Tak kuasa lah aku nak update blog sebab tak ada apa pun yang worth writing about. Patutnya aku ke Rawang harinih kan? Tapi aku lupa yang aku ada few things yang kena settlekan so aku pergi besok aje lah.
Semalam aku tak tidur langsung pasal melayan Forex, so pagi ajelah baru aku cuba-cuba tidur. Tapi tak boleh lena, tak sampai dua jam aku tidur kot, itu yang badan rasa macam tak best aje. Pattern tidur aku sekarang nih dah haywire (I'm not talking pasal pattern airliur basi kat bantal), ini yang susahnya kalau tak kerja nih, tidur ikut suka. Or rather suka tak tidur.
Petang sikit aku ke EPF Office, Jalan Raja Laut tuh, nak printkan penyata kewangan. Itu jer lah hal nya yang aku buat pun sedangkan ada a few things lain yang sepatutnya aku settlekan jugak. Aku kena jumpa Arc nih sebab ada hal sikit, hutang DeLinn, Ida pun belum bayar nih. Sibuk sangat aku nih. Sibuk of doing absolutely nothing.
Dekat nak Maghrib aku rasa ngantuk sangat so lepas Sembahyang tuh aku tidur kejap, dapatlah dekat sejam. Mana lah boleh lena pasal nak monitor Forex, ada potential nak rally pasal sejak petang lagi banyak data yang direleased, semuanya (kecuali satu) yang memihak kepada Eur.
Apparently USD melemah sikit harinih. Dan jugak ada meeting antara Germany punya Chancellor (Angela Merkel) sama France punya President, Nicolas Sarkozy (Merkozy) ada Treaty yang diaorang akan buat untuk selamatkan Euro. Pasal meeting apa tah yang kat Afrika Selatan tuh pun ada jugak kasi kesan kat USD.
Mampos macam nih nak melayan news, susahlah kalau trade based kan headlines nih. Tapi itulah Forex, kalau pergerakan dia straight line jer, aku rasa Mak aku pun nak bukak Forex Account jugak.
Tapi, on the other hand, aku suka jugak sebab semuanya buat otak aku berjalan.
Ok, itu jer lah.