Thursday

Khamis 31 Januari 2019

Cuaca redup jer pagi nih so nak buat kerja pun bersemangat. Aku tak menyangkul/menanam kacang pun hari nih sebab nak break dulu, rasanya macam dah banyak baris kacang yang aku tanam. Instead aku kemaskinikan polybags yang masih tak ada tumbuhan di dalamnya, yang ada merata-rata. Di sana sini. Banyak jugak polybags yang free sebab either tanaman yang aku tanam tak tumbuh atau polybags yang dah aku gantikan isinya, sabut, tanah, tanah hitam.

Semalam aku baru tahu yang apa pasal benih yang aku tanam dalam polybags (ada dalam 12 bags) tak pernah tumbuh, walaupun aku gantikan dengan benih lain. Rupanya kat situ jadi playground ayam-ayam, petang semalam aku ternampak yang setiap polybags tuh ada ayam duduk macam nak bertelur. Itu yang aku alihkan polybags tuh semua ke tempat yang lebih open.

Pet ada datang bayar duit kelapa yang dia kait ituhari. Zohor tadi terus lah aku masukkan duit tuh ke tabung masjid, on behalf of arwah Pak. Kalau lah dapat duit dari MatKelapa, tentu banyak lagi yang boleh didermakan tapi apa nak buat, so far sesen pun tak dapat, dan aku pun tak mengharap dah.

Sebab dah lama sangat tak berbasikal keliling kampung, lepas Asar tadi aku sekejap jer menyiram, then terus cycle dari hujung ke hujung kampung. Tersermpak dengan MH, dia ajak melepak mengeteh tapi masa tuh aku dah nak balik.

"Tak ada sapa balik cuti nih, tak daya jam jalan", kata Chu, masa menjemput dia untuk ke masjid malam nih. 

"Chu rasa nak buat makan-makan, nak ajak orang Raub (sepupu-sepupu aku) tengahari Sabtu nih, awak datang lah, biar ramai sikit", kata Chu lagi.