Monday

Isnin 28 Januari 2019

Memulakan minggu nih, tak macam minggu lepas, aku rasa macam tak best aje, aku tak tahu apa yang buat rasa macam tak best tuh tapi aku rasa semangat aku macam kurang gitu. Mungkin sebab mengenangkan yang aku terpaksa bekerja dalam panas terik, mencabut kacang kat tanah yang berbatu dah jadinya tuh, jugak menyangkul. 

Mungkin jugak sebab MN ada meneruskan kerja mengecat, yang aku harus layan dia. Minggu lepas aku rasa macam best sebab bebas gitu, tak ada nak fikir apa-apa. Tapi minggu nih segalanya akan terbatas. Sepanjang batas kacang harimau.

Agaknya sebab kuat sangat aku menghayun cangkul, bertubi-tubi pulak tuh, belakang aku jadi sakit, urat aku terbersimpul, atau jadi tegang agaknya. Masa nak Zohor tadi baru aku terperasan dan terasa kesakitannya. Nak membongkok sakit, nak gerakkan badan pun sakit. 

Dulu-dulu pernah jadi macam tuh, masa aku pulun buat kerja, dan kurang minum air. Biasanya empat lima hari baru hilang. So melepak aje lah aku lepas Zohor, terbaring kaku, nak gerak kiri kanan pun sakit. 

Aku tak ke kebun pun lepas Asar, lantaklah tanaman kekeringan sampaikan bergulung-gulung daunnya. Segerombolan tembikai aku tuh dah tak dapat diselamatkan, dah tinggal nyawa-nyawa ikan gayanya, nasib baik ada gerombolan yang lain yang nampaknya macam akan menjadi, InsyaAllah.

Since banyak masa kat rumah, aku dapat fokus kan kat Forex, slowly but surely jer account aku berkembang, aku cuma ada 8 USDJPY positions. Bila aku closekan satu dua positions, tak lama tuh aku akan masuk entry baru. Sekali sekala aku cilok jugak masuk GBPJPY dan EURJPY.

Mengaji malam nih ok jer, tak ada sangkut pun walaupun aku masih tak puas hati dengan suara aku yang bunyi gementar jer sepanjang bacaan. Macamana aku nak kasi biar konfiden tuh tinggi, hah? Orang lain tuh (kecuali seseorang berdua), rileks jer baca, tak ada terketar-ketar pun.

Alhamdulillah aku sekarang dah tak ada masalah nak tidur, buat seseminggu ni lah. Aku on kan cellphone aku dengan apps bacaan Quran tuh, aku pasang Surah Al-Baqarah sebab itu surah terpanjang. Bila aku terjaga, aku "rewind" kan surah tuh, itu lah yang aku buat biasanya. Dan bangun pagi pun Alhamdulillah tak ada masalah, bunyi jer alarm, terus aku bangun.