Tuesday

Isnin - 23/1/2012

Adusss, aku bangun pagi tadi, tekak aku rasa kering, hidung tersumbat, batuk-batuk lagi. Sah lah aku tak sihat. Dahi pun panas aje. Ketiak apa tah lagi, kan? Itu lah padahnya dua hari berturut-turut merempit. Kat area Bukit Bintang pulak tuh.

So aku tunggu lewat sikit, nak tengok macamana keadaannya, sebab aku cadang nak balik Raub pagi nih. Dah dekat tengahari aku masih tak berapa sihat so kansel lah balik kampung. Aku tidur aje lah. Memang aku ngantuk sangat pun sebab semalam pukul berapa tidurnya. Cadangnya nak tunggu Forex Market bukak tapi tertidur, nasib baik tersedar 15 minit sebelum Broker bukak kedai.

As expected, "prediction" aku betul lagi (dah 3 minggu berturut-turut), Euro ada gap ke bawah. Dalam sesetengah jam lepas tuh baru aku masuk position, satu demi satu. Sebab aku yakin yang Euro akan naik harinih sebab ada Eurozone's Finance Ministers punya meeting kat Brussel, untuk settlekan pasal debt swap bagi Greece. 

For the last few weeks, or rather months, Euro turun aje kan? Tapi sejak pertengahan minggu lepas Euro buat reversal, mungkin jugak just a normal correction, who knows, tapi aku dah reversedkan positions aku. Dari bearish Euro ke bullish, so itu yang aku taruk a few buy positions tuh. Since Asian session slow, Raya Cina punya pasal, aku tak lah monitor sangat positions aku, aku banyak berihat aje. Bila bukak aje London session, barulah menampakkan hasil, dan bila NY session mula aje malam nih, lebarlah senyum aku pasal benih-benih pips aku menghijau semuanya.

Oklah, itu aje lah, aku masih tak sihat nih.

Sunday

Ahad - 22/1/2012

Semalam kan aku pergi Sungai Wang, apa pasal aku tak bayar internet bill aku? Penyudahnya, tengah malam semalam connection aku kena barred, itu yang terpaksa aku ke Sungai Wang lagi pagi nih. Boleh kalau aku bayar kat Mid-Valley tapi alang-alang terpaksa keluar, baik aku terus aje ke sana. 

Nasib baiklah hari nih Ahad, tak ada Forex. Kalau tak tuh, sure kelam kabut aku dibuatnya.

Sementelah aku di kawasan Bukit Bintang, aku merayau ajelah sampai Pavilion. Aku kalau ke sana, sure aku akan masuk ke Geox, Tag Heuer dan Skechers. Sebab aku akan teringat kat David & King Mongkut, kalau kitaorang ke Roosevelt Field Mall kat Long Island, sure masuk kedai-kedai tuh. Kat Lot 10 pulak, sure aku akan masuk ZARA sebab itu mengingatkan aku kat Carter, dia suka beli pakaian perbuatan ZARA. 

Masuk Low Yat sekejap, semalam masa sembang sama Saizam, ada kitaorang cerita pasal cellphone yang canggih-manggih, so aku saja-saja jer lah pergi survey mana yang best. Walaupun aku tak ada duit nak tukar cellphone tapi elok jugak kalau aku tahu perkembangan mana yang patut. Buat masa ini aku ok jer guna phone seratus inggit yang tak ada camera nih, aku pun bukannya guna phone sangat, dalam seseminggu tuh biasalah kalau phone tak berbunyi langsung. 

Pelik jugak aku sebab masa aku kat US dulu, pantang ada model baru, aku sure akan tukar cellphone. Tapi bila kat Malaysia nih, I don't give a fuck pun pasal benda-benda gitu. Masa aku makan tadi for example, mamat yang duduk meja kat depan aku tuh, "lawa" jer tangan dia dengan jam dan cincin yang merelip. Terfikir gak aku, lama dah aku tak pakai jam tangan, dan sejak insiden jari aku bengkak dan cincin terpaksa dipotong guna pemotong cincin (masa aku kat US dulu. Siangnya aku melepak kat Central Park, aku ingat yang aku ada kuis daun-daun/pokok gatal, sebab itu kot jari aku bengkak) aku dah tak pakai cincin dah. 

Bila lah agaknya aku nak "macam bergaya" sikit? Bukanlah aku nih zuhud orangnya tapi aku dah tak kisah langsung pasal nak memeresentablekan diri aku di khalayak ramai. Aku kat Malaysia, bukannya kat New York lagi kan? Kadang tuh aku rasa aku nih macam perempuan lepas bunting, yang dah tak kisah dah pasal paras rupa dia, biarlah perut menggelebeh, biarlah tetek melurut, apa dia kisah, kan? 

Ituhari masa kat Tadika, adalah one of the boys yang selalu aku layan tuh, dia kata, "Buruknya kasut Teacher". Sentapz jugak aku dibuatnya tau dak?  

The rest of the day tak buat apa pun, online dan tidur aje. Petang baru aku kemas-kemaskan apa yang patut. Masa housemate aku tak ada kat rumah jer aku jadi rajin mengemas, kemas-kemas dapur, bersihkan/buang apa-apa yang patut, yang penuh dalam fridge tuh.


It's 8.25 pm masa aku menulis nih, tidur dah puas tadi, tak kan aku nak berjaga sampai Forex market bukak pukul 6 pagi nanti, tapi aku gila tak sabar nak tunggu. Aku rasa Euro akan gap ke bawah kot pasal Greece punya debt swap proposal macam tak ada jalan penyelesaiannya jer. Tapi, esok ada Eurozone Finance Ministers punya Meeting, mungkin Euro akan naik. Hope I'm right again lah kali ini. 

Esok balik Raub, mungkin tengahari sikit kot.

Sabtu - 21/1/2012

Walaupun aku berjaga sampai awal pagi jugak tapi lepas Subuh aku tak sambung tidur. Instead aku ke tasik Amcorp Mall, jogging. Dapat seround jer, selebihnya aku jalan-jalan aje. Macam orang tua-tua yang lain. 

Pekena nasi lemak kat sebelah tasik tuh for breakfast, by 10 aku dah sampai balik kat rumah. Lepas mandi baru lah aku sambung tidur. Petang ke Portugese Grille, MidValley, sebab bosan sangat kat rumah sorang-sorang. Nak online pun line slow macam cipet. 

It was about to rain bila aku keluar nak ke Bukit Bintang. Turun kat Central Market, then menyusur Chinatown, saja jer lah nak dapatkan "aroma" Raya China. Jeles gila aku tengok ramai mat salleh travellers/backpackers, wish aku boleh turn back the clock jadi macam diaorang, macam aku dulu-dulu, inter-railing dan backpacking kat Europe for months and months. Deep down aku tahu yang InsyaAllah aku akan menggembara macam diaorang jugak lagi, dalam masa 2 tiga tahun akan datang. 

Lepas Maghrib kat surau Bukit Bintang Plaza, aku boleh tertengok show sempena Tahun Baru China, yang nyanyi lagu-lagu opera Cina. Memang tak ada kerja, tak tahu nak buat apa, tak tahu nak ke mana. I was ready nak balik bila Saizam talipun, terus aku setuju pergi makan sama dia. Dia tunggu aku kat Sentul Timur LRT, then kitaorang ke Kampung Baru, makan satay Minang sesambil sembang-sembang. Dalam pukul 11 setengah baru aku balik.




P.S 


Eh Dear Diary, apa pasal aku macam tak bersemangat aje nak tulis in details macam dulu-dulu tu hah? Bukannya aku tak ada apa nak tulis, tapi aku macam malas gitu. Kalau dulu aku rasa blog aku lah blog paling best (if I may say so myself lah kan Dear Diary?) tapi sekarang nih macam 
bland aje blog aku. 



