidur, aku redha dengan apa yang Tuhan turun kan. Moga aku selamat. Aamin.