Sunday

Sabtu - 21/1/2012

Walaupun aku berjaga sampai awal pagi jugak tapi lepas Subuh aku tak sambung tidur. Instead aku ke tasik Amcorp Mall, jogging. Dapat seround jer, selebihnya aku jalan-jalan aje. Macam orang tua-tua yang lain. 

Pekena nasi lemak kat sebelah tasik tuh for breakfast, by 10 aku dah sampai balik kat rumah. Lepas mandi baru lah aku sambung tidur. Petang ke Portugese Grille, MidValley, sebab bosan sangat kat rumah sorang-sorang. Nak online pun line slow macam cipet. 

It was about to rain bila aku keluar nak ke Bukit Bintang. Turun kat Central Market, then menyusur Chinatown, saja jer lah nak dapatkan "aroma" Raya China. Jeles gila aku tengok ramai mat salleh travellers/backpackers, wish aku boleh turn back the clock jadi macam diaorang, macam aku dulu-dulu, inter-railing dan backpacking kat Europe for months and months. Deep down aku tahu yang InsyaAllah aku akan menggembara macam diaorang jugak lagi, dalam masa 2 tiga tahun akan datang. 

Lepas Maghrib kat surau Bukit Bintang Plaza, aku boleh tertengok show sempena Tahun Baru China, yang nyanyi lagu-lagu opera Cina. Memang tak ada kerja, tak tahu nak buat apa, tak tahu nak ke mana. I was ready nak balik bila Saizam talipun, terus aku setuju pergi makan sama dia. Dia tunggu aku kat Sentul Timur LRT, then kitaorang ke Kampung Baru, makan satay Minang sesambil sembang-sembang. Dalam pukul 11 setengah baru aku balik.




P.S 


Eh Dear Diary, apa pasal aku macam tak bersemangat aje nak tulis in details macam dulu-dulu tu hah? Bukannya aku tak ada apa nak tulis, tapi aku macam malas gitu. Kalau dulu aku rasa blog aku lah blog paling best (if I may say so myself lah kan Dear Diary?) tapi sekarang nih macam 
bland aje blog aku. 



Tak apa lah, as for now I'll just keep kicking the can down the road because my life is exactly like that - I have nothing else to do.