Tak apa lah, as for now I'll just keep kicking the can down the road because my life is exactly like that - I have nothing else to do.

Saturday

Jumaat - 20/1/2012

Harinih aku tak kena mengajar, aku cuma kat Kelas Kak Teh aje, tolong-tolong tengokkan budak tuh mana yang patut. Ramai yang tak datang harinih, mungkin sebab ada yang keluarga diaorang nak balik kampung awal-awal kot sempena cuti Chinese New Year. Tadika nih tutup for a week nanti. Mamposlah bila bukak nanti, sure ramai yang menangis-nangis lagi pasal lama bersama keluarga. 

Aku decided nak balik ke Bangsar awal sikit dari macam minggu lepas, aku siap bawak balik a few Buku Latihan Mathematik Tambahan Tingkatan 4, dengan niat nak go through buku-buku tuh sebab aku rasa aku akan ada banyak masa nanti nih. Tapi deep down aku tahu yang buku-buku tuh akan terperap dalam bag aku jer lah kot? Sembahyang Jumaat kat Masjid Country Homes, then had briyani for lunch. Gila ramai orang masa dalam kommuter, ramai budak-budak sekolah yang balik dari asrama. 

Tension aku dibuatnya bila online aje dari rumah, tak dapat connection. Celcom memang teruk habis, kan? Aku rasa macam nak tukar provider lah, nak cuba-cuba Digi lah pulak kot. Tak tahan aku kalau macam nih, walaupun aku dah jarang guna broadband sebab kat Rawang guna Teh punya connection, tapi bila aku on my own, kat mana-mana, broadband ni lah yang aku terpaksa guna. Sampai aku dah bersiap-siap nak ke Old Town White Coffee kat UOA Building tuh, nak guna wifi kat situ untuk online. 

Ingatkan nak berjaga sampai pagi sebab nak monitor Forex tapi memonitor sambil baring, kejap aje lah aku terlenanya. Memang kat Bangsar nih memang sedap tidur lah, housemate aku tak ada pulak sebab balik kampung seminggu. Aku pun nak balik jugaklah, InsyaAllah Monday kot. Pasal aku kena standby, Saizam, pengikut tegar aku, dia ajak makan-makan macam dulu tuh, either esok atau lusa. Dulu pernah sekali janji macam tuh jugak, tapi tak jadi pun. Dia lupa kot? 

Aku rasa nak lama sikitlah kat kampung, tak nak tidur satu malam aje. Aku pun tak tahu siapa lagi adik beradik aku yang balik, Teh sekeluarga balik esok rasanya. 

Thursday

Khamis - 19/1/2012

Adess, tadi aku ada habaq yang aku nak break dari blogging untuk sementara waktu. Tah apa pasal aku tertiba-tiba rasa macam tuh, nak kata PMS, tak pulak. 

So, ini aku kembali berblog, setelah hampir 2 jam aku bertelagah dengan perasaan sendiri, samada nak terus menulis atau nak berihat sementara waktu.

Sebenarnya tak ada apa sangat dah yang aku nak tulis. Tapi, kalau diikutkan hati, banyak benda yang nak dicoretkan. So itulah, sorong tarik macam tuh yang buatkan aku terconfused tuh. Without giving any hints whatsoever, aku teruskanlah menulis. You don't have to know a lot pasal aku and I don't have to write everything pasal aku. 

Aku mengajar lagi pagi nih tapi tak lama sebab half of the morning tuh was spent kat padang, suka sangat bebudak main sport. That twin boys anak angkat aku tuh ekkekeke tak datang harinih, demam. Tak best pulak rasanya sebab tak ada orang mengacau aku.  Lagipun, aku dah sediakan kereta mainan (Kak Teh kasi) yang nak dirasuahkan kat twin boys tuh, biar diaorang mula buat kerja, mula nak belajar. Ini tak, asyik nak main aje kerjanya. 

Tapi sebagai seorang yang loving, aku tak ketandusan dengan belaian dan kasih sayang dari budak-budak lain. Ada jer yang nak dukung, nak bermanja-manja dengan aku. 

Forex-wiae aku decided untuk swing trade buat sementara waktu, nak tukar trading style. Mungkin jugak aku nak buat both, intraday dan swing. So, sehingga aku konfiden ke mana arahtuju currencies yang aku nak Trade, aku akan hold dulu Trading aku, mungkin for a few days, mungkin for a week. Sekarang nih aku confused sikit jadinya sebab market pun as I said, kucar kacir. 

Aku tak ke kelas Tuition harinih, instead aku melepak kat rumah aje, menelaah buku-buku Maths dan Science Form 4. Ya ampun, susah gila! Aku cuba-cuba buat exercise kat buku tuh tapi tiap kali aku terpaksa tengok jawapan kat belakang nuku tuh. Banyak yang salah!! Ekekekek Rasa aku lah, dalam seumur hidup belajar, masa Form 4 dan Form 5 lah subjects dia susah sekali kan? Dah lepas tuh nanti semuanya senang aje. 

Bosan, aku keluar sekejap cari makan. Boleh tahanlah kat area nih, ada jer kat mana-mana gerai makan. 

Ok, itu aje lah "yang boleh aku tulis", esok aku nak balik Bangsar lepas Sembahyang Jumaat. Mungkin aku balik Raub jugak weekend nih pasal ramai yang akan balik kot? Teh sekeluarga akan balik, for sure. Rambutan masih ada lagi kot sebab ituhari, masih ada sepokok rambutan yang belum betul-betul masak. Chinese New Year nanti Tadika dan Tuition Center tak bukak so banyak lah hari yang dapat melepak, tapi mungkin Kak Teh nak work on that Tuition Center tuh.

Break Sekejap

Aku break sekejap dari update blog, mungkin untuk seseminggu dua atau lebih kot. Atau kurang. Saja jer......

Wednesday

Rabu - 18/1/2012

1. Harinih aku kena mengajar lagi walaupun Ustazah yang tak datang semalam tuh, ada datang. Aku siap sediakan a few benda yang nak diajar, Bahasa Melayu, Jawi dan Maths. Senang pulak nak control budak-budak tuh harinih sebab masing-masing ralit buat kerja. Cuma aku terpaksa meriba one of the twin boys yang tidur, dari mula masuk kelas, sampailah waktu nak makan. Sampai kebas-kebas kaki aku dibuatnya, budak tuh siap berpaut kat leher aku lagi, bila dia tersedar dari tidur. 

Lepas makan aku bawak diaorang berdua, sama another boy yang ada masalah, ke bilik kosong, nak kasi diaorang ralit buat apa yang patut. Sebab kalau kat Kelas tuh, diaorang nih mengganggu jer kadang tuh. 

2. Masalah aku setiap hari, aku mengantuk sangat bila habis Kelas, dalam pukul 12.30 tuh, mungkin jugak sebab cuaca panas sekarang nih. Aku pun setiap pagi bangun pukul 6. 

3. Aku rasa aku kena tukar my trading style lah, for the last few days especially, aku banyak buat silap. Yang buat hanginnya, aku selalu betul baca sentiment Traders (based on all the fundamental news dan data yang keluar hari-hari) tapi aku selalu hold my positions lama sangat sampaikan price buat reversal. Then, dari untung, jadi rugi. Itu yang aku kena baiki tuh. I don't mind if I have to revamp the whole thing, ataupun berhenti sekejap from Trading. Sebab price pun macam kucar kacir sekarang nih, turun naik yang tak berapa clear arah tujunya. 

