Aman aku di kebun pagi nih sebab tak layan pun Forex, tak ada news penting last weekend, dan masa Asian session, markets tak bergerak. Bitcoin dan crytocurrencies jer yang laju, tapi laju ke bawah, harap-harap terus turun lah, senang nak reload nanti.
Aku ada baca forum, ramai orang awam yang quit crypto alltogether sejak price turun, baguslah, dulu yang buat harga naik tinggi melambung pasal orang yang tak tahu menahu tuh nak join cryptoworld kononnya. Those yang beli Bitcoin dan altcoins lain sejak lepas 15 December tahun lepas (masa harga tertinggi), semuanya "rugi". Unless diaorang hold dan harga naik tinggi akan datang nanti.
Aku tak rasa rugi sebab terakhir aku beli coins, masa harga rendah dari sekarang, dan aku biakkan coins tuh dengan trade kat Broker. So, dengan lain perkataan, aku masih untung, dan kalaulah harga naik nanti, aku akan betul-betul untung. Dan katalah harga coins turun gila-gila dan tak naik-naik dah, baru lah aku tak untung. Jadi, in the meantime aku akan teruskan kumpul coins, untung-untung aku untung nanti. Jangan tak untung-untung dah lah.
Parcel pertama dah dapat tadi, ada lagi 14 barang yang aku tunggu nih. Esok cuti pulak, Khamis sampai Monday aku tak ada sini, jangan lah posman tuh campak jer parcels aku.
Aku beli benda-benda bodoh gini lah, replica Bitcoin dan benda-benda lain yang kebanyakaannya berkisar pasal cryptocurrencies. Baju dengan bag pun ada aku beli gak.
MN ada datang, nasib baik bukan nak pinjam duit. So bersembang dengan dia kat luar rumah, dia jer yang bercakap, aku jawab tak jawab jer benda yang dia tanya, dan topik-topik yang dia bukak. Aku fikir jugak, apa pasal aku malas melayan sembangan dia? Mana tak nya, bila dia tanya, aku tak jawab, aku diam jer, then dia tanya lain, aku jawab satu perkataan jer, yer dengan tak.
Ini aku kasi contoh.
"Awak tak nak beli motor ker?", dia tanya aku.
Aku tak jawab.
"Ker awak tak minat motor?, dia tanya lagi.
"Tak", aku jawab gitu.
Sepatutnya aku explain lah yang sebab aku tak minat motor, yang aku dulu pernah accident masa kat Port Klang, sampai seminggu aku kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Ataupun beritahu dia yang aku trauma naik motor, (arwah) Pak meninggal accident motor.
Ataupun beritahu dia yang aku dah janji dengan Nuar adik aku, bulan depan aku nak suruh dia order motor electric dari China. Nuar ada kedai basikal kat Shah Alam, dia banyak jual basikal dan motor pelik-pelik. Yang aku tersuka fatbike tu pun sebab Nuar lah, Raya tahun bila tuh dia bawak balik, aku try dan tersuka. Aku dah terbayang yang akan datang aku pergi masjid naik motor elektrik, macam buggy lebih kurang tapi ada seat untuk penumpang, jugak ada tempat letak barang. A cross between beca roda tiga dan buggy, memang gempaq lah kalau orang kampung tengok nanti, sesuai untuk dibawak ke ladang. Tapi, kalau ditengok dari belakang, what with me pakai ketayap and all, sure nampak macam orang Amish nanti tuh.
Satu per satu cerita politik yang MN bukak tapi aku senyap jer.
"Xxx dah jadi datuk, anak dia dah beranak. Nikahnya bulan 5 baru nih, dah beranak dah. Baru berapa belas umur budak tuh. Patut lah Xxx dah tak keluar sangat dah, malu ker orang kampung lah tu"kata MN lagi membuka cerita baru.
Man, that is one sad news sebab Xxx tuh "kesayangan" Mak, kalau Mak ada balik, mesti Mak tanya pasal Xxx, Mak selalu suruh aku bagi itu ini kat Xxx, sebab Xxx tu lah yang pangku (arwah) Pak masa accident dulu tuh, pakaian dia penuh dengan darah.
"Timun tuh dah boleh petik, bergogoeh-gogeh (bergogos-gogos - buah yang banyak, berjuntaian gitu)", MN tukar tajuk. Aku senyap jer, aku ingat, dulu, terakhir dia datang, dia lah yang kata pokok timun aku tuh tak sihat, daun nya kaler hijau pucat, tak akan berbuah nya lah.
"Lawa tembikai awak, tapi biasanya kalau pokoknya lawa, buahnya tak menjadi, tak manis", MN kata gitu.
Ada jer komen nya dia nih, tak pernah nya positif, negatif memanjang, kata aku dalam hati. Malas lah aku jawab kata yang soon bila berputik, aku akan siram dengan air teh hijau untuk kasi manis tembikai tuh,.
"Habih tu awak buat mende jer tak keluar-keluar. Mengalahkan anak dara", kata MN sambil gelak-gelak..
Tension aku tau dak kalau orang tanya gitu. Tadi masa breakfast, bekas Tok Empat pun tanya benda yang lebih kurang sama. Salah aku jugak, patutnya aku pergi breakfast masa orang lain breakfast, ini tak, aku pergi lewat sikit, masa orang tengah sibuk kerja, ke ladang, masa tu lah aku bersenang lenang melepak minum.
Aku baru nak baring lepas balik dari masjid, then ternampak dari kejauhan, Mamat Paki jual kain tuh datang. Mulanya aku fikir nak menyorok, tak nak bukak pintu. Aku pergi kencing, menyorok dalam bilik air lah kononnya sebab sure dia akan intai melalui tingkap, then masa kencing tuh baru terfikir yang buruk nya perangai aku, apa lah salahnya beli kain pelikat yang RM 30 tuh, niat tolong Mamat tuh. So aku masuk bilik ambik duit. Bila aku bukak pintu, tengok-tengok Mamat tuh dah blah, tak kuasa lah aku nak panggil dia. Tak apa lah, aku sure yang lain kali, esok lusa dia akan datang lagi.
Dah pukul 6 lebih, MH datang, nak ambik daun pisang untuk Chu. Ramai tetamu aku harinih ekekeke.
"Awak tengah buat Forex ker?", MH tanya aku dari luar rumah. Bagus dia nih, sokmo lah ingatkan aku memorex.
"Haah", terus lah aku jawab gitu. Sedangkan masa tuh aku tengah praktis baca Quran untuk malam nih.
Tak lama tuh aku turun sekejap, suruh dia petik cili, cabut kangkung dan petik timun. Dah boleh dipetik timun tuh rupanya, patutlah tadi MN macam nak jer tapi aku kata masih kecik. Memang lah kecik, sebab tengok dari kejauhan. Bengap sungguh lah aku nih kadang tuh.
Sebelum Maghrib ada pengumuman, Ustaz tak dapat datang malam nih, sebagai ganti, ada majlis Sembahyang Hajat dan Tahlil.
Yayyyyy
Ooppssss