Harinih aku tak kena mengajar, aku cuma kat Kelas Kak Teh aje, tolong-tolong tengokkan budak tuh mana yang patut. Ramai yang tak datang harinih, mungkin sebab ada yang keluarga diaorang nak balik kampung awal-awal kot sempena cuti Chinese New Year. Tadika nih tutup for a week nanti. Mamposlah bila bukak nanti, sure ramai yang menangis-nangis lagi pasal lama bersama keluarga.
Aku decided nak balik ke Bangsar awal sikit dari macam minggu lepas, aku siap bawak balik a few Buku Latihan Mathematik Tambahan Tingkatan 4, dengan niat nak go through buku-buku tuh sebab aku rasa aku akan ada banyak masa nanti nih. Tapi deep down aku tahu yang buku-buku tuh akan terperap dalam bag aku jer lah kot? Sembahyang Jumaat kat Masjid Country Homes, then had briyani for lunch. Gila ramai orang masa dalam kommuter, ramai budak-budak sekolah yang balik dari asrama.
Tension aku dibuatnya bila online aje dari rumah, tak dapat connection. Celcom memang teruk habis, kan? Aku rasa macam nak tukar provider lah, nak cuba-cuba Digi lah pulak kot. Tak tahan aku kalau macam nih, walaupun aku dah jarang guna broadband sebab kat Rawang guna Teh punya connection, tapi bila aku on my own, kat mana-mana, broadband ni lah yang aku terpaksa guna. Sampai aku dah bersiap-siap nak ke Old Town White Coffee kat UOA Building tuh, nak guna wifi kat situ untuk online.
Ingatkan nak berjaga sampai pagi sebab nak monitor Forex tapi memonitor sambil baring, kejap aje lah aku terlenanya. Memang kat Bangsar nih memang sedap tidur lah, housemate aku tak ada pulak sebab balik kampung seminggu. Aku pun nak balik jugaklah, InsyaAllah Monday kot. Pasal aku kena standby, Saizam, pengikut tegar aku, dia ajak makan-makan macam dulu tuh, either esok atau lusa. Dulu pernah sekali janji macam tuh jugak, tapi tak jadi pun. Dia lupa kot?
Aku rasa nak lama sikitlah kat kampung, tak nak tidur satu malam aje. Aku pun tak tahu siapa lagi adik beradik aku yang balik, Teh sekeluarga balik esok rasanya.