4. Aku ikut Teh/Kak Teh ke Tuition Center diaorang malam nih. Memanglah kuat kerja dan gigih Teh sama Kak Teh nih pasal setiap hari diaorang ambil dan hantar a few of their students yang pergi tuition. Malam nih budak primary school, ada 26 students semuanya. Ada ramai yang dah "ikut" Teh/Kak Teh sejak umur 4 tahun (sejak Tadika). Sekarang baru aku tahu yang teaching, buat tuition is a lucrative business. 

Aku tak buat apa pun, tengok jer diaorang, sesambil tuh online yang cukup slow connectionnya. Aku terjumpa buku Growing Up In Trengganu by Awang Goneng (husband Kak Teh blogger famous tuh).

Tuesday

Selasa - 17/1/2012

Aku nak tulis pendek-pendek jer lah entry nih. Dalam bentuk shortform gitu. Kalau terpanjang kang, sorry.

1. One of the Teachers tadi tuh tak datang, so aku terpaksa ambik alih one of the classes. Mengajar unprepared tuh mana lah boleh kan? Mengajar budak-budak 5 enam tahun pulak tuh. Aku tak tahu apa pun yang nak diajar to begin with so mula-mula tuh kasi buku, suruh diaorang match kan lukisan-lukisan kat page tuh, then kalau dah siap, kalerkan semua gambar. Nak kasi budak-budak tuh senyap pun dah satu hal, macam pasar jadinya, riuh rendah. Aku dah lah nak melayan twin boys yang kalau awal-awal pagi memang selalu meragam pasal nak ikut Mak diaorang balik. 

Aku takut jugak nak menengking budak-budak tuh, so aku buat pura-pura nak rotan aje. Tapi, bila diaorang tahu aku main-main, lagilah diaorang main-main. Susah gila rupanya nak menjaga bebudak kecik ramai-ramai nih, ada dua puluh lebih kalau tak salah aku kat kelas tuh. See, punya sibuk aku sampaikan tak sempat nak bilang berapa ramai students. 

Nak suruh ambik kaler, buku-buku pun aku tak reti sebab aku kata, "Ambik sendiri, ambik sendiri, ambik masing-masing punya kaler". 

"Teacher, ini kaler sapa punya?", diaorang tanya aku. Laaa, diaorang mana reti membaca, kan?

Aku ingatkan tenanglah hidup aku masa diaorang mula buat kerja tuh, tapi silaplah. Mana yang bergaduh, mana yang menangis, mana yang nak terberak kencing, mana yang bila aku duduk, diaorang panjat badan aku nak berdukung. Sorang buat gitu, yang lain pun nak didukung jugak. Mampos aku tau dak? Ekekekek

Dan aku ingat, sure lama diaorang nak kalerkan all those gambars, tapi, kejap aje semuanya kata, "Teacher, teacher, saya dah siap". Sabar jer lah dengan budak-budak nih tau dak? Apa yang nak dikejarnya? 

Aku tak reti lah nak ajar benda-benda lain, menyanyi, bercerita, macam apa yang Cikgu-cikgu lain buat. Gila hilang macho lah kan kalau nak nyanyi lagu "Bapa Ku Pulang Dari Kota" tuh kan? 

2. Sempat aku mengechek Forex masa habis Kelas, adusss, banyak positions yang against sebab aku walaupun trade satu pip seposen tapi aku ada banyak positions. So kalau dah against tuh, kejap ajelah margin level jadi kecik, sampaikan aku kena hati-hati sangat dah nih, aku kena bersedia untuk cut loss a few positions, biar margin level aku di tahap selesa. 

Good data from China, ditambah dengan good Spanish debt auction result, ditambah pulak dengan market yang heavily-short, itu pasal price cepat aje naik. Dan tak ada pulak negative news, so Euro naik lah dalam seseratus pips dari semalam. Harap-harap ini cuma flash in the pan aje lah, macamana pun aku kena sentiasa bersedia dengan segala macam kemungkinan. 

3. Kak Teh kata yang masa Chinese New Year nanti kitaorang nak buat apa-apa yang patut untuk Tuition Center tuh, nak cat, nak tukar kerusi meja, nak bersihkan mana-mana yang patut. Mungkin start bulan depan aku dah mula duduk di situ, yang cuma a few houses away daripada Tadika tuh. Aku rasa that's the best plan, pagi-pagi mengajar kat Tadika, tengahari memorex, memasak, buat persediaan untuk mengajar tuition di sebelah malam. Tasik/park pun kat depan tuh aje kalau aku nak jogging pagi-pagi. 

4. Aku cadang nak ikut Teh/Kak Teh ke Tuition Center malam nih tapi aku rasa macam pening kepala aje, panas sangat sesehari dua nih, aku banyak minum aje. Esok aje lah kot. Aku beritahu Kak Teh yang kalau boleh aku nak mula mengajar dari budak-budak sekolah rendah, tak nak lah terus mengajar budak Form 3 sebab aku kena study balik semua syllabus diaorang tuh and that takes time.

Itu aje kot for today.

Monday

Isnin - 16/1/2012

Eh Dear Diary,

Kalau hari semalam punya hal aku tulis harinih, boleh dak? Semalam tuh aku macam termalas nak tulis, itu yang aku taruk video clip one of my favorit songs aje kat bawah tuh.

Tak ada apa sangat pun semalam tuh, aku melepak aje sepanjang setengah hari. Awal pagi aku pergi jogging kat Lake Garden, then jalan punya jalan,  sampai tersampai kat Central Market. Rajin aku menyusur jalan, aku jalan aje ikut Brickfields tuh sampailah ke rumah. Ingatkan nak tidurlah lepas tuh sebab dah letih kan? Tapi, tak nak lena pulak, so aku online ajelah. 

Tension gila kalauhari-hari tak memorex nih, masa slow sangat berjalannya. Yang buat suspennya, aku ada a few open positions, dan walaupun aku konfiden yang esok akan ada gap ke bawah tapi bila baca kat a few forums etc, kalau ikut technical analysis, price macam nak naik. Walaupun aku tak percaya sangat kat benda-benda Teknikal nih tapi semua tuh mencuakkan perasaan jugak kadang tuh.

Lepas Zohor aku keluar, kena singgah KL kejaplah sebab nak bayar bill internet, dan nak beli pakaian. Semalam tuh malas hantar dobi, dan washing machine kat rumah sewa aku nih rosak pulak.

Aku ke Sungai Wang, bayar bill, then ke FOS kat Times Square, beli baju 4 helai. Lepas tuh tak tahu nak ke mana dah so aku ke Chow Kit. Lama dah tak ke area tuh, yang last aku ke sana masa buat volunteer kat Yayasan Salam dulu tuh.

Aku naik kommuter kat Putra Station, rileks jer aku sebab aku tak ada lah nak rush langsung untuk ke Rawang. Gila ramainya Bangla kat Pekan Rawang tuh. Lepas makan barulah aku tunggu bas untuk ke Bandar Tasik Puteri, tak ada lah aku tension mana walaupun dari sejam ke sejam aku tunggu, tak ada pun bas yang tiba. So aku cari teksi ajelah, elok jer aku sampai ke stesyen teksi (yang kat situ jugak) baru aku nampak a few buses yang menuju ke desitniasi aku. Laaaa, rupanya bas ke BTP tuh berhenti kat tempat lain. Tapi sebab aku dah cadang nak naik teksi, tak ada lah aku nak pergi naik bas pulak.

Budak U yang buat part-time yang bawak teksi tuh, mulanya aku dengar jer cerita dia, lama tuh baru aku kasi nasihat apa yang patut. Aku ambik nombor talipun dia sebab senanglah nanti kalau nak ke pergi balik Rawang. Terkejut dia bila aku kasi tips RM 5, sebab dah lah tambang teksi tuh berapa, kan? Mati-mati dia tak nak terima tapi aku katalah yang kat US memang orang kasi tips, lagipun "Kau tu student, buat elok-elok", aku kata cam tuh. Memang jenis baik gila orangnya aku nih kan? Ekekekkee. Walaupun aku tak ada duit tapi aku tak kedekut dengan apa yang aku ada, asalkan orang lain happy.

