Eh Dear Diary,
Kalau hari semalam punya hal aku tulis harinih, boleh dak? Semalam tuh aku macam termalas nak tulis, itu yang aku taruk video clip one of my favorit songs aje kat bawah tuh.
Tak ada apa sangat pun semalam tuh, aku melepak aje sepanjang setengah hari. Awal pagi aku pergi jogging kat Lake Garden, then jalan punya jalan, sampai tersampai kat Central Market. Rajin aku menyusur jalan, aku jalan aje ikut Brickfields tuh sampailah ke rumah. Ingatkan nak tidurlah lepas tuh sebab dah letih kan? Tapi, tak nak lena pulak, so aku online ajelah.
Tension gila kalauhari-hari tak memorex nih, masa slow sangat berjalannya. Yang buat suspennya, aku ada a few open positions, dan walaupun aku konfiden yang esok akan ada gap ke bawah tapi bila baca kat a few forums etc, kalau ikut technical analysis, price macam nak naik. Walaupun aku tak percaya sangat kat benda-benda Teknikal nih tapi semua tuh mencuakkan perasaan jugak kadang tuh.
Lepas Zohor aku keluar, kena singgah KL kejaplah sebab nak bayar bill internet, dan nak beli pakaian. Semalam tuh malas hantar dobi, dan washing machine kat rumah sewa aku nih rosak pulak.
Aku ke Sungai Wang, bayar bill, then ke FOS kat Times Square, beli baju 4 helai. Lepas tuh tak tahu nak ke mana dah so aku ke Chow Kit. Lama dah tak ke area tuh, yang last aku ke sana masa buat volunteer kat Yayasan Salam dulu tuh.
Aku naik kommuter kat Putra Station, rileks jer aku sebab aku tak ada lah nak rush langsung untuk ke Rawang. Gila ramainya Bangla kat Pekan Rawang tuh. Lepas makan barulah aku tunggu bas untuk ke Bandar Tasik Puteri, tak ada lah aku tension mana walaupun dari sejam ke sejam aku tunggu, tak ada pun bas yang tiba. So aku cari teksi ajelah, elok jer aku sampai ke stesyen teksi (yang kat situ jugak) baru aku nampak a few buses yang menuju ke desitniasi aku. Laaaa, rupanya bas ke BTP tuh berhenti kat tempat lain. Tapi sebab aku dah cadang nak naik teksi, tak ada lah aku nak pergi naik bas pulak.
Budak U yang buat part-time yang bawak teksi tuh, mulanya aku dengar jer cerita dia, lama tuh baru aku kasi nasihat apa yang patut. Aku ambik nombor talipun dia sebab senanglah nanti kalau nak ke pergi balik Rawang. Terkejut dia bila aku kasi tips RM 5, sebab dah lah tambang teksi tuh berapa, kan? Mati-mati dia tak nak terima tapi aku katalah yang kat US memang orang kasi tips, lagipun "Kau tu student, buat elok-elok", aku kata cam tuh. Memang jenis baik gila orangnya aku nih kan? Ekekekkee. Walaupun aku tak ada duit tapi aku tak kedekut dengan apa yang aku ada, asalkan orang lain happy.
Malam nih tidur awal sebab esok kena bangun sebelum Subuh, nak menyambut Forex session at 6 am.
Isnin 16/1/2012
Aku dah kata yang EUR akan gap lower pagi nih, memang betul pun. Satu tuh betul, yang lain-lain pun betul jugaklah, GBPUSD, EURJPY sama AUDUSD gapped lower dan USDCHF opened higher. So aku tutup a few of my positions, teruja nak masuk positions untuk ambik kesempatan untuk tutup gap tapi sebab lepas dari tuh movement slow jadinya, aku tak buat apa lah.
"Can I officially welcome you to XXXXX?", Kak Teh tanya aku masa dalam kereta. Aku ok kan aje, as long as aku boleh contribute something I'm all for it.
Happy jer tengok budak-budak kat Tadika after 2 days cuti. Tah apa-apa lah aku nih, baru sehari dua kat sini aku dah rasa macam attached to a few of them, kat twin boys tuh especially. Kalau budak-budak tuh buat tak layan jer kat aku nanti, haruslah aku akan sentapz ekekeke.
Habis kelas, ada Staff Meeting. Aku sorang jer lelaki, yang lainnya semua Cikgu perempuan, sama Ustazah. Aku tahu, memang jarang ada male teacher kat Tadika kan tapi aku suka buat benda-benda yang jarang dibuat orang nih kan? Lagipun ini family business so apa aku peduli? One of the Teachers tuh akan berhenti kerja bulan depan (nak sambung belajar kot?) so aku akan ambik alih kelas dia.
Banyak cuti rupanya, lepas cuti, cuti. Ada plan untuk buat activities sempena Sports Day, Parents Day etc. Since ini tahun ke 10 Tadika nih ditubuhkan, nak buat khenduri doa selamat jugak soon.
Harinih Martin Luther King's birthday so US cuti, itu pasal Forex pun macam slow jer, tak ada arah tuju sangat.
Besok malam aku akan ke Tuition Center ikut Teh/Kak Teh, saja lah nak tengok-tengok dulu macamana keadaannya. Malam nih budak sekolah rendah, malam esok a big group, budak-budak Form 3.
Since Forex pun slow, so aku asyik dok melayan YouTube. Hajatnya nak cari video Chicken Dance yang dulu ada satu nih pernah aku terjumpa, gila lawak video tuh. Kat Tadika nih ada diajar Chicken Dance kat budak-budak tuh, suka sangat diaorang. Eh, kalau ajar budak-budak tuh Macarena atau Lambada, boleh tak, hah? Ekekekek
Tapi aku jadi terralit cari video lagu-lagu yang aku pernah suka lama-lama dulu. Kalaulah kisah perjalanan hidup aku dipentaskan even kat Istana Budaya (kalau kat Broadway lagi bagus), atau dimoviekan, aku nak this song to be included dalam show tuh, biar jadi macam Christian dalam film Moulin Rouge.
I think my heart must be made of clay,
'cause everyone said it would be broken someday.
And now I've come to that fateful day,
so I sit on the floor
with my head in my hands.
And don't tell me how to make it pay,
I write a new song every day.
I just wish I was made of wood,
I might not feel pain,
even if I should, even if I should,
if I should.
The sweetest smile that ever did
melt the pats in the butter dish,
and if you could have believed in me,
I swear to God
I'd have made damn sure.
Our hearts were warm, and glad with wine.
I'd keep the doors locked all the time.
I just wish I was made of wood,
You might not seem glad,
even if you should, even if you should,
if you should, if you should,
if you should.