Wednesday

SelasaRabu2021November2018

Selasa 20 November 2018

Awal pagi aku dah keluar, mula tuh jemput Chu, nak hantar kuih ke masjid for acara sempena Maulidur Rasul. Tak lama pun kat masjid, nak register mulanya sebab semalam tuh ada dibuat pengumuman supaya semua yang hadir untuk register, lagipun ada cabutan bertuah. Masa register dari 7-30 sampai 8-30 pagi, tapi, pukul 8, Minah yang pegang buku register pun belum sampai.

So kitaorang terus lah ke Pekan Sari Sungai Ruan, ingatkan banyak barang yang Chu nak beli sebab semalam berapa kali dia talipun mengingatkan aku untuk bawak dia ke Sungai Ruan. Lepas tuh kitaorang breakfast kat kedai Samad, then hantar Chu balik. Aku terus aje lah ke masjid tapi macam tak ramai orang, aku perasan yang kat Pekan Sari tadi ramai jugak orang penting masjid yang datang .

Terus aje lah aku balik, nak ke kebun dah lewat so melepak aje lah. Nak layan Forex, tak terlayan, tak ada yang boleh dilayan. Brexit masih gitu jugak, penuh dengan drama.

Aku ke masjid awal sikit, dengan harapan ada lah sesiapa ternampak aku dan ajak makan, tapi rupanya diaorang makan awal, so by the time aku sampai, dah tak ada apa dah. So makan kat kedai sebelah masjid tu aje lah.

Cuaca mendung tapi tak ada gaya macam nak hujan, dah lama dah tak hujan nih, mamposlah tanaman aku kekeringan sepanjang aku di KL nanti. So petang nih aku ke kebun sekejap, menyiram mana-mana yang perlu disiram.

Tak ada Ustaz malam nih, memang aku dah agak dah. Aku tak keluar makan pun lepas tuh sebab kenyang, petang tadi dah makan jagung sama limau oren yang aku beli pagi tadi.

Rabu 21 November 2018

Lapar lah pulak sebab semalam tak makan, so awal pagi aku pergi breakfast harinih. Bersemangat tuh sebab ini hari terakhir berkebun sebelum ke KL, so nak pulun lah sikit. Esok pun sempat lagi tapi harinih kira full day lah, walaupun kerjanya cuma a few hours jer.

Tapi itu lah, kita cuma mampu merancang, ada jer halangan yang membuatkan aku tak dapat nak memulun kerja kat kebun. MakCikM tokay kedai runcit tuh panggil aku ajak sembang, dia nak pergi Umrah minggu depan. Mula nya sembang-sembang gitu aje tapi bila dia tanya pasal aku, melarat-larat lah ceritanya, sebab dia banyak sangat tanya. Sampai ke akar umbi. Sejam lebih aku bercerita, menjawab pertanyaan dia, sebab dia nih lebih kurang macam mewakili kaum ibu kampung nih, selalu dia kata, "kome nak tahu, kome pelik, yang kome tak pahamnya, kome tertanya-tanya" etc. Macam bangga jer dia bila dia tanya aku, kat siapa aje aku cerita kisah aku, dan aku jawab yang tak ada sangat pun yang tahu details, even Mak, keluarga aku, Chu, diaorang tak tahu pun cerita aku.

Cuma bila dia tanya apa plan aku seterusnya, tak kan nak duduk di kampung tak buat apa, ha, itu aku tak cerita apa-apa. Malu lah, takut-takut tak jadi, takut jugak dilabelkan macam Mat Jenin. Iyalah kan, dengan keadaan aku sekarang yang macam ini nih, tak ada apa-apa. Buat masa sekarang I am just an ordinary village idiot.

Sempatlah jugak aku buat kerja sesikit kat kebun, menyiram, membaja, mencabut rumput, menyangkul etc. Friday nih Ida nak balik, aku dah suruh dia petik jagung, timun, cili, cabut kangkung etc, serabut sangat menengoknya, tension aku kalau menengok hasil tanaman aku tua dan buruk begitu aje.

Aku tengah buat air kat dapur bila aku nampak posman masukkan surat kat mail box, dia blah aje terus aku berkejar pergi ambik. Alaaaaa, aku ingatkan barang yang aku order, rupanya surat Takaful. Alaaaaaaaa!

Again, gaya macam nak hujan petang nih tapi tak hujan jugak. Tak apa lah, esok pagi aje lah aku menyiram. 

Ada Tahlil malam nih so mengaji dikansel, mulanya Tahlil tuh nak dibuat lepas Isyak tapi Pengerusi Masjid ada hal apa tah. Ker kat tv ada bola? ekekekeke

Masih tak ada peluang untuk aku masuk new entries, so aku tak dapat buat apa-apa lah, dah 2 minggu tak ada peningkatan jumlah dalam accounts aku, tak apa lah. Bitcoin dan altcoins lain semuanya turun, macam susah nak percaya jer sebab dulu tuh bukan main lagi orang bullish pasal cryptocurrencies. Kalau turun lagi banyak, lagi ok. Akhir bulan depan aku nak buat audit, aku rasa ada balance duit yang aku berjaya jimat kan sepanjang aku duduk di kampung so aku nak gunakan duit tuh untuk top up accounts aku, atau bukak account baru. Baru lah best nanti bila trade guna modal yang besar.