Malam nih tidur awal sebab esok kena bangun sebelum Subuh, nak menyambut Forex session at 6 am.

Isnin 16/1/2012

Aku dah kata yang EUR akan gap lower pagi nih, memang betul pun. Satu tuh betul, yang lain-lain pun betul jugaklah, GBPUSD, EURJPY sama AUDUSD gapped lower dan USDCHF opened higher. So aku tutup a few of my positions, teruja nak masuk positions untuk ambik kesempatan untuk tutup gap tapi sebab lepas dari tuh movement slow jadinya, aku tak buat apa lah.

"Can I officially welcome you to XXXXX?", Kak Teh tanya aku masa dalam kereta. Aku ok kan aje, as long as aku boleh contribute something I'm all for it.

Happy jer tengok budak-budak kat Tadika after 2 days cuti. Tah apa-apa lah aku nih, baru sehari dua kat sini aku dah rasa macam attached to a few of them, kat twin boys tuh especially. Kalau budak-budak tuh buat tak layan jer kat aku nanti, haruslah aku akan sentapz ekekeke.

Habis kelas, ada Staff Meeting. Aku sorang jer lelaki, yang lainnya semua Cikgu perempuan, sama Ustazah. Aku tahu, memang jarang ada male teacher kat Tadika kan tapi aku suka buat benda-benda yang jarang dibuat orang nih kan? Lagipun ini family business so apa aku peduli? One of the Teachers tuh akan berhenti kerja bulan depan (nak sambung belajar kot?) so aku akan ambik alih kelas dia. 

Banyak cuti rupanya, lepas cuti, cuti. Ada plan untuk buat activities sempena Sports Day, Parents Day etc. Since ini tahun ke 10 Tadika nih ditubuhkan, nak buat khenduri doa selamat jugak soon.

Harinih Martin Luther King's birthday so US cuti, itu pasal Forex pun macam slow jer, tak ada arah tuju sangat.

Besok malam aku akan ke Tuition Center ikut Teh/Kak Teh, saja lah nak tengok-tengok dulu macamana keadaannya. Malam nih budak sekolah rendah, malam esok a big group, budak-budak Form 3.

Since Forex pun slow, so aku asyik dok melayan YouTube. Hajatnya nak cari video Chicken Dance yang dulu ada satu nih pernah aku terjumpa, gila lawak video tuh. Kat Tadika nih ada diajar Chicken Dance kat budak-budak tuh, suka sangat diaorang. Eh, kalau ajar budak-budak tuh Macarena atau Lambada, boleh tak, hah? Ekekekek

Tapi aku jadi terralit cari video lagu-lagu yang aku pernah suka lama-lama dulu. Kalaulah kisah perjalanan hidup aku dipentaskan even kat Istana Budaya (kalau kat Broadway lagi bagus), atau dimoviekan, aku nak this song to be included dalam show tuh, biar jadi macam Christian dalam film Moulin Rouge. 



I think my heart must be made of clay,
'cause everyone said it would be broken someday.
And now I've come to that fateful day,
so I sit on the floor
with my head in my hands.

And don't tell me how to make it pay,
I write a new song every day.
I just wish I was made of wood,
I might not feel pain,
even if I should, even if I should,
if I should.

The sweetest smile that ever did
melt the pats in the butter dish,
and if you could have believed in me,
I swear to God
I'd have made damn sure.

Our hearts were warm, and glad with wine.
I'd keep the doors locked all the time.
I just wish I was made of wood,
You might not seem glad,
even if you should, even if you should,
if you should, if you should,
if you should.

Ahad - 15/1/2012

Saturday

Sabtu - 14/1/2012

Aku kalau di Bangsar, aktiviti utama aku hanyalah tidur. Aku memang tak buat plan nak ke mana-mana pun sebab aku tahu yang lepas Subuh aku akan tidur, sebab semalam/tadi berjaga sampai ke pagi. Forex Broker aku tutup pukul 5 sedangkan Forex Market tutup pukul 6 so terpaksa monitor kat website yang ada chart update. Nasib baik tak ada big surprise movement masa confirmation pasal Eurozone downgrade tuh, iyalah, semuanya telah dipriced in masa rumors tuh hit the wire kan? 

Housemate aku balik kampung rasanya, kalau tak sure best jugak main chess, sembang-sembang, atau keluar pergi makan. Semalam tuh masa sampai Bangsar dan bila aku perasan yang dia tak ada kat rumah (balik kampung) ada jugak tergerak di hati aku nak balik Raub. Housemate aku nasihat aku supaya selalu jenguk-jenguk parents, sementelah kita masih bernafas nih. His father kembali ke Rahmatullah about 2 weeks ago. Then again baru sangat lagi aku baliknya kan, takut nanti Mak Pak aku risau pulak, apa pasal balik lagi sebab dua minggu lepas aku dah balik. Ini sure ada apa-apa hal nih. 

Aku maintain tak bercakap sepatah haram pun sampai petang tadi, aku cuma tanya, "Berapa?", bila nak bayar harga makan malam, itu aje. Sebab masa nak order makanan, tak sempat aku nak cakap apa, Mek tuh dah tanya, "Make gappo harini? Ko hok biaso?". Aku angguk kan aje.

Siang tadi Joko bermessage-message dengan aku, dia kata dia sama bini dia nak ke rumah aku. Aku kata yang aku akan ke Rawang esok, dia siap tanya kalau-kalau dia boleh datang ke rumah abang aku kat Rawang tuh. Indonesians nih kan, diaorang nih mudah ambik jalan mudah aje, kan? Tapi sebab aku cuma layan sms dia, so aku taklah ambik serious sangat. Tak lama tuh dia talipun. Jahat aku, aku tak jawab call dia. First sebab aku nak maintain tak nak bercakap. Keduanya, kalau aku jawab call dia, ada harapan aku akan menyusahkan diri aku sebab aku nih mudah kesian dengan orang. I mean, what else do they want from me? Menyusahkan aku lagi? Itu yang aku tak jawab call dia tuh.

Mula cadangnya, out of boredom, nak pergi tengok wayang tapi aku tak "berani" tengok mainstream movies sorang-sorang. Kat New York dulu selamba aje aku tengok Hollywood movies sorang-sorang, it is not considered a "sin". Too bad kat Malaysia tak ada panggung yang tayangkan film-film Indie, atau pun foreign films. Kat International Screen kat Midvalley tuh ada gak tayang film best-best, (yang penontonnya sorang berdua aje) tapi minggu nih film The Beaver. Teringat kat David sama King Mongkut aje sebab diaorang benci sangat kat Mel Gibson pasal dia nih pernah caci Jews masa dia drunk dulu. Kat US, kat New York especially, film yang ada Mel Gibson memang tak laku langsung dah sebab more than 60% white people kat New York tuh keturunan Jews. 

Teringat jugak yang masa aku student kat (U)ITM dulu, kitaorang selalu pergi tengok wayang kat this one panggung kat Jalan Ipoh. Kat situ diaorang tayang film-film yang almost x-rated, yang pelakunnya macam Pia Zadora, Samantha Fox. Kitaorang selalu duduk kat seat depan sekali, sebab boleh kira bulu. 


Tengoklah nanti, sure malam nih kang riuh dengan Keling yang menari-nari sempena Pesta Ponggal, kat depan apartment nih, itu aje lah yang I look forward to, mengintai dari tingkap bilik. 

