Aku kalau di Bangsar, aktiviti utama aku hanyalah tidur. Aku memang tak buat plan nak ke mana-mana pun sebab aku tahu yang lepas Subuh aku akan tidur, sebab semalam/tadi berjaga sampai ke pagi. Forex Broker aku tutup pukul 5 sedangkan Forex Market tutup pukul 6 so terpaksa monitor kat website yang ada chart update. Nasib baik tak ada big surprise movement masa confirmation pasal Eurozone downgrade tuh, iyalah, semuanya telah dipriced in masa rumors tuh hit the wire kan?
Housemate aku balik kampung rasanya, kalau tak sure best jugak main chess, sembang-sembang, atau keluar pergi makan. Semalam tuh masa sampai Bangsar dan bila aku perasan yang dia tak ada kat rumah (balik kampung) ada jugak tergerak di hati aku nak balik Raub. Housemate aku nasihat aku supaya selalu jenguk-jenguk parents, sementelah kita masih bernafas nih. His father kembali ke Rahmatullah about 2 weeks ago. Then again baru sangat lagi aku baliknya kan, takut nanti Mak Pak aku risau pulak, apa pasal balik lagi sebab dua minggu lepas aku dah balik. Ini sure ada apa-apa hal nih.
Aku maintain tak bercakap sepatah haram pun sampai petang tadi, aku cuma tanya, "Berapa?", bila nak bayar harga makan malam, itu aje. Sebab masa nak order makanan, tak sempat aku nak cakap apa, Mek tuh dah tanya, "Make gappo harini? Ko hok biaso?". Aku angguk kan aje.
Siang tadi Joko bermessage-message dengan aku, dia kata dia sama bini dia nak ke rumah aku. Aku kata yang aku akan ke Rawang esok, dia siap tanya kalau-kalau dia boleh datang ke rumah abang aku kat Rawang tuh. Indonesians nih kan, diaorang nih mudah ambik jalan mudah aje, kan? Tapi sebab aku cuma layan sms dia, so aku taklah ambik serious sangat. Tak lama tuh dia talipun. Jahat aku, aku tak jawab call dia. First sebab aku nak maintain tak nak bercakap. Keduanya, kalau aku jawab call dia, ada harapan aku akan menyusahkan diri aku sebab aku nih mudah kesian dengan orang. I mean, what else do they want from me? Menyusahkan aku lagi? Itu yang aku tak jawab call dia tuh.
Mula cadangnya, out of boredom, nak pergi tengok wayang tapi aku tak "berani" tengok mainstream movies sorang-sorang. Kat New York dulu selamba aje aku tengok Hollywood movies sorang-sorang, it is not considered a "sin". Too bad kat Malaysia tak ada panggung yang tayangkan film-film Indie, atau pun foreign films. Kat International Screen kat Midvalley tuh ada gak tayang film best-best, (yang penontonnya sorang berdua aje) tapi minggu nih film The Beaver. Teringat kat David sama King Mongkut aje sebab diaorang benci sangat kat Mel Gibson pasal dia nih pernah caci Jews masa dia drunk dulu. Kat US, kat New York especially, film yang ada Mel Gibson memang tak laku langsung dah sebab more than 60% white people kat New York tuh keturunan Jews.
Teringat jugak yang masa aku student kat (U)ITM dulu, kitaorang selalu pergi tengok wayang kat this one panggung kat Jalan Ipoh. Kat situ diaorang tayang film-film yang almost x-rated, yang pelakunnya macam Pia Zadora, Samantha Fox. Kitaorang selalu duduk kat seat depan sekali, sebab boleh kira bulu.