Dengan berat hati nya aku ke kebun pagi nih walaupun semalam hujan turun. Aku kena bersihkan jugak semak samun sebab weekend nih aku nak ke KL, kalau tak dibersihkan sekarang, terbantutlah pertumbuhan kacang harimau aku. Itupun aku tengok yang mana lama ditenggelami air, macam dah tak membesar dah sedangkan kacang yang di kawasan tak bertakung airnya, dah merimbun.
Aku tak kisah sangat pun jagung terbantut sebab cuma sikit aje, yang lain tuh nampak gayanya membesar elok. Infact minggu depan rasanya dah boleh petik dah, kejap aje rasanya tanam, dah menghasilkan hasil.
Sabar jer lah menengok keadaan pokok kacang yang dah lah penuh semak samun, air bertakung, macam nak tak nak jer membesar.
Itu segerombolan jagung yang terbantut pepbesarannya, sebab kawasan rendah, air bertakung sepanjang masa.
Tengah aku ralit buat kerja, Tok Siak masjid datang, suruh aje dia cabut kangkung yang banyak tuh. Jugak suruh dia ambik cili. Dia nih bagus, tiap kali aku beritahu dia yang ada tanaman yang boleh diambil, dia akan datang, dia tahu yang kalau dia tak ambik, tanaman tuh akan terbiar gitu aje.
Towards Euro session, semua pairs yang melibatkan British Pound turun, aku ada a few positions. Keluar aje dari masjid Asar tadi, aku check cellphone, terkejut aku bila tengok floating loss aku jadi 0.71 ETH (710 000 EIT) , bila baca news, rupanya masalah Brexit tuh semakin parah, ada a few Menteris yang resign katanya. Aku pulak, bila market dah "bottoming" gayanya, masuk lagi a few entries. Sambil tuh on kan news feeds. Tak nak cakap banyak lah, British Pound slumps. Dan sebelum Maghrib, floating loss aku jadi 2 ETH lebihkurang, tak pernah sebesar itu. Aku dah macam, ah, redho jer lah (that sounds familiar), dah tak boleh nak buat apa-apa. Just hoping kalau-kalau ada good news out of the UK.
Masa Kuliah Maghrib aku glance gitu-gitu jer lah, tak ada gaya macam British Pound nak bangkit semula. Dan sebelum tidur aku close kan a few positions, aku cut loss, just incase price turun lagi banyak. Mungkin kebetulan kot tapi Bitcoin dan altcoins lain pun kena slaughtered jugak. Tapi aku suka kalau Bitcoin dan altcoins turun, kalau boleh biar turun banyak-banyak, boleh aku reload nanti tuh. BCH yang aku withdrew semalam, value dia dah turun jadi USD 500 lebih aje dah tapi tak apa sebab aku tak nak cash kan pun.