Aku tak biasa duduk di rumah orang (walaupun adik beradik sendiri) agaknya itu pasal aku rasa macam terkurung aje, tak bebas. Walaupun aku diberi kebebasan sepenuhnya nak buat apa saja. Teh sama kak Teh ke Tadika, anak sedara aku ke sekolah, aku sorang aje kat rumah. Boleh aku rasa macam rimas aje sepanjang pagi aku di rumah, the whole time tuh aku kat depan laptop aje,
memorex.
Terfikir aje aku yang how "small" nya aku nih dibandingkan dengan adik beradik aku yang lain. Aku, apa lancau pun tak ada, adik beradik aku yang lain semuanya hebat-hebat belaka. Kereta dua tiga bijik sorang, rumah besar, ada bisness sendiri.
Rasa macam nak terus balik semula ke Bangsar aje, balik ke dunia aku yang tak siapa tahu.
Yang buat aku rasa macam tuh bukan apa, kalau aku kat Bangsar, hidup aku simple aje. Tapi kat sini, macam pagi tadi for example, puas aku mencari kat mana bahan-bahan nak buat air, teh, kopi etc. Sebab, as I said, rumah keluarga nih, banyak barangnya. Sampai nak give up aku tadi tuh, bukak cabinet ini, bukak cabinet itu, belek sana, belek sini, and after a few times baru lah terjumpa kat mana barang-barangnya.
Aku pun tak tahu yang apa yang Teh/Kak Teh nak aku buat, kalau setakat duduk rumah macam nih aku tak sanggup rasanya, what with Kak Teh tak memasak, sebab tak ada masa. Malaslah aku kalau aku membebankan diaorang yang terpaksa beli makanan untuk aku pulak, kan?
And so petang tadi sembang dengan Teh, dia kata yang dia dah jumpa kawan dia yang ada Consulting firm, apparently Teh ada tanya kalau-kalau he needs someone. Aku beritahu Teh yang that's not going to work, pasal aku tak ada transport etc. Lagi satu, aku tak nak people look down on me pasal aku macam desperate sangat nak kerja. People my age ada yang jadi pemimpin negara, yang jadi kaya raya and here I am tak ada apa-apa.
Lagipun, I'm perfectly alright living my life macam nih. Teh kata yang I'm wasting a lot of opportunities, knowledge bla bla bla, I do agree with him on that tapi what else can I do?
I do sound like a pemalas tapi if you were in my shoes, korang tahu lah yang kasut tuh kasut Clarks ker, atau just plain Bata.
The whole day aku memorex, aku tak bergerak-gerak kat sofa tuh. Kalau semalam aku melepak kat living aje, sesambil tengok tv tapi harinih aku kat main living.
Esok Kak Teh ajak aku ke Tadika, tengoklah macamana nanti. I really feel hopeless lah macam nih, aku tak suka orang susah-susah pasal aku.