Masa tengah drive balik dari masjid Subuh tadi aku pasang radio, adalah DJ tuh kasi macam motavasi awal pagi, "go out once in a while....." kind of thing untuk buatkan hidup kita lebih ceria. Aku setuju lah jugak dengan motivasi tuh walaupun sebagai seorang Islam, aku rasa banyak cara lain untuk mewarnakan kehidupan seharian. My daily life is not dull, kalau zaman-zaman jahiliah dulu mungkin lah aku rasa hidup aku mundane jer tapi aku rasa hidup aku tenang jer sekarang nih.
Bertitik tolak dari itu, aku buat keputusan untuk ke Pekan Sari Sungai Ruan, nak tengok dunia luar lah sikit kononnya. Ekekekeke dunia luar aku tak sampai setengah kilometer pun jauhnya. Dah lama tak ke sana, aku pun tak ada nak beli apa, so apalah salahnya jalan-jalan sekejap, boleh jugak jumpa orang.
Tengah meround tuh ternampak stand Cina jual Aloe Vera products, terus aku ikut jalan lain, takut nanti terbeli pulak products tuh macam dulu. Yang aku beli dulu tuh dah habis segelen.
Aku nak ke tempat orang jual buah, ada pulak demonstrasi menunjukkan cara-cara guna multifunction mixer. Terberhenti aku sebab selama ini aku memang nak cari mixer macam tuh, yang bukan aje boleh buat smoothie, juice etc, tapi jugak boleh mix, kisar, blend benda-benda lain jugak. Walaupun instruction nya in Chinese (dan yang mendengarnya semuanya Cina) tapi mata aku tertumpu kat mixer tuh yang memang aku hajatkan selama ini.
Aku nih memang jenis yang malas berusaha, walaupun aku hajatkan sesuatu, aku tak pergi cari, aku tunggu benda tuh datang depan batang hidung aku. So in this case, food mixer tuh datang menyerahkan diri depan aku, so tak nak cakap banyaklah, aku keluarkan RM 170 untuk bayar.
Ok, now that aku dah ada mixer, kena lah beli bahan-bahan untuk digunakan, so beli 2 dozen oren, seguni 10 kilo carrot (jadi kaler oren lah taik aku nanti minum carrot juice banyak), sekilo halia Bentong (aku boleh buat ginger powder sendiri). Mulanya nak beli peeled garlic, tak payah susah-susah nak kupas dah, tapi bila mengenangkan yang mungkin air basuhan bawang puitih tuh bekas air mandian anak babi, tak jadi aku beli. Nak peel sendiri lah nanti.
Aku tak rasa macam guilty pun mengusung barang tuh untuk dibawak ke kereta walaupun dalam hati aku kata, dang, tewas jugak aku rupanya. Round kedua aku beli perkakas kelengkapan rumah (wall clock etc), nak counter rasa bersalah yang ada terselit di hati aku, walaupun sedikit cuma.
Then ke kedai peralatan pertanian, mulanya nak tengok-tengok benih aje tapi habis juga dalam seseratus Ringgit beli baja.
Kejap jer, jadi macam bodoh jer masa aku breakfast bila mengenangkan dalam RM 500 duit melayang beli barang. Damn DJ yang kasi motivasi tadi tuh! ekekekekek
"Mat nyer park situ?", MN tanya aku sebab aku park kereta jauh sikit, bukan kat tempat biasa. Sebenarnya sebab aku tak nak dia ternampak barang-barang dalam kereta aku tuh.
Walaupun belakang aku masih sakit tapi aku ke kebun jugak (masa kat Sungai Ruan tadi tak pulak rasa sakit), buat apa-apa yang patut. Menanam 2 baris kacang, itupun aku cangkul perlahan-lahan jer.
MN tak datang dah lepas Zohor so ada lah peluang aku untuk mencuba mixer yang aku baru beli tuh. Masa Cina tuh tunjuk tadi, rasa macam senang jer jadinya tapi bila aku nak buat carrot juice, terkial-kial nak guna. Manualnya pulak tulisan Cina semuanya, barang perbuatan Cina mixer tuh.
Macamana pun, selepas bersepah sana sini, siaplah jugak satu jug carrot susu, esok buat orange juice pulak. Dapat pulang modal gunakan mixer tuh ok dah, lepas tuh kalau aku tak guna lagi pun dah kira ok.
Syukur sebesar-besar syukur, masa Kuliah Maghrib tadi hujan turun, tak lebat tapi berpanjangan. Aku nak kasi payung kat sorang jemaah yang naik motor tuh pun dia tak nak, dia kata dia nak naik motor dalam hujan sama anak dia sebab rindu sangat dah lama tak hujan.