Adusss, aku bangun pagi tadi, tekak aku rasa kering, hidung tersumbat, batuk-batuk lagi. Sah lah aku tak sihat. Dahi pun panas aje. Ketiak apa tah lagi, kan? Itu lah padahnya dua hari berturut-turut merempit. Kat area Bukit Bintang pulak tuh.
So aku tunggu lewat sikit, nak tengok macamana keadaannya, sebab aku cadang nak balik Raub pagi nih. Dah dekat tengahari aku masih tak berapa sihat so kansel lah balik kampung. Aku tidur aje lah. Memang aku ngantuk sangat pun sebab semalam pukul berapa tidurnya. Cadangnya nak tunggu Forex Market bukak tapi tertidur, nasib baik tersedar 15 minit sebelum Broker bukak kedai.
As expected, "prediction" aku betul lagi (dah 3 minggu berturut-turut), Euro ada gap ke bawah. Dalam sesetengah jam lepas tuh baru aku masuk position, satu demi satu. Sebab aku yakin yang Euro akan naik harinih sebab ada Eurozone's Finance Ministers punya meeting kat Brussel, untuk settlekan pasal debt swap bagi Greece.
For the last few weeks, or rather months, Euro turun aje kan? Tapi sejak pertengahan minggu lepas Euro buat reversal, mungkin jugak just a normal correction, who knows, tapi aku dah reversedkan positions aku. Dari bearish Euro ke bullish, so itu yang aku taruk a few buy positions tuh. Since Asian session slow, Raya Cina punya pasal, aku tak lah monitor sangat positions aku, aku banyak berihat aje. Bila bukak aje London session, barulah menampakkan hasil, dan bila NY session mula aje malam nih, lebarlah senyum aku pasal benih-benih pips aku menghijau semuanya.
Oklah, itu aje lah, aku masih tak sihat nih.