Jumaat - 13/1/2012

On our way ke Tadika pagi tadi, singgah kat Tuition Center tuh, it's such a big house yang lengkap semuanya. A few photocopy machines, pejabat yang lengkap, dan lots and lots of books and magazines. Tapi semuanya macam tak terurus, semalam Kak Teh ada beritahu yang kalau aku nak cat rumah tuh pun ok.

I have the same idea dengan dia yang elok kalau dijadikan tempat tuh macam reading center, macam yang banyak kat US sana tuh. Tapi itulah, that kind of culture (where people can read and borrow books, mags) masih belum ujud kat Malaysia nih. Told her yang I don't mind duduk kat rumah tuh as a caretaker of some sort. Must be fun kan?

My only worry now is macamana aku nak mengajar tuition budak-budak dari sekolah rendah sampai Form 5 tuh? Nampak gayanya aku kena mentelaah semula lah kot, back to school semula. Dua kali satu, dua. Dua kali dua, empat *mode menghafal sifir*

Tapi, aku kan ker pernah jadi Lecturer kat UITM, sure kacang jer semua tuh. Then again, mengajar budak-budak kat U senang jer, ajar tipu-tipu (like most Lecturers do, ooooppsss) pun ok kan? Dengan budak-budak kecik, tak boleh ajar tipu-tipu sebab the whole thing tuh is like menanam benih kan? 

Awal pagi sebelum kelas mula, aku melayan bebudak tuh kat playground. Lawa-lawa diaorang harinih dengan pakaian baju Melayu, baju kurung. Budak-budak nih kan, active sangatlah, terlompat sana sini sampai berpeluh-peluh aku nak melayanannya. 

Aku turut masuk kelas pagi nih, sambil melayan this twin boys yang very hyper-active yang masih tak dapat nak adept dengan surrounding. Menangis-nangis, sampai digigitnya sapa-sapa yang nak pujuk diaorang, sampai dipanjat-panjatnya grille pintu yang bebudak lain terpaksa masuk ikut pintu dapur. 

Aku tahu, Teh sama Kak Teh nih memang made for each other lah, diaorang gifted sungguh, they have their very special ways dengan bebudak. Sejak mengajar kat International School lagi, sebab tuh Tuhan permudahkan rezeki diaorang, semuanya senang aje. 

All in all it was such a day lah, I kept wishing yang bebudak tuh will grow up "menjadi", itu yang aku usap-usap badan, kepala diaorang sambil baca Selawat. I was a bit skeptical jugak mulanya nak  "sentuh" beria-ia sangat anak orang kan? Iyalah, kalau kat US, boleh disaman kalau buat macam tuh. Tapi, selamba jer aku cuci hingus, bersihkan mulut budak-budak tuh lepas makan, diaorang bukannya baligh lagi kan?

Masa tengah tunggu anak sedara aku habis sekolah, aku beritahu Teh pasal ketidakcomfortablelan aku yang macam menyusahkan diaorang. Aku boleh tolong diaorang tapi with me yang ada limited means nih susahlah sikit and I would rather go back to Bangsar doing my own things kalau berterusan macam nih. Since I'm here, aku nak aku nih dipergunakan setakat yang boleh but by the look at it, aku tak boleh digunakan (because of my limited means yang aku cakap tadi tuh). No, not that aku tak berguna, aku nak kan penggunaan yang berguna gitu. Bukan tidak berguna untuk penggunaan. Jauh sekali dari tidak berguna untuk dipergunakan. 

Lepas Sembahyang Jumaat, lepas makan, lepas check Forex aku bersiap untuk balik ke Bangsar. Nak ambik pakaian sebab ituhari datang Rawang bawak dua tiga helai aje pakaian. Aku balik sini semula petang atau malam Ahad kot. Malaslah aku menyusahkan Teh/Kak teh, so aku jalan kaki aje pergi menunggu teksi/bas untuk ke Kommuter. Aku punya prinsip/style memang macam tuh, jangan sekali-kali menyusahkan orang, tapi kalau orang menyusahkan aku, itu tak apa. Not that diaorang menyusahkan aku, no, tidak sekali-kali. Bandar Tasik Puteri nih terpencil sikit so susah nak dapatkan teksi, nasib baik ada bas. Lama dah tak naik bas mini ekekekke.

Sempat jugak aku memorex sekejap masa tunggu train, jugak masa dalam train. Drats, all my positions tuh jadi makin parah, banyak floating loss nya, so aku terpaksa closekan a few of them dan pasang stop loss siap-siap sebab aku nak jaga margin yang walaupun masih dalam seseribu percent tapi aku kena berwaspada sebab macam laju aje pergerakan pips. Sentiment masih bullish sejak semalam, banyak short coverings yang ditriggered. 

Mungkin sebab mengantuk, semalam tidur pukul 1 lebih dan bangun pukul 5 pagi, so aku terlena dalam train tuh. Sedar-sedar dah sampai Mid Valley Station. Or so I thought lah kan? Rupanya Stesyen Kepong Sentral! Fuck shit! Aku nak lari balik semula masuk dalam train tuh dah malu, so selamba ajelah aku tunggu the next one. Hidup aku gitulah, kalau ada apa-apa salah silap, aku control macho, as if tak ada apa-apa berlaku. Itu pasal not many people tahu yang tahu gelora jiwa aku, sebab I'm such a good actor kan?

Sampai Bangsar aku tidur, tidur dan tidur. Lepas Maghrib, aku tidur sampai 10 lebih, yang by the time aku bukak Forex Terminal MT4, tengok-tengok EURUSD turun like sagging boobs. I knew it, dammit! So aku dapat recouped like 85% of my losses tadi. Friday 13th punya penangan kot?

Aku berjaga sampai Subuh sebab nak tunggu Forex Market tutup for the week, jugak nak tunggu confirmation news on Eurozone dowgrade by S&P (yang menyebabkan Euro jatuh tadi tuh). Monday nih US cuti, I'm not comfortable holding open positions over a long weekend tapi margin aku masih ok so I'm not worried. I'm a little antsy pulak rasanya sebab aku rasa come Monday morning, EURUSD akan gap lower kot. I predicted the same thing last weekend and I was right, hopefully kali ini betul jugaklah. Amin.

Khamis - 12/1/2012

Pagi nih, as early as 7.30 am, aku ikut Kak Teh ke Tadika, dan on the way tuh she showed me Tuition Center diaorang, a double story house yang disewa dan dijadikan tempat mengajar. Terfikir jugak aku yang macam ada potential aje tempat tuh untuk dimajukan. Mungkin sebab Teh/Kak Teh tak cukup staff agaknya, dan mana nak handle 3 bijik Tadika tuh lagi. 

And so pagi nih aku di Tadika tu lah, menengok macamana ianya diuruskan. Very professional cara diaorang handle. Ker memang macam tuh kat mana-mana Tadika pun? Iyalah, aku dulu mana pernah masuk Tadika, kan? 

Aku malu-malu jugak mulanya dengan bebudak tuh tapi lepas kitaorang bawak diaorang pusing satu round kawasan perumahan Bandar Tasik Puteri tuh, ramai jugak yang jadi kawan aku ekekekke.

Budak-budak nih kan, diaorang suka bercerita. Mulanya aku pun pelik, apa ke jadahnya budak nih nak cerita pasal keluarga dia? Tapi semuanya tuh kena layan aje, so tak heranlah bila ramai budak-budak yang after cerita-cerita dengan aku, diaorang siap peluk-peluk kaki aku, nak dukung bagai. 

Now tell me, budak-budak tuh ker atau aku yang kekurangan kasih sayang? Ekekekeke

Aku melepak kat luar Tadika aje masa kelas mula sebab aku tak nak lah terus berkecimpung mendidik anak bangsa kan? Aku memorex, sekali sekala melayan budak-budak tuh yang asyik panggil aku, "Teacher,Teacger! Teacher buat apa?", dari dalam tuh.

