Saturday

Sabtu 26 Januari 2019

Bangun pagi tadi aku rasa sakit perut, bukan sakit dan nak terberak tapi rasa sakit kat dalam perut, usus kot? Nyaris tak ke masjid for Subuh tapi aku kuatkan semangat knowing yang aku tak mungkin akan berak terburai sebab as I said, bukan sakit perut nak terberak.

Lepas Subuh aku melepak sekejap, then ke rumah Chu untuk bawak dia ke Pekan Sari. Punyalah siksanya menahan kesakitan (tak ada lah sakit sangat pun tapi aku nih jenis manja gituh, sakit sikit pun beria-ia sangat). Tak lalu nak makan, so temankan Chu aje lah. Sabar jer lah, Chu pulak, jalan dua tiga langkah, bersembang, jalan empat lima langkah, tegur orang. So aku beritahu Chu yang aku tunggu kat kereta aje lah, dah selesai membeli-belah, call aku. 

Balik rumah aku terus landing kat sofa, bila aku tekan-tekan perut, baru lah rasa lega sikit, tapi kalau tak tuh, sakit semacam jer. Fikir-fikir balik, salah makan ker? Ker terbanyak makan? Apa yang aku tahu, sesehari dua nih aku makan banyak buah-buahan, nenas, manggis, rambutan, jagung, kacang harimau. 

Aku tertidur akhirnya, then tersedar bila ada orang beri salam. Ariff rupanya, dia nak cili. Dulu aku ada beritahu dia (ternampak dia beli cili kat Pekan Sari), kalau nak cili, petik jer kat kebun. Alhamdulillah perut aku dah hilang rasa sakitnya. Nak tergelak pulak rasanya bila memikirkan yang betapa lemahnya aku nih, sakit perut sikit pun merintih-rintih. 

Dapat jugaklah mencabut a few baris kacang yang batas nya aku dah siram petang semalam.

Then pergi khenduri kat Kampung SC, kampung sebelah. Lawa-lawa, besar-besar, rapat-rapat rumah kat situ, kawasan orang kaya, orang pencen, orang kerja gomen. Muka-muka sama jer yang datang khenduri tuh, yang berjemaah kat masjid. So semuanya aku kenal lah. 

Siap ada door gift lagi, buah nenas sebijik sorang. Aku tak ambik sebab kat kebun pun dah banyak pokok nenas.

Petang nih selang seli kan dengan mengopek kacang untuk dibuat benih. Kadang aku macam pelik aje sebab aku nih walaupun "tak ada kerja" tapi aktiviti aku seharian tuh padat, kejap jer dah malam.

Kelas Tasauf macam biasa malam nih, jamuannya roti canai. Sebab Ustaz tuh nak cepat, dia tak makan kalau dihidangkan nasik/lauk, itu yang pihak masjid cuma sediakan makanan ringan aje bila malam Ustaz tuh mengajar.

Walaupun cuma setengah keping (dipotong dua) roti canai yang aku makan tapi aku tak makan kat luar dah. Cukuplah dengan apa yang ada tuh. Qana'ah nya aku, kan? ekekekekek