Thursday

Khamis - 19/1/2012

Adess, tadi aku ada habaq yang aku nak break dari blogging untuk sementara waktu. Tah apa pasal aku tertiba-tiba rasa macam tuh, nak kata PMS, tak pulak. 

So, ini aku kembali berblog, setelah hampir 2 jam aku bertelagah dengan perasaan sendiri, samada nak terus menulis atau nak berihat sementara waktu.

Sebenarnya tak ada apa sangat dah yang aku nak tulis. Tapi, kalau diikutkan hati, banyak benda yang nak dicoretkan. So itulah, sorong tarik macam tuh yang buatkan aku terconfused tuh. Without giving any hints whatsoever, aku teruskanlah menulis. You don't have to know a lot pasal aku and I don't have to write everything pasal aku. 

Aku mengajar lagi pagi nih tapi tak lama sebab half of the morning tuh was spent kat padang, suka sangat bebudak main sport. That twin boys anak angkat aku tuh ekkekeke tak datang harinih, demam. Tak best pulak rasanya sebab tak ada orang mengacau aku.  Lagipun, aku dah sediakan kereta mainan (Kak Teh kasi) yang nak dirasuahkan kat twin boys tuh, biar diaorang mula buat kerja, mula nak belajar. Ini tak, asyik nak main aje kerjanya. 

Tapi sebagai seorang yang loving, aku tak ketandusan dengan belaian dan kasih sayang dari budak-budak lain. Ada jer yang nak dukung, nak bermanja-manja dengan aku. 

Forex-wiae aku decided untuk swing trade buat sementara waktu, nak tukar trading style. Mungkin jugak aku nak buat both, intraday dan swing. So, sehingga aku konfiden ke mana arahtuju currencies yang aku nak Trade, aku akan hold dulu Trading aku, mungkin for a few days, mungkin for a week. Sekarang nih aku confused sikit jadinya sebab market pun as I said, kucar kacir. 

Aku tak ke kelas Tuition harinih, instead aku melepak kat rumah aje, menelaah buku-buku Maths dan Science Form 4. Ya ampun, susah gila! Aku cuba-cuba buat exercise kat buku tuh tapi tiap kali aku terpaksa tengok jawapan kat belakang nuku tuh. Banyak yang salah!! Ekekekek Rasa aku lah, dalam seumur hidup belajar, masa Form 4 dan Form 5 lah subjects dia susah sekali kan? Dah lepas tuh nanti semuanya senang aje. 

Bosan, aku keluar sekejap cari makan. Boleh tahanlah kat area nih, ada jer kat mana-mana gerai makan. 

Ok, itu aje lah "yang boleh aku tulis", esok aku nak balik Bangsar lepas Sembahyang Jumaat. Mungkin aku balik Raub jugak weekend nih pasal ramai yang akan balik kot? Teh sekeluarga akan balik, for sure. Rambutan masih ada lagi kot sebab ituhari, masih ada sepokok rambutan yang belum betul-betul masak. Chinese New Year nanti Tadika dan Tuition Center tak bukak so banyak lah hari yang dapat melepak, tapi mungkin Kak Teh nak work on that Tuition Center tuh.