Saturday

Jumaat 1 Febuari 2019

Cuaca mendung awal pagi nih, tak lama tuk hujan rintik-rintik, hampir aku kansel plan aku untuk ke kubur (arwah) Pak. Nasib baik dalam pukul 9 tuh cuaca dah ok so teruslah aku ke sana. Dua tiga hari lepas adalah Hamba Allah nih yang ambik gambar kubur yang pokok-pokoknya dah mati kekeringan, so aku macam terkesan lah dengan komen yang berbunyi seolah-olah aku tak pedulikan keadaan kubur tuh. Minggu lepas ok lagi pokok-pokoknya walaupun ada tanda-tanda yang ajalnya tak berapa panjang. So missi aku pagi nih, untuk tanam pokok kat kubur.

Aku ke nursery yang tak berapa jauh dari kubur, dalam 1 km gitu, ambik 2 pokok , tak tahu pokok apa, tapi pokok yang biasa orang tanam kat kubur tuh. Terbeli jugak 2 anak pokok limau Sunkist, limau oren yang aku semai dulu tuh tak membesar, dah berbulan-bulan dah tapi tetap macam tuh. Mati nya tak jugak.

Dan biasalah, ada lah benda-benda lain yang aku terbeli. Aku nih memang lemah kalau dengan kedai-kedai pertanian.

Harap-harap hidup segarlah pokok-pokok yang aku tanam tuh, aku taruk baja, siram dengan air Yasin yang fresh aku baca masa kat kubur.

Then kawan kat Cherating talipun, mintak nombor akaun sebab dia nak bayar hutang yang dah bertahun janji nak bayar tapi tak dibayar jugak. Rupanya dia dapat bonus Raya Cina so itu yang dia nak settlekan. Alhamdulillah, aku memang tak sangka pun dia akan bayar walaupun dalam 4 orang yang kat Cherating yang hutang dengan aku, dia ajelah my only hope untuk bayar hutang. Yang lain tuh, halalkan aje lah.

Singgah kat kedai sebelah masjid nak breakfast tapi makanan untuk breakfast dah habis, so terus aje lah lunch. Dah malas ke kebun, aku mengopek kacang aje lah, kat muka pintu. Bosan-bosan aku baring, then sambung lagi. 

Then ada motor masuk gate, ada budak muda tanya Mak, aku kata yang Mak tak duduk sini, Mak kat Pondok. Mamat tuh kata di ingatkan Mak ada, dia nak jual ikan sungai yang dia baru tangkap, biasanya dia jual kat Mak, kata dia macam tuh. 

"Saya tak masak, makan luar jer", aku kata gitu bila Mamat tuh nak jual kat aku.

Kesian aku menengoknya, aku tak pernah nampak/jumpa pun Mamat tuh sebelum nih tapi menurut kata dia, dia biasa sangat dengan Mak, tambah-tambah masa Mak duduk kat kampung dulu, masa Mak ke surau setiap hari. 

Terfikir jugak aku, budak-budak hisap gam, dadah, memang ramai kat kampung nih, diaorang nih biasanya cakap "bagus" jer, dan menengok kan keadaan Mamt tuh, dia fits (no pun intended) sebagai one of them, dengan pakaian tak terurus, ada beg, motor buruk  etc.

Tapi aku kena bersangka baik. 

Nasib baik aku teringat yang baru kejap tadi kawan aku kata nak bayar hutang, so apa lah salahnya aku hulurkan Mamat tuh sesikit. So aku kasi dia RM 20, dan aku suruh dia jual ikan tuh kat orang lain. 

Panas gila hari nih, balik dari Sembahyang Jumaat aku terus tidur, panas-panas gini tidur aje lah best nya. Lepas Asar baru lah ke kebun, menyiram.

Malam nih ada Tahlil Kesyukuran sempena Sultan Pahang jadi Agong.