Aku tak tahu tapi lagu Another Brick In The Wall (Pink Floyd) kept playing in my head.

We don't need no education 
We don’t need no thought control
No dark sarcasm in the classroom
Teachers leave them kids alone
Hey! Teacher! Leave them kids alone!
All in all it's just another brick in the wall.
All in all you're just another brick in the wall.

About 12.30 kelas habis dan aku ikut Teh balik, on his way menghantar some of the kids balik. Ada more than 130 kids semuanya. Then ambik anak sedara dari sekolah, had lunch dulu sebelum tuh. Aku tak rasa comfortable sebab Teh yang bayar for my lunch, kalau macam ini arrangementnya, payahlah. Last thing yang aku nak, memburdenkan sesiapa. I really have to let them know yang this is not going to work, tapi I'm going to see how it goes lah dulu. 

Petang memorex aje lah, I lost a few dollars pasal ada rally, EURUSD, GBPUSD, EURJPY dan AUDUSD semuanya naik, USDCHF turun, aku ada banyak positions. I should have known better yang after a few weeks of almost straigh line punya movement, sure ada a little spike of correction kan? Technically pun, ada double bottom. I tried to hold on to my psoitions and at the same time cuba untuk curi-curi pips on their way up tuh, but luck was not on my side so itu pasal aku lost some money tuh. Tapi semuanya "the money I could afford to lose" (yer lah tuh!). 

So hasil penat lelah aku for the last few weeks just bolos like that, right infront of my eyes, my nose. Dalam Forex, kita tak boleh berharap (and praying for the price to go our way), if you are wrong then you are wrong. Tapi, mungkin you are wrong dalam short term punya timeframe kan? Sebab itulah I'm still holding on to all my losing positions, longer term punya outlook, masih sama macam outlook for the last few weeks, yang Euro is still down in the dump. 

Kak Teh punya parents ada datang petang tadi, so masa Teh/Kak Teh pergi mengajar Tuition, aku sembang-sembanglah dengan diaorang. Makan pun best sebab Mak Kak Teh masak best, orang Trengganu lah katakan.

Bosan memorex yang against me, aku sembang dengan Kak Teh, tanya pasal Tuition Center tuh yang aku rasa aku boleh contribute something. Then terbercerita pasal my plans (tak ada plans apa pun sangat), my everything. I really like the part bila Kak Teh kata yang it's about time I give something back to the community. Lama kitaorang sembang, sampai dekat 1 pagi, it's nice to have a good heart to heart conversation macam tuh so aku boleh agak apa orang punya expectation dari aku, apa orang punya pandangan tentang aku. Dan apa yang aku harus buat, dengan segala experiences, talent yang Tuhan kasi kat aku yang selama ini aku gunakan hanya untuk memuaskan nafsu serakah aku seorang diri. 

Ada aku cerita kat Kak Teh yang dulu-dulu I always wanted to be like Datuk Ted Miles (ada aku cerita pasal nih kat entries lepas-lepas, kat blog Kisah Seorang Banduan kot?). Bukan nak jadi macam dia tapi nak buat apa yang dia buat.

Eh, kat mana nak dapatkan Journal Ted Miles yang dulu-dulu tuh dipublishkan dalam The Sunday Times hah? http://www.nst.com.my/local/general/i-fell-in-love-in-malaysia-and-stayed-on-1.14610

Thursday

Rabu - 11/1/2012

Aku tak biasa duduk di rumah orang (walaupun adik beradik sendiri) agaknya itu pasal aku rasa macam terkurung aje, tak bebas. Walaupun aku diberi kebebasan sepenuhnya nak buat apa saja. Teh sama kak Teh ke Tadika, anak sedara aku ke sekolah, aku sorang aje kat rumah. Boleh aku rasa macam rimas aje sepanjang pagi aku di rumah, the whole time tuh aku kat depan laptop aje, 
memorex. 

Terfikir aje aku yang how "small" nya aku nih dibandingkan dengan adik beradik aku yang lain. Aku, apa lancau pun tak ada, adik beradik aku yang lain semuanya hebat-hebat belaka. Kereta dua tiga bijik sorang, rumah besar, ada bisness sendiri. 

Rasa macam nak terus balik semula ke Bangsar aje, balik ke dunia aku yang tak siapa tahu. 

Yang buat aku rasa macam tuh bukan apa, kalau aku kat Bangsar, hidup aku simple aje. Tapi kat sini, macam pagi tadi for example, puas aku mencari kat mana bahan-bahan nak buat air, teh, kopi etc. Sebab, as I said, rumah keluarga nih, banyak barangnya. Sampai nak give up aku tadi tuh, bukak cabinet ini, bukak cabinet itu, belek sana, belek sini, and after a few times baru lah terjumpa kat mana barang-barangnya. 

Aku pun tak tahu yang apa yang Teh/Kak Teh nak aku buat, kalau setakat duduk rumah macam nih aku tak sanggup rasanya, what with Kak Teh tak memasak, sebab tak ada masa. Malaslah aku kalau aku membebankan diaorang yang terpaksa beli makanan untuk aku pulak, kan? 

And so petang tadi sembang dengan Teh, dia kata yang dia dah jumpa kawan dia yang ada Consulting firm, apparently Teh ada tanya kalau-kalau he needs someone. Aku beritahu Teh yang that's not going to work, pasal aku tak ada transport etc. Lagi satu, aku tak nak people look down on me pasal aku macam desperate sangat nak kerja. People my age ada yang jadi pemimpin negara, yang jadi kaya raya and here I am tak ada apa-apa. 

Lagipun, I'm perfectly alright living my life macam nih. Teh kata yang I'm wasting a lot of opportunities, knowledge bla bla bla, I do agree with him on that tapi what else can I do?

I do sound like a pemalas tapi if you were in my shoes, korang tahu lah yang kasut tuh kasut Clarks ker, atau just plain Bata. 

The whole day aku memorex, aku tak bergerak-gerak kat sofa tuh. Kalau semalam aku melepak kat living aje, sesambil tengok tv tapi harinih aku kat main living. 

Esok Kak Teh ajak aku ke Tadika, tengoklah macamana nanti. I really feel hopeless lah macam nih, aku tak suka orang susah-susah pasal aku.

Wednesday

Selasa - 10/1/2012

Nasib baik semalam dapat tidur lena, lepas Subuh tadi pun aku sambung tidur jugak. Lepas tuh baru segar bugar, memorex jer yang buat aku lesu nya pasal Eur and the rest tak mengikut apa yang aku hajati. Ada a little rally, gara-gara data yang lebih memihak pada Eu. So USD melemah sikit hari nih. Dan aku pun jadi lemah lah jugak. Sebab aku masih bias pada downtrend Eur. 

Lepas Zohor baru aku berangkat ke Rawang, naik kommuter. Aku tak tahu apa sebenarnya yang aku nak buat kat Rawang nanti nih, masa dalam kereta tadi Teh ada cakap yang tengoklah these few days, kalau ada apa-apa yang aku boleh contribute. Aku ingatkan jaga Kindergarten tapi Teh kata dah ada 9 orang Cikgu. Kak Teh tanya kalau-kalau aku boleh ajar maths untuk Tuition Center, mengajar budak-budak sampai Form 5 tuh. Eh, tak ker sekarang nih semua benda mathematic tuh guna calculator aje? 

Tension gila aku petang ke malam nih pasal aku tak tahu apa sebabnya, aku tak dapat nak connect ke internet. Biasanya kalau Celcom buat palat pun, sekejap aje. Tapi ini, the whole 4, five hours tuh tak dapat langsung nak online. Kalau macam nih, aku kena balik Bangsar lah, aku pemorex tegar, kalau tak dapat nak monitor Forex aku, memang tak keruan lah jadinya kan? 

