Balik Subuh tadi aku baring-baring kat sofa, sedar-sedar dah 8 lebih, terus bergegas ke rumah Chu untuk bawak dia ke Pekan Sari. Cousin aku ada datang rumah Chu tadi tuh tapi sebab dah janji dengan aku, Chu tak ikut diaorang untuk ke Pekan Sari.
Dapat lah lama sikit aku pagi nih sebab cousin aku tuh yang akan hantar Chu balik, so aku ke stand tempat sedara aku berniaga, aku tolong dia jual petai. Best jugak. Dan dapat upah seikat petai. Too bad aku tak boleh lama-lama kat situ sebab nak ke kebun. Cuaca redup, memang best buat kerja.
Dah tahu yang gaya macam nak hujan sangat tapi aku naik fatbike jugak ke masjid, habis sembahyang hujan pun turun, sedangkan aku nak ke rumah Chu untuk lunch. Mulanya nak lunch kat kedai aje tapi bila mengenangkan yang ramai sepupu aku dari Raub yang turun, tak patut lah pulak kalau aku tak join diaorang, itu yang aku redah jer berkayuh ke rumah Chu. Aku sampai jer, hujan berhenti. Story of my life memang gitu.
"Dah dekat setahun saya duduk kampung, ini kali pertama makan kat rumah Chu", aku kata gitu sambil gelak-gelak bila cousin aku tanya samada aku selalu makan kat rumah Chu. Dia tak percaya.
Aku makan kat kedai, masakan nya setakat ala kadar gitu, kan? So bila makan masakan Chu, aku rasa sedap sangat, sampaikan aku bertambah nasi, dan aku cuma makan dengan kuah aje sebab sedap gila kuah lemak tuh. Sempat aku tersedih sekejap bila aku rasa terkesian dengan diri aku sendiri, betapa aku selama ini redha dengan kehidupan aku yang macam nih, ada sifat Qanaah (redha dan bersyukur dengan apa yang ada) tak kat diri aku, macam yang aku belajar kat Kelas Tasauf tuh.
Aku mintak diri sebelum yang lain-lainnya sampai, suami masing-masing. Yang sampai tadi tuh, sepupu-sepupu aku (perempuan semuanya) diaorang naik satu kereta, geng-geng suami akan menyusul kemudian sebab masing-masing sibuk. Aku blah awal tuh bukan apa, aku tak nak aku akan lebih terkesian dengan diri aku sebab diaorang tuh semuanya orang ada-ada, aku jer yang tiada apa-apa.
Since tadi hujan (walaupun tak lebat) so petang nih aku tak ke kebun. Aku teruskan kerja mengopek kacang. Kat muka pintu. Sambil makan rambutan, manggis.
"Cukup ker makan sebanyak tu, tak lapar ke sampai ke pagi esok?", Chu tanya aku masa nak balik lepas Isyak tadi, sebab cuma makan setengah keping roti canai. Jamuan malam Ahad memang tak heavy.