Aku tak perasan pun yang harinih cuti Hari Deepavali, bila aku sampai kat Pekan Sari Sungai Ruan dan aku tengok gerai depan Pusat Serenti tuh tutup dan tak ada kereta sangat pun kat parking Pusat Serenti tuh baru lah aku sedar yang harinih hari kelepasan am. Itu lah duduk kampung kan, tak ambik tahu langsung pasal hal ehwal semasa. Tapi, aku boleh tahu dan boleh ingat pulak bila hari-hari besar kat Amerika, Columbus Day, Yom Kippur, Rosh Hasannah etc, sebab semua tuh penting untuk tahu sebagai seorang Forex Trader.
Ada jer benda yang aku terbeli, mulanya beli a few jenis limau, orange, mainly sebab aku nak kan bijiknya, nak disemai. Then terbeli alat mencabut bulu hidung nenas, benda baru yang sekali aku tengok demonstrasi nya, terus aku ambik satu. Berguna alat tuh sebab kitaorang ada berpuluh pokok nenas yang berbuah dari semasa ke semasa.
Aku nak beli track bottom tapi tak ada pulak yang sesuai, so terus aje lah aku cadang nak balik. Then ternampak orang jual products Aloe Vera, tersinggah lah kejap, tertengok, terbelek, terbeli. Geram aku kat diri aku nih, tau dak? Lemah sangat kalau bab-bab products kesihatan gitu. Habis lah RM 150 kat situ.
Kat rumah berlambak products kesihatan lain, masa bila nya aku nak minum kesemuanya tuh? Dulu aku dah cadang nak minum habiskan satu-satu product, then baru lah beli yang lain. Tapi, the moment aku nampak products yang ke arah kesihatan, menonong lah aku beli. Apasal tak ada orang jual products Dato Aliff Shukri, Dato Vida, or Sajat punya, hah? Kalau ada products diaorang dijual, memang confirm aku tak akan beli, melutut lah depan aku, aku blah sambil tonggeng-tonggeng kan bontot jer.
Aku tak berniat pun nak ke kebun tapi aku jengok-jengok lah jugak, then termenyangkul, last-last dapatlah setengah jam aku menggembur a few baris tanah kat kawasan tanaman kacang harimau. Mungkin sebab frust dan rasa guity terbeli aloe vera gel tadi tuh kot.
Masa adik beradik aku balik ituhari, ada Rozi tegur, "Tengok, macam-macam Abang Tam beli", sambil tunjuk trolley yang penuh dengan products kesihatan aku, apple cider vinegar, a few other vinegar lain, honey, coconut oil, olive oil, dried olive leave, ginger powder, cinnamon powder etc.
"Buang duit jer", aku kata gitu.
"Ala, habis tu Abang Tam nak beli apa lagi, kan?", Rozi kata gitu. Maksudnya, fair lah kan, apa lagi aku nak beli, habiskan duit beli benda-benda gitu lah.
Betul jugak kata Rozi tuh, aku tak ada duit nak beli rumah, nak beli kereta, yang mampu beli hanyalah bahan-bahan penumis yang aku jadikan makanan, minuman kesihatan ekekekekek
The rest of the day macam semalam, macam biasa, memorex, yang sekali sekala diselang seli kan dengan cari barang kat ebay.
Aku dah agak yang malam nih Ustaz Sekolah Sains tuh tak datang sebab cuti. Malas pulak ke kedai untuk dinner sebab rasa macam jumpa muka yang sama jer tiap kali aku makan di situ, kat rumah ada maggi, so makan maggi jer lah.