Malam, bila Teh sama kak Teh balik dari mengajar, dapat pulak aku connect ke internet guna line diaorang. 

By the way aku masih hold short positions aku EURUSD, GBPUSD, EURJPY sama AUDUSD dan long USDCHF.

Tuesday

Isnin - 9/1/2012

Tak kuasa lah aku nak update blog sebab tak ada apa pun yang worth writing about. Patutnya aku ke Rawang harinih kan? Tapi aku lupa yang aku ada few things yang kena settlekan so aku pergi besok aje lah. 

Semalam aku tak tidur langsung pasal melayan Forex, so pagi ajelah baru aku cuba-cuba tidur. Tapi tak boleh lena, tak sampai dua jam aku tidur kot, itu yang badan rasa macam tak best aje. Pattern tidur aku sekarang nih dah haywire (I'm not talking pasal pattern airliur basi kat bantal), ini yang susahnya kalau tak kerja nih, tidur ikut suka. Or rather suka tak tidur.

Petang sikit aku ke EPF Office, Jalan Raja Laut tuh, nak printkan penyata kewangan. Itu jer lah hal nya yang aku buat pun sedangkan ada a few things lain yang sepatutnya aku settlekan jugak. Aku kena jumpa Arc nih sebab ada hal sikit, hutang DeLinn, Ida pun belum bayar nih. Sibuk sangat aku nih. Sibuk of doing absolutely nothing.

Dekat nak Maghrib aku rasa ngantuk sangat so lepas Sembahyang tuh aku tidur kejap, dapatlah dekat sejam. Mana lah boleh lena  pasal nak monitor Forex, ada potential nak rally pasal sejak petang lagi banyak data yang direleased, semuanya (kecuali satu) yang memihak kepada Eur.

Apparently USD melemah sikit harinih. Dan jugak ada meeting antara Germany punya Chancellor (Angela Merkel) sama France punya President, Nicolas Sarkozy (Merkozy) ada Treaty yang diaorang akan buat untuk selamatkan Euro. Pasal meeting apa tah yang kat Afrika Selatan tuh pun ada jugak kasi kesan kat USD. 

Mampos macam nih nak melayan news, susahlah kalau trade based kan headlines nih. Tapi itulah Forex, kalau pergerakan dia straight line jer, aku rasa Mak aku pun nak bukak Forex Account jugak. 

Tapi, on the other hand, aku suka jugak sebab semuanya buat otak aku berjalan. 

Ok, itu jer lah.

Monday

Ahad - 8/1/2012

I really like the "arrangement" kat rumah sewa aku nih, sesekali aku akan keluar dengan housemate aku, be it tengok wayang ker, atau just keluar makan. Or plain merempit. Dan besoknya, he does his own things and I do mine. Aku akan rimas kalau sentiasa ke mana-mana berdua. Pergi breakfast berdua, pergi lunch berdua, pergi dinner berdua, that's not my thing, not at all my style. Sekali sekala macam tuh that's good enough. 

And so tadi, housemate aku pergi breakfast dulu, then baru aku pergi. Kesudahannya dua-dua beli paper yang sama. Lepas tuh aku buat apa? Aku tidur! Tidur, tidur dan tidur, lepas Zohor pun aku sambung tidur (bila letih main games kat internet).

Dekat nak Asar, bila dah segar tuh barulah fikir apa plannya untuk hari ini. Ada aku terfikir yang apa pasal aku "tenang", selamba sangat sekarang nih? Tak ada pun plan nak cari kerja. Mentang-mentang duit masih ada sikit tuh kan? Betullah orang yang tak memikir masa depan, aku nih. Aku masih terikut-ikut dengan cara kehidupan aku di US dulu, buat ikut suka aku. 

I have no idea apa persepsi pembaca blog aku pasal aku. Walaupun I don't give a friggin' fuck apa orang fikir pasal aku tapi deep down aku rasa ada jugak benda-benda yang best nya pasal aku nih. Kalau tidak tak kan diaorang keep coming back baca blog aku kan?

I'm a loser, I'm a whiner, I'm long-winded, I'm filthy, aku tahu dan memang aku setuju sangat tuh. Tapi dalam  all that negativities kadang-kadang terselit benda-benda yang membuatkan aku terfikir yang I'm not all that bad (or rather I'm not that bad at all) rupanya. 

Itulah, macam orang lain jugak, I'm all that, and a little more. And I still believe yang all of me is beautiful, even benda-benda yang hodoh di pandangan orang. Yeay, like I care shit kan?  Macam apa yang David selalu cakap kat aku, "Life is a big pile of shit. And then you die."

Then Teh talipun......

Teh kata nak mintak tolong 3 benda. Nak suruh aku tolong jaga kindergarten diaorang (kalau tak salah pendengaran aku lah) kat Rawang, nak tolong "tengok-tengokkan" anak sedara aku sebab Teh dan Kak Teh mengajar kat Kelas Tuition diaorang di sebelah malam, dan ajar Teh memorex (Teh pernah memorex dulu-dulu rasanya).

Since aku tak ada immediate plan, aku dengan senang hati kata yang aku boleh aje. Daripada aku cari kerja lain nanti kan, baiklah aku tolong-tolong Teh. 

Satu jer yang aku rasa cuaknya, masa aku tinggalkan diaorang dulu, anak sedara aku Balqis masih dalam buaian. Dan Qistina kecik sangat lagi, umur empat lima tahun. Apa yang aku ingat, masa tuh Qistina suka menari ikut lagu Kuch Kuch Hota Hai, sambil gelek-gelek bontot. She was a riot dulu tuh. Sekarang nih dua-duanya dah jadi anak dara, sampaikan aku pun dah segan nak tegur. Tapi, mungkin ini peluang untuk aku reconnect balik dengan ahli keluarga aku kot? 

Housemate aku tengah bersemangat belajar Technical stuff pasal Forex, dia memang ada pengetahuan pasal benda-benda technical tuh. Too bad yang esok aku dah nak duduk Rawang (aku mungkin balik Bangsar hujung minggu kot), kalau tidak boleh ajar dia memorex masa trading hours. Tak apa, nanti bila ada peluang, aku akan guide dia macamana nak bukak account and all that stuff. 

Aku suka kalau ada orang lain yang minat menceburkan diri dengan Forex dan Trading nih sebab aku tahu yang memang boleh buat duit nya lah kalau Trading nih. (Too bad lah aku punya account kecik jer, kalau tak, aku rasa aku dah jadi Full-Time Trader dah). Iyalah, daripada asyik nak main games, atau tengok film Korea kan, baiklah buat Online Trading. Adik aku, Pui, ituhari kata nak bukak account jugak, nak suruh aku trade kan account dia, tapi senyap jer nih. Account USD 100 pun dah ok dah tu, Pui. (Pui reads my blog)

The only highlight of my Sunday, aku pergi makan. Nampak sangat yang aku nih tak berpendirian punya orang, aku dah sampai ke Leeyas Corner, aku patah balik, aku makan kat Gerai Kelantan kat tepi sungai tuh. Penuh meja aku dengan Nasi, ayam masak kunyit, telur dadar, sup kosong, sambal belacan, teh ais. Sampaikan aku aku taruk semuanya dalam satu pinggan aje sebab malu kat orang lain, takut nanti diaorang kata yang aku nih kuat makan. 

Sebab kalau aku jadi diaorang, sure aku akan mengutuknya lah, sure aku tulis kat blog lagi, "Ya Rabbi, Mamat yang sebelah meja aku tadi, punyalah kuat makan, sampai penuh meja dia. Tapi orangnya kurus jer". 

See, aku peka dengan benda-benda kecik gitu. Nasib baik lah aku tak jadi Wartawan majalah hiburan, kan?

Pelik aku, apa pasal lah telur dadar sama teh ais yang kat kedai tuh sedap sangat daripada yang aku buat sendiri? Kalau buat sendiri, taruklah lebih-lebih bahan, tak pernah rasa sesedap yang dijual kat kedai, kan? Tapi, teh ais basi yang kat kedai pun sedap jugak sebenarnya, kalau dicompare dengan teh ais buatan sendiri. Pelik, kan?

No, really, I have to write this down lah, aku betul-betul rasa peaceful, at ease with myself lah. And thanks to rancangan TV yang dipasang, behind the scene tentang pembikinan film Iron Lady. Every second tuh brought back memories, every little thing tuh reminded me of something. 

Apa tak nya, bila ditunjuk clip pasal film MammaMia (Meryl Streep), aku teringat masa hari pertama film tuh ditayang kat New York, yang happened to be sama dengan film Dark Knight. Orang lain semua tengok film Batman, Dark Knight tuh, aku pulak, lepas kemas-kemas apartment Carter, terus pergi tengok MammaMia, show pertama hari tuh.

Fuck, that was so bapok, kan? Ekekekekek

Bila ada lagu Dancing Queen tuh, aku teringat masa tengok Broadway show MammaMia tuh. Then aku teringat yang a few days ago aku baru terperasan (thanks to Twitter) yang aku tengok show A Steady Rain (Daniel Craig, Hugh Jackman) sama hari dengan Zahim AlBakri tengok. Damn, apa pasal dia tak contact aku?

See, dalam masa a few seconds, banyak benda yang bermain di kepala aku. And fuck, everywhere I go, every single thing I do, every little time I have, there's always something yang meremindkan aku of the good old days yang aku lalui. I bloody miss all that I'm tellin' ya.

It's already one in the morning asa aku tulis nih, aku nak berjaga sampai pagi lah kot, nak tunggu Forex bukak, pukul 6 nanti. Lepas Maghrib tadi ralit main chess sama housemate aku. Macamana nih, esok sure aku akan tidur siang, aku ada a few things nak selesaikan, tapi aku janji nak ke Rawang tengahari esok.

Sunday

Sabtu - 7/1/2012

Busy memorex malam semalam sampai tak perasan yang housemate aku dah balik, sedar-sedar pun masa bukak fridge dan tengok bilik dia terang.

Forex-wise, semalam aku rasa puas hati sebab my prediction semuanya betul belaka. Aku expect yang NFP report tuh better dari yang diforecast, dan Employment Rate pun lebih baik dari bulan sebelumnya, yang mengukuhkan lagi US Dollar. Coupled with Hungary yang didowngrade by rating agency, Fitch (bukan Abercrombie & Fitch tuh, ok?. It's an insult lah kalau korang ingatkan Abercrombie & Fitch pakaian tuh) so memanglah Euro turun lagi. 

For the past few weeks Euro asyik turun aje, Euro now is like a sick puppy, semua pairs yang membabitkan Euro, semuanya down, dragging along GBPUSD.

Dan selama beberapa minggu nih jugak aku tak pernah taruk buy position pun, aku semuanya sell aje. Even bila ada retracement dan price naik sekejap, aku masih tak taruk buy positions, aku tunggu sampai price tuh naik dan taruk sell positions. Dari 1.49XX a few months ago sehinggalah sekarang yang dalam 1.27XX, dengan debt crisis yang tak habis-habis (tah-tah baru mula?), aku memang tak comfortable untuk long EURUSD.

Hell no, I'm not that stupid to catch a falling knife. And take it for what it's worth, the last thing I would recommend these days is to buy Euros.

Aku ada jugak masuk EURJPY yang sekarang nih nilai dia terrendah dalam masa 11 tahun. EURUSD sekarang paling rendah dalam 15 bulan, still ada rooms untuk turun lagi rasanya. Tapi with Forex, apa-apa boleh terjadi so aku bersedia untuk masuk buy positions, minggu depan kot, tengoklah macamana, there are a few potential news dan data yang boleh mengignite short covering. If that happens than aku rasa it's going to be wild pasal almost everybody is short EURUSD sekarang. 

Yang long EURUSD pun mungkin Traders kat CariGold.com kot? Oooppsss.

Aku sempatlah closed kan a few positions aku, I didn't do it manually, semuanya yang kena hit SL/TP yang aku selalu ubah-ubah, tapi positive. 

Ini kat bawah nih positions yang aku masih hold untuk minggu depan. I have the feeling yang come Monday nanti, akan ada gap ke bawah (the bigger the better) dan in that case, aku akan still hold those positions and at the same time aku akan buat buy positions. Satu persatu, based on price movement. Aku akan "kepung" profits aku, aku nak buat "kandang". 


And so pagi tadi aku pergi breakfast dengan housemate aku, kat Leeyas Corner Jalan Riong. Then we decided untuk merempit ke KL, menapak ke Bangsar LRT, then ke KL Sentral, turun kat Berjaya Times Square. Sampai pukul 2 lebih kitaorang merempit, tak beli apa-apa pun, pusing-pusing situ aje, sampai ke Low Yat. 

Aku tak tahu apa housemate aku fikir tapi ada jugak aku terfikir, since he reads my blog, "berani" dia nak jalan-jalan sama aku. Kang aku tulis kat blog pasal dia kang? 

Iyalah, aku nih kan ker jenis yang suka memerhati orang? 

Teringat aku kat Bob sama Aifa kat Wilmington, Delaware. Bob kalau masa jumpa aku, jalan sama aku, selalu dia kata, "Jangan nanti ko tulis kat blog pulak", sampai tertension aku jadinya. Dia tak tahu yang I'm very protective pasal kawan aku, aku tak tulis benda-benda yang tak best pasal diaorang (kalau ada lah kan?), aku cuma tulis yang bagus-bagus aje. 

(Peringatan - kalau sapa-sapa jalan/makan dengan aku, korang kena maintain ayu/macho, ok? Kalau tak nanti aku tulis kat blog)

"Banyak benda yang ko boleh tulis dalam blog", kata housemate aku masa kitaorang dalam Monorail. Iyalah, kat seat depan dan sebelah kitaorang, semuanya Indons. Yang berkarat-marat tuh. Yang pakai bedak sampai jadi macam pepperoni pizza. Yang paling menensionkan, yang sebelah aku, ada couple Chinese Indonesian nih yang tak habis-habis tukarkan ringing tone cellphone diaorang. Both of them. Aku rasa lah kan, diaorang nih dulunya dari keluarga miskin sangat, masa kecik-kecik dulu tak pernah ada permainan, itu yang asyik dok main cellphone jer tuh. 

Aku boleh jugak tulis pasal ada dua orang students U mana tah yang tahan kitaorang pasal diaorang nak buat research apa tah, mintak business cards dari kitaorang sebab diaorang kena dapatkan like more than 30 cards within an hour or so. Aku selamba aje jawab, "Kitaorang tak ada cards, kitaorang buruh aje". 

Aku boleh jugak tulis pasal this one perempuan masa kitaorang menapak balik dari KL Sentral punya monorail ke LRT Bangsar. Depan kitaorang ada perempuan berpayung, dia jalan asyik pandang belakang aje, kejap-kejap toleh kiri, kejap-kejap toleh kanan, as if kitaorang nih nak buat jahat kat dia. Aku ingat aku sorang jer yang tension, housemate aku pun tension sama.

Perempuan memang gitu kot, tak habis-habis nak menensionkan lelaki yang tak bersalah. 

The rest of the day biasalah, memang tak ada apa sangat, tidur petang, online etc. Malam main chess sambil akan satay, teringat masa kat dalam tahanan dulu, hari-hari main chess. Aku kalah, 2-3. Tapi kalau housemate aku ingat aku tak boleh kalahkan dia nanti